Friday, June 26, 2009

Saja Merembat Daripada Ama

1. Kekasih saya adalah :

-si dia lah.

2. Saya sedang mendengar :

-Kings of Leon ; Sex On Fire

3. Mungkin saya patut :

-rembat duit abang dan jalan kaki gi McD skang gak.

4. Saya baru sudah :

-mesej si dia

5. Beza rakan, sahabat, kawan :

-ejaan dan sebutan.

6. Saya tidak faham :

-kenapa saya boleh gelak masa babak cium dalam Transformers (sedangkan semua orang diam) dan mengatakan 'diorang tak reti bercium'

7. Saya perlu mencari :

-buku latihan physics, chemistry dan add maths.

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya :

-dah lupa lak.

9. Makna kehidupan :

-ada banyak tapi bukan untuk seks semata-mata!

10. Cinta itu adalah :

-terlalu indah untuk di-diari-kan. wtf?

11. Saya paling suka :

-main bola sambil mesej

12. Saya akan cuba :

-untuk pandang sesuatu benda dengan terlebih positif.

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka :

-saja nak bagi orang Indonesia jeles.

14. Telefon bimbit saya :

-takde 3G

15. Katil saya :

-dah takde katil lagi

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya :

-"siapa Tuhan kita?"

17. Teknologi adalah :

-hebat!

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak :

i-masak air sehingga mendidih. ii-sediakan mihun dengan perencahnya di dalam mangkuk. iii-masukkan air di dalam mangkuk itu. iv-tutup dengan piring dan biarkan selama 5 minit. v-ready to eat!

19. Semalam :

-best. dapat tengok banyak aksi.

20. Hari ini :

-sorrowful.

21. Malam ini saya akan :

-tidur sambil mimpikan bakal girlfriend yang akan saya ada.

22. Esok pula saya akan :

-membuat apa² yang saya suka

23. Saya betul2 inginkan :

-DSLR.

24. Badminton atau futsal? :

-saya dapat tau yang saya main badminton cam Lionel Messi dan saya main futsal cam Lee Chong Wei. jadi, saya rembat dua².

25. Karaoke :

-Lagu Dara Pujaan best untuk di-karok-kan! *duhai dara kau manis jelita...*

26. Kereta :

-nak bawak.

27. Bilik yang terang atau gelap :

-entah. terang jadi silau, gelap jadi maksiat.

28. Makanan jepun adalah :

-mentah!

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang :

-"Hug me!"

30. Siapa yang anda tag :

-siapa yang baca ni :)

Cerita³ Dalam Satu Cerita

Dah lama aku tak update blog. Pasal malas. Sori kalau korang ter-tunggu². Yelah, dah idea tak nak datang. Jadi, korang salahkanlah idea pasal dia taknak datang kat aku. Ok, kat bawah ni adalah antara benda yang terjadi kat aku kebelakangan ini.

1.Ada skandal terjadi antara aku ngan sorang budak MGS ni. satu MGS tau. tapi budak tu suka lak pasal dia jadi lagi famous. wierdo...

2.Pengawas form 5 dah tak payah tugas lagi kat sekolah. bagus gila. tak payah aku nak tengok si itu dan si ini menunjukkan bakat mulut lancangnya itu.


3.Mid year exam aku; dapat no 33 dlm kelas. bodoh gila. dahlah 4A je aku dapat.

4.Aku dapat tau kebenaran itu, kebenaran ini daripada orang itu dan orang ini. best!

5.Aku makin dapat ramai kawan perempuan. Tak tau kenapa. Yang aku tau, bapak aku tak letak susuk kat aku.

6.Micheal Jackson mati. Eh, takde kaitan ngan aku pun. Aku akan nangis kalau aku boleh buat moonwalk cam dia. Tapi takleh.

Hugs and Kisses,
Hazzad

Saturday, June 13, 2009

Title-less.

When the word 'i love you' means nothing to her anymore, there is only one thing that i can say to myself ; you well deserved it,LOSER!

Hugs and Kisses,
Hazzad

Sunday, June 7, 2009

Kerosakan Hidup.

Makin hari, aku merasakan yang aku ni terlampau jahat. annoying. agak sial. Semuanya disebabkan hal ni, hal tu tapi asalkan aku ngaku yang aku memang camtu. Bukan macam sesetengah golongan ni.

Okey, cukup dengan citer pembukaan yang 'hebat' tu.

Aku ni ada satu impian yang mustahil akan berlaku. Ianya adalah melihat Avenged Sevenfold, band metal Amerika buat show kat Malaysia(termasuk Klang). Aku rasa memang tak dapat lah. Pasal lirik lagu band ni banyak sangat fuck². Sah Kementerian tak bagi. Apatah lagi PAS. Yelah, Avril Lavinge perform kat Malaysia pun PAS bantah atas alasan 'yada yada'. Rihanna pun PAS bantah. Tapi, Jason Mraz boleh je perform kat Malaysia. Npe ek? Hadi Awang and The Gang layan lagu I'm Yours ke? HAHA!

p/s : walaupun aku tak suka PAS, tak bermakna aku suka UMNO & the other. Aku ni Marxist.

another p/s : aku berani kena tangkap.

Hugs and Kisses,
Hazzad

Sunday, May 31, 2009

Kata-kata Hebat

Aku akui memang aku rasa rindu kat dia. Masuk hari ni dah 4 hari. Bukan tak jumpa je, tapi tak call plus tak mesej sekali. Webcam ngan dia apatah lagi. Pagi tadi, si Syifa a.k.a Devillina Jolie, perempuan kegemaran ramai lelaki cibett boleh bagi ayat mendalam kat aku yang berbunyi 'weh,dia sihat?'. Takpe ko, nanti aku jumpa ko, naya ko.

Ok. Cukup dengan intro gila tadi tu. Aku nak bagi ayat-ayat hebat aku yang korang boleh baca, digest, lalu keluarkan kat orang lain.

1. "A dibalas dengan A. B dibalas dengan B. A tak boleh dibalas dengan B." Kenyataan Qisas

2. "I don't think that I need a motorcycle because I think that my legs are the best motorcycle-yet."

3. "Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya walaupun hikmah itu kita tak nampak secara jelas."

4. "Demam itu tanda bahawa Tuhan ingat akan kita tapi adakah kita ingat akan Tuhan?"

5. "Cinta tidak datang secara sendiri. Ia datang jika kita memaksanya datang."

6. "Tiada siapa yang tahu mana yang dulu - ayam atau telur."

7. "Tiada siapa yang tikam dari depan. Belakang saja jadi mangsa."

Ini jelah yang aku mampu bagi setelah memerah otak nak buat camni.Walaupun aku buat ayat yang agak sastera ni,tapi tak bermakna yang aku sukakan Utopia Trauma.

Hei korang.Kongsilah ayat-ayat yang korang ada ngan aku :)

Hugs and Kisses,
Hazzad

Friday, May 29, 2009

Songs Based On My Life

Ada budak cakap kat aku yang orang tu suka kat aku. Aku tak percaya. Aku selalu mesej ngan orang tu. Tapi budak tu bagi aku bukti. Aku anggap yang benda tu tak betul.

Pastu, ada kawan aku cakap yang muka aku ni ada sikit macam Akim AF7. Bukan nak poyo, tapi aku confident yang muka aku tak ada macam Akim pun. Macam Messi si pemain Barcelona je yang aku sama. Yelah, kan rambut aku serabai.
(serabai = messy)

Ok. Cukup dengan itu. Aku nak citer pasal ada lagu yang berkait dengan hidup aku. Yang aku tau:

1.Masa arwah nenek aku baru meninggal dunia dan dalam 2 minggu pertama, kalau aku dengar lagu Dear God by Avenged Sevenfold, aku akan ingat nenek aku.

"Dear God the only thing I ask of you
Is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away"

2.Dulu, masa aku suka kat sorang tu, aku suka dengar Get Over You by Couple. Bajet tu lagu tema aku lah masa tu.
"Girl it's true
I get over you
It's just the wrong time
To make you mine"

3.Masa aku form 3, aku suka kat sorang budak ni. Kalau aku dengar lagu Mengenangmu by Kerispatih, aku akan ingat kat dia. Gila betul.
"Biarlah kusimpan
Sampai nanti aku
Tak ada disana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian"

4.Kalau aku terasa horny kat orang kesayangan aku, aku akan dengar lagu Lovegame by Lady GaGa. Best.
"Let's have some fun
This beat is sick
I wanna ta
ke a ride on your disco stick"

5.Aku suka sebut i love you. Jadi, aku suka dengar 1,2,3,4 by Plain White T's.
"There's only 1 thing
2 do
3 words
4 you
I love you"

6.Kalau aku tunggu orang tu call aku, aku dengar Your Call by Secondhand Serenade.
"Waiting for your
Call I'm sick
Call I'm angry
Call I'm desperate for your voice"

7.Masa aku marah, aku dengar A Little Peace Of Heaven by Avenged Sevenfold.
"Must have stabbed her fifty fucking times
I can't believe it"

8.Jika aku layan hardcore, Pukimak by Naratu jadi pilihan.
"Pukimak kau
Babi anjing
Berani kau menipu aku"

Gila kan?

Hugs and Kisses,
Hazzad

Rizal tag.

1-besides ur lips,where is ur favourite spot to get kissed?
-pipi

2-how did u feel when u woke up this morning?
-rasa best.tapi rindu.

3-last person u took a photo with
-Amalia. kot

4-would u consider urself spoiled?
-based on money, i'm spoiled.

5-will u ever donate blood?
-pergi kat Luh Mahfuz tanya aku akan derma darah ke tak :)

6-ever had a bestfriend of the opposite sex?
-ada lah. tapi tak ramai.

7-do u want sum1 to be dead?
-nope. nak koma je. je.

8-what does ur last text message say?
-'kang aku lenjan ko br tau'

9-what r u thinking of rite now?
-faeza.

10-do u want sum1 to be with u rite now?
-no!

11-what was the time u went to bed last night?
-nine thirty.

12-where did u buy the tee ur wearing now?
-Korea. but it was my brother who bought it.

13-is sum1 in ur mind rite now?
-yes.


14-who was the last person who text u?
-Amalia.

15-ten lucky person to do this quiz
-Azam
-Amalia
-Faiz
-Zatul Atikah
-Hawa
-Ainina
-Shima
-Foo
-Efnie
-si pembaca yang aku tak kenal

16-who is no2 having relationships with?
-roh Naim :)

17-is no3 a male or female?
-setelah aku scan habis-habisan, dia tu lelaki.

18-if no7 and no1 get together,would it be good?
-omg!

19-what is no1 studying about?
-banyak sangat.

20-when was the last time u chatted with them?
-hari ini dan semalam.

21-is no4 single?
-xtau dan xkisah.

22-say sumthing bout no2
-itik yang comel tapi bengap level 10.

23-what do u think about no2 and no6 being a together?
-mereka straight!

Hugs and Kisses,
Hazzad

Saturday, May 23, 2009

Hiatus

Reasons that I did not do any new post for the past days...

1. My brother's wedding. But I did nothing for the wedding. My father did. The whole thing.
2. I faced problems together with her. Another word, love problem.
3. Got no ideas to create a new post.
4. Exams. Such a burden for me to carry.
5. Hatred. No explanation.

In my hiatus, I did tend to face the problems with no stress and pressure. It worked! Now, I tend to create more and more new posts, if and only if God allows it.

Hugs and Kisses,
Hazzad

Wednesday, May 6, 2009

Itik & Anjing

Akibat daripada panggil orang lain dengan nickname berunsurkan nama binatang. Ini kisah benar ok!

Watak dalam kisah ini ; anjing, itik dan kawan itik.

Kawan Itik ; Ko ni. Kenapalah ko panggil kawan ko tu anjing?

Itik ; Yelah. Dah dia perangai macam anjing!


Kawan Itik ; Ish3. Ko ni. Tuhan dah ciptakan dia jadi manusia wei. Tengok, rupa tak macam anjing pun. Jadi, janganlah panggil dia anjing.


Itik ; Hei! Ko tau tak yg dia panggil aku itik. ITIK!


Kawan Itik ; Ala! Itik tu cute apa.


Itik aka Amalia. Budak form 1. Digelar itik pasal suara dia agak macam itik.
Anjing aka aku. Menyesal aku tulis kat blog aku ni pasal yang kena panggil 'anjing' tu. Tengok2 dia guna nama tu kat aku.
Kawan itik. Aku tak kenal tapi terasa nak cakap terima kasih je kat dia.

Hugs and Kisses,
Hazzad

Saturday, May 2, 2009

Kenyataan - Sebelum & Masa Couple



Hint; Sebelum Couple - Masa Couple

1. romantik? couple tu tak romantik lah - romantik apa couple ni
2. rasa hati? hati aku keras - hati aku dah jadi lembut. npe ek?
3. ada bf/gf? menyusahkan je ada - tak susah pun. senang ada lah
4. kredit aka topup? RM 3 seminggu - RM 10 seminggu pun tak cukup
5. peluk & cium? dosa lah.bukan mahram - it is a way of expressing our love
6. durasi tidur sehari-hari? 8 jam - 6 jam dan kurang
7. ayat favourite? ayat favourite orang tu - i love you

Kat atas tu semua memang kenyataan. Tak dapat dinafikan lagi. Tapi, pesan aku kat mana-mana couple, dilarang buat seks! Kang yang perempuan tu mengandung nak buat apa? Tunggu kahwin baru buat! Betul tak pembaca? Sekian, The Duke Klang melaporkan.


Hugs and kisses,
Hazzad

Thursday, April 30, 2009

L O V E


Hadiah daripada yang tersayang sempena anniversary entah apa entah. Tak tau harganya berapa dan yang penting, yang bentuk love tu selalu tercabut. Awak, awak beli ni kat mana? Petaling Street ke?

Big Sad World.

Tanggal 24 April 2009. Tarikh yang aku tak dapat lupakan. Kenapa? Nenek aku meninggal dunia pada tarikh tu. Tak silap aku pukul 5 suku petang camtu lah. Perasaan aku? Mestilah sedih kan. Tapi bayangkan aku ada kat samping nenek aku masa dia tengah nazak. Penuh mengerikan, menyeramkan dan menyedihkan.

Masa waktu tu lah aku tengok ayah aku yang dah bape tahun tak keluar air mata boleh keluar air mata dengan senangnya. Aku memang cukup respek dengan nenek aku. Dia tak pernah marah anak-anak dia. Walaupun nenek aku sakit, tapi dia tetap solat. Walaupun uzur, masih puasa penuh. Kengkadang aku tertanya, kenapa ada yang tak puasa walaupun badan dia sihat?

Untuk nenek, semoga bersemadi dengan aman. Kat akhirat kita jumpa ok. Sayang nenek.

Sunday, April 26, 2009

What is your name?

Sepanjang 16 tahun aku hidup, aku dah ada nama keramat aku. Nama keramat aku adalah Sara. Apa sebabnya? Tengok kat bawah.

1. Aku tipu seseorang ni dengan guna nama Sara. Tak tau camne boleh ambik nama tu.
2. Aku pernah mesej kawan ex aku yang bernama Sara sampai ex aku mengamuk. LOL
3. Seseorang tipu aku dengan guna nama Sara. Nama tu jugak yang dia nak petik.
4. Last dan last-nya, tunang abang aku bernama Sara. Nasib agak cun.

Enough 4?

Untuk perempuan, aku nak cakap yang nama macam Junpyo (BOY) bukan nama keramat yang sesuai. HAHA!

Soalan aku ; korang ada tak nama keramat?

Wednesday, April 22, 2009

Tikam.


Tak perlulah aku bagitau apa-apa. Kalau aku bagitau, buat sakit hati je. Kalau ada yang nak terasa, silakanlah terasa. Aku tak kisah. Anyway, happy touching!

Tuesday, April 21, 2009

Cinta Dalam Hati

Berapa ramai kawan aku yang suka kat dia tu, dia tu tapi tak dapat. Kesian. Tapi, sorang kawan aku ni lagi kesian. Tak perlu lah sebut nama dia. Video kat bawah ni aku tujukan kat dia.



Kawan aku ni, A suka kat sorang ni. Tapi, entah macam mana satu sekolah boleh tau. Tak silap aku, pasal kawan aku yang lain kot. Pergi hebohkan. Ngok betul. Pastu, dengan guna henpon dia, kawan aku yang tu gak dengan kawan aku yang lain gi msj kat org yg A suka dgn tls 'sy cintakan awk'. Org tu bls tah apa benda yg panjang nak mampos tu, aku pun dah lupa. Haish, kesian dia.

*aku takde nya cam dia. HAHA!

Saturday, April 18, 2009

Pergh!

SPM bulan April sudah habis. SPM bulan April? Ujian Bulanan lah. Lega hati aku. Ujian agak gila, meng-happy-kan, dan menyedihkan. Apa yang aku baca tak masuk dalam ujian. Celaka betul! Padahal aku baca ikut apa yang cikgu cakap akan masuk. Ke aku salah baca atau aku salah dengar apa akan masuk ujian? Gi mati lah. Benda dah berlalu. bukan nya boleh buat balik.

Dalam ujian tu, aku gunakan bermacam-macam cara untuk menjawab soalan. Antaranya ialah, aku tengok kertas soalan secara terbalik, jawab soalan sambil tidur (tau tak camne aku buat?), jawab sambil tutup mata terutamanya add maths(sebab tu lah banyak salah). Aku juga akan pandang kawan aku sebab kalau aku tengok muka diorang, aku akan dapat jawapan dan formula yang sepatutnya. LOL. Aku gunakanlah gak kalkulator walaupun ia adalah ujian agama. Bayangkan aku jawab agama dengan ada kalkulator kat sebelah aku. Pelik je. Sekarang,aku tengah tertunggu matapelajaran baru, Matematik untuk Agama. Soalan dia camni ; Diberi X ialah rukun iman.Berapakah nilai X?

*soalan aku kepada korang ; Berapakah nilai rukun iman darab nilai rukun islam pastu dibahagi dua?jawab ok.

Friday, April 17, 2009

Liyana,Hawa,Rizal & Shima tag aku(lagi)!

important thing in your life...
-family, friends & her.

what is the last thing you buy with your own money?
-topup.

where is your dream place for ur wedding?
-kat puncak gunung kinabalu.

how long is ur relationship with ur soulmate?
-sebulan lebih camtu.

are u in love?
-of course.

where is the last restaurant you go for dinner?
-forgotten already.

last book you buy...
-forgotten already.

what is ur full name?
-Hazzad bin Yahya

who is u most comfortable with? mom or dad?
-mom. bcuz she is not a busybody :)

name the person u want to meet most in ur life?
-chris martin & lionel messi.

5 person u close to..
-Faeza. Faeza. Faeza. Faeza. Faeza. 5 right?

did u wash ur clothes alone?
-of course i DIDN'T!

the most place u want to go..
-Venice.

8 thing u passion most..
-unlisted.

kiss or hug?
-hug. more romantic. ha?

word that always come out from ur mouth...
-fucker ngko!

8 books u have read..
-i don't know.

8 songs u heard most..
-Avenged Sevenfold ; Dear God
-Estrella ; Masih
-Modread ; Revolusi
-Yuna ; Deeper Conversation
-Ungu ; SurgaMu
-We the Kings ; All Again For You
-Meet Uncle Hussain ; Hilang
-6ixth Sense ft. Noe Letto ; Cinta Yang Sempurna

tagged ppl
-amalia. oi itik! buat!

Tuesday, April 14, 2009

Apa yang membezakan aku daripada ahli keluarga aku

Aku memang lain daripada ahli keluarga aku yang lain. Secara zahir dan batin, sudah nampak secara jelas lah! Aku sendiri sedar, tapi aku tak kisah. Malahan, aku lagi bangga jadi camtu.

Abang aku yang pertama - beza umur aku dengan dia 8 tahun. Jadi, memang banyak beza lah. Dia kaki baca buku. Aku? tunggu periksa je baru baca. Kalau tak periksa, internet jelah yang aku baca. Dia tu aku cakap agak baran lah. Dah lah baran agak melampau sampai pernah lenting ayah aku. Tapi aku, setiap masa rasa happy je. Agaknya hormon aku jenis yang happy kot.

Abang aku yang kedua - beza umur aku dengan dia 6 tahun. dia ni, terlalu secretive. apa-apa yang jadi, dia jenis yang diamkan je. aku pun camtu gak. dia ni hisap rokok. aku tak hisap. aku clean. dia, dah tolak umur dia sehari bila dia sekali hisap satu batang rokok.

Kakak aku - beza aku dengan dia 4 tahun. aku memang lah berbeza dengan dia! dah dia perempuan kan. dia ni kuat tacing lah. aku ,agak selamber dan keras. ada kawan aku cakap yang hati aku ni keras cam batu. agaknya betul kot. LOL

Ayah aku - ni dia. si pryer. si stalker. kaki check mesej kat handphone aku dan abang aku. aku tak. aku hormat privacy orang lain.

Mak aku - memang banyak beza. tapi aku malas nak kupaskan.

Walaupun diorang berbeza, namun diorang tetap ahli keluarga aku dunia dan akhirat. aku tak kisah diorang camtu, asalkan aku tak jadi cam diorang. tu je.

*hei korang. ajaklah orang lain baca dengan follow blog aku. blog aku bukan blog yang kena bayar pun :)

Saturday, April 11, 2009

Hawa tag aku

1 - Adakah anda suke blogging? kenapa ?
- suka lah. sebab aku suka tengok kemerapuan dan kekreatifan orang kat sini.

2 - Blog siapa yg selalu anda skodeng? nyatakan 4.
- romai
- hawa
- liyana
- rizal

3 - Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? dan siapakah orang itu ?
- mestilah. orang itu sama ada dia undefined atau korang kenal.

4 - Taken or single? mane lagi bagus ?
taken - boleh lah. ada orang lain nak temankan.
single - bebas. takde komitmen.ha?
tapi aku rasa taken kot lagi bagus :)

5 - Pernah tak cinta anda tidak dibalas ?
- tak pernah.padahal aku yang membalas cinta orang lain.

6 - Ciri-ciri idaman gf/bf anda? Nyatakan 5
- cute & cun
- pakai tudung boleh,tak pakai pun boleh.
- fleksibel dan open.
- tak senang jeles.
- pandai goda aku.

7 - Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
- kalau ikut b²+4ac, lambat lagi.

8 - Nak berapa anak ?
- tak tau lah.tengoklah kalau aku rajin masa dah kahwin.

9 - 5 orang bertuah yang anda ingin tag?
- malas nak tag :p

Sunday, April 5, 2009

Berlambaknya idea!

Ni lah rasanya kalau ada banyak sangat idea nak tulis post baru. Dulu nak dapat idea baru bukan main susah lagi. Jadi, layanlah set combo blog ciptaan aku ni. Harap korang tak muntah ok!


about me

-digelar anjing oleh seorang budak form 3 kat sekolah. patut ke dia cakap 'pengawas tu anjing!' exco disiplin II, ambik tindakan.
-HIV negatif. bukti? aku tak pernah kongsi jarum, aku tak pernah terima darah & aku tak pernah ber-seks rambang. cukup?
-favourite? futsal & badminton. npe? ini je sukan yang aku mampu main. kalau aku kaya, aku dah main golf dengan polo lah.
-bola sepak Malaysia? ranking ada 3 angka jadi malas nak layan. tunggu ranking ada 1 angka je baru aku layan. bila ek?
-moto hidup? no sex, no drugs, no violence. cigarette? mungkin.
-movie rating. U? 18 SX? 18 PL? mende tu? rating aku senang je; best dan tak best.
-status aku? MBA!


adakah korang...

PMS? mende tu? untuk yang bongok tak tau, PMS ialah pre menstrual syndrome. perempuan memang lah ada, tapi aku tengok ada gak lelaki yang camtu. HAHA! kengkadang, aku tengok cikgu aku pun PMS!
*kalau orang kesayangan aku PMS, aku lari dulu. takut jadi mangsa :p


banned commercial

aku pelik. aku bingung. kenapa ada iklan kena ban? teruk sangat ke? apa kata korang tengok. Nilaikan sendiri ok!






i'm currently listening to

1.Couple - Get Over You
2.Bunkface - Land Of Hope
3.Estrella - Masih
4.Yuna - Cinta Sempurna
5.Kelly Clarkson - All I Ever Wanted
6.Katy Perry - If You Can Afford Me
7.Ungu - SurgaMu
8.We the Kings - All Again For You
9.Paramore - Fences
10.Naratu - P*****k (hardcore)

Tamat sudah set combo blog aku ni. Apa kata korang comment ke pasal post ni atau ajak kawan-kawan blog korang yang aku tak tau baca. Nama pun blog kan.

BLOG - Bacaan Laman Orang Gila.
Haha!

*ada orang suruh aku buat post pasal kem yang aku gi masa bulan Mac. pergh, malas aku.

Friday, April 3, 2009

Aku sudah ABOVE-AGE!

Kenapa aku tulis post title seperti di atas? Adakah aku sudah gila? Padahal aku masih berumur 17 tahun. Itupun kena tunggu bulan Disember baru 17. Tapi, aku tulis post title camtu pun ada sebab gak.

Nak tau sebab nya? Ini sebabnya.

Khamis. 2 April 2009. Sesudah balik sekolah. Aku bersama kawan-kawan yang entah berapa orang entah pergi menonton wayang di TGV AEON Bukit Tinggi. Sekejap, cerita apa? Dragon Ball Evolution? Talentime? Bukan cerita tu.

Tak main lah cerita camtu. Aku dengan kawan-kawan aku tengok Fast & Furious 4. Korang jangan terkejut, cerita tu 18PL. Umur aku, 17. Kalau ikut betul-betul, memang aku takleh masuk. Dah lah dengan fizikal aku yang orang anggap agak kecil. Ingat senang?

Tapi, ber-ikut-kan ayat 'usaha tangga kejayaan', aku beranikan je diri aku ni masuk. Kat depan kaunter nak bagi tiket wayang tu, aku buat muka ketat + slumber. HAHA! orang yang bertugas tu bagi je masuk.

Cerita tu memang best. Perempuan-perempuan seksi? Tak banyak pun. Yang aku hangin, ada satu babak cium dia pergi potong. Nampak sangat dia potong. Celaka betul! Dah 18PL, ko potong lagi. BANGANG!

Conclusionnya, aku memang patut tengok cerita 18++ jelah pasni.

*sori! gambar agak tidak jelas. harap dimaafkan.