Saturday, March 19, 2011

Kalau Dah Melayu Tu, Islam Ler.

Dulu, aku ingat lagi. Masa Lady Gaga tengah popular. Semua orang dengar lagu dia. Mula², lagu Just Dance. Walaupun aku menyampah gila dengar lagu tu, tapi disebabkan hari² aku dengar (daripada radio dengan caller ringtone kakak aku), aku pun TER-terima lah lagu tu dalam sanubari aku.

Lepas tu, masa dia tengah dekat puncak populariti (aku cakap macam tu pasal masa tu semua award dia menang), tiba² keluarlah konspirasi bahawa Lady Gaga tu seorang Freemason. Aku tau Freemason tu apa. Tapi, aku tak kisah pun. Aku layan jugak lagu² dia tu.

Sedang semua orang dah tak layan lagu Lady Gaga (yelah, orang Melayu Islam kat Malaysia tak suka apa² yang ada pengaruh dengan dakyah Yahudi), muncullah Maher Zain. Korang nak tahu apa first impression aku pasal dia?

Fuck him.

Orang yang tak ada rupa macam ustaz langsung, tiba² bawa lagu dakwah. Bawa lagu² puji Allah S.W.T. Sebab tu lah first impression aku macam tu. Dan seperti biasa, orang Melayu Islam kat Malaysia ni mula lah layan Maher Zain. Alasan diorang senang je ; kita hendaklah sentiasa memuji Allah S.W.T tak kira di dalam lagu sekalipun.

Oh. Okay. Padahal nasyid langsung korang tak layan.

Cuba tanya secara rawak " Tahu lagu In-Team tak?" Agak², siapa je yang akan jawab Ya?

Dan bulan lepas, Maher Zain ni ada buat konsert kat Shah Alam. Konsert tu pukul 7.45 malam start. Orang yang tengok bola kat stadium pun tak solat maghrib, ini kan pulak yg tengok konsert pukul 7.45 malam.

Wah³. Nak sangat dengar lagu² puji Allah S.W.T sampai tak sembah Allah S.W.T lak ek. Pahala sama ek?

Itu lah. Ada sorang ustaz ni cakap masa satu ceramah. Dia cakap "Orang Islam kat Malaysia terbahagi kepada dua. Kaya dengan miskin. Yang kaya ni, ibadah diorang ni umrah jee. Yang miskin pulak, ibadah diorang ni puasa."

Persamaan mereka? Faham² lah sendiri :D

Wednesday, March 16, 2011

Alahai Tengah Malam.

Ini effect minum nescafe sekali tiga pek dalam satu cawan. Ye. Aku tak boleh nak tidur sekarang. 

Tengok jam sekarang, pukul 2.36 pagi. Disebalik tension yang agak sial membuat soalan Maths versi Statistik yang rata² aku tak faham tujuan penciptaannya, baik aku tulis post baru.

Sekarang baru aku faham kenapa orang yang ada ijazah Sains Aktuari dengan ijazah Matematik (Statistik) senang dapat kerja. Bagi aku, Matematik versi Statistik tu susah gila. Kalkulus lagi senang. Nak bayang² tu bukan kepakaran aku. 

* Given P(A) = 0.4 and P(B) = 0.6 .  Find P(A|B) *

* How many 4 digit number can be formed from the digit 1,2,3,4,5,6 if there is no repetition and the number formed is an odd number? *

Ini baru soalan senang. Soalan yang susah lagi pelik². Ergh. Berdosa aku kalau buat soalan² Statistik ni. Yelah, tak dapat jawab, keluarlah segumpal kata² kesat. Okay. Ini standard bagi pelajar lelaki kalau dapat jawapan yang salah.

Dan dekat lantai bilik aku, dah penuh lah dengan equation Kimia kejadah berbagai. Terima kasih kepada roomate aku yang membuatnya.

* grafiti ilmu *

Sudah lah. Baik aku sambung study.

Saturday, March 5, 2011

Bodoh.

Matematik : A
Fizik : B-
Kimia : C-
English : A

Now it is proven. Aku bodoh. Fizik yang macam tu pun dapat B-? Apa hell? Dah hilang ke apa ilmu Fizik dari otak aku?

Effect belajar macam nak tak nak belajar tu dah datang. Padan muka aku.

Dan lagi satu. English A? Bukan guna pun. Tak masuk pointer pun. Dan aku ni hari² cakap Bahasa Melayu. Mana ada cakap English pun. Tak payah nak bajet good² dalam English lah Hazzad. Bukan nya kau belajar kat UK.

Monday, February 14, 2011

Sedarlah Woi!

Ada satu malam minggu lepas, adalah seekor kucing ni yang tengah sarat bunting tiba² buat bunyi 'meow' nya yang sangat pelik. Sah, ini mesti nak beranak kucing tu. Time aku tengok kucing tu, dia tengah mundar-mandir. Yelah, kucing ni tengah carik tempat nak beranak. Aku dengan kawan² aku dah bagi kotak branded lagi, dia reject. Nak jugak beranak kat dalam almari. Yelah, banyak kain kan. Jadi senang sikit dia nak beranak.

Dan disebabkan kucing ni macam gila (asyik mundar-mandir je), time dia nak keluarkan anak dia pun jadi susah. Kawan aku siap nampak anak kucing tu macam tersangkut kat rahim dia. Tapi last², dapat jugak lah keluar anak kucing tu. Damn. Comel sial anak kucing tu.

Esok paginya, pergi tengok kat kucing tu dan aku nampak empat anak kucing. Style lah lu mak kucing. Dan yang penting, bila aku pegang anak² dia, dia macam nak cakar aku je. Pergh. Penyayang gila.

*4 anak kucing. eh. ada jugak ugly kitten ek*
*mak kucing dengan anak² dia*

Lepas aku tengok binatang macam tu jadi penyayang gila kat anak² dia, aku terfikir "Kenapa manusia tak macam tu?"

Yup. Aku nak cakap yang binatang lagi penyayang daripada manusia. Binatang lagi sayangkan anak dia daripada manusia.  Okay. Aku nak tanya. Kenapa ada kes buang bayi? Kenapa bayi tu nak kena dibuang gak? Standard tempat yang kita tau bayi² kena buang; tong sampah, surau, jamban. Macam tak ada tempat lain pulak. 

Ini lah standard manusia atau lebih tepat, kebanyakan golongan remaja sekarang. Hidup berlandaskan nafsu. Jangan harap lah ada secebis rasa takut kat Allah S.W.T. Kat mak ayah apatah lagi. Yang lagi sial, mak ayah diherdik macam tu je. Macam dia saja yang paling pandai, paling hebat, paling kuat kat dunia ni.

Aku memang menyampah, benci dan jijik dengan kebanyakan golongan tu sekarang. Cuma dengan Facebook, kau boleh jamah badan perempuan tu dengan free. Cuma topup kan dia RM10, dan dia akan tidur dengan kau malam ni. Hoi! Harga diri korang memang murah macam tu ke?

Hari ni Valentine's Day. Dan aku tahu ramai daripada golongan ni yang sambut. Okay. Cara diorang sambut, senang je. Pergi parti sambil bawak kekasih korang, mabuk², lepas tu,

Lelaki : Baby, I nak you malam ni boleh?
Perempuan : Boleh bie. Diri I memang untuk you sorang je.

Dan esok pagi nya, sama ada perempuan tu menangis ter-esak² atau dia akan kata "Lepas ni kita buat lagi ye bie."

Belum tengok lagi yang couple² remaja yang standard sengkek yang mampu sewa hotel bajet. Hey come on lah! Korang tak pernah fikir ke risiko nya? Time tengah nak klimaks, tiba² JAIS ketuk pintu. Kan naya nama nya tu.

Kenapa aku cerita pasal semua ni? Semua nya pasal sebab yang senang, nanti akan ada yang mengandung luar nikah. Lepas tu, sang boyfriend pun akan lari meninggalkan. Eh. Dulu dah puas kau tidur dengan dia, lepas tu nak blah?

Bila dah mengandung, hidup jadi tension, fikiran makin sempit. Dalam hati cakap "bunuh diri jelah", "gugurkan jelah". Last²,  bela jugak sampai beranak. Yang bestnya, tempat beranak adalah macam kat jamban, rumah kawan, kat semak, kat kelas pun ada. Lepas tu, bayi tu dibuang merata je. Ewah³. Korang tak sayang ke kat anak korang tu?

Itu lah yang jadi bila nafsu terlampau bergelora dalam badan. Syaitan memang suka lah. Keturunan Nabi Adam A.S dapat dikawalnya. Fikirlah. Kesian lah kat couple² yang kahwin dah lama tapi tak ada anak pun. Kenapa korang tak letak je kat rumah kebajikan yang ada? At least, hidup bayi tu terjamin. Buang bayi tu termasuk dalam Akta Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Hukuman? Masuk penjara lah!

Jadi, satu benda je aku nak cakap. Tolonglah jadi penyayang walaupun tu anak luar nikah korang. Eh malu lah kucing pun boleh jaga 4 ekor anak dia. No hal lah! Ini korang baru beranak sorang dah nak buang.

Masa macam ni lah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat patut buat banyak² baby hatch kat negara ni. Benda tu bagus sangat sebenarnya. Dan sekarang lah masanya untuk kita anggap anak luar nikah tu sama dengan anak yang lain. So, Datuk Seri Shahrizat, tolong lah buat banyak² baby hatch kat Malaysia ye. Jangan lah nak cipta bas² untuk perempuan je.

Dah lah kalah Pilihan Raya dengan anak 'peliwat'. Ngeh.

p/s : jangan nak marah aku pasal cakap macam ni. ini lah kenyataan dunia sebenarnya.

Sunday, February 6, 2011

Yogi Is Not So Greedy.

I watched Yogi Bear at my nearest cinema. Frankly speaking, Yogi Bear should be considered as a cartoon. Damn it. I had the guts to watch cartoon. HAHA

Although there were so many stupid jokes in that movies (actually that jokes made kids behind me to laugh like a devil), but I saw one moral value in that movie. Greed does worth for nothing. 

In that movie, the mayor wanted to cut all the trees in the forest reserve but he ended up being ashamed as everyone questioned his action. Karma maybe? Eh?

I also saw this kind of moral value in Ngangkung. Seriously, this movie WAS NOT FUNNY (I did not laugh at all!) but some scenes made me to say 'Orang tamak selalu rugi.' Do imagine by yourself. You have the will to slap your own daughter. Who are you huh? A devil?

Nevertheless, I wondered when there was a kissing scene in Yogi Bear. How absurd!

Saturday, February 5, 2011

Nak Sangat Senang!

'Ak' instead of 'Aku'.

'Aq' instead of 'Aku'.

Ini lah style budak² zaman sekarang. Nak senang je hidup sampai main tekan ikut suka hati je.

"Aq un xwt cmtuw ler."

Kalau korang faham, korang boleh masuk dalam golongan yang aku cakap tadi. HAHA

Dan ada satu perkataan yang best. Aku sedar ni pun daripada sepupu aku, mangsa SMS bajet simple nak mati ni.

tak payah = xpyh = ta yah = ta ya = taya

"Taya lh cmtu."

Haih peliknya. No wonder lah ramai budak Melayu time PMR dengan SPM, BM diorang yang teruk. Budak Cina dengan India jugak yang power BM. Kalau BI power, takpe jugak. Ini pun hancur jugak. Bajet good² je.

Ada sorang depan bilik aku ni. Time SPM, BI dia dapat A, BM dapat C. Aku dapat rasakan satu style di situ.

Friday, February 4, 2011

Animalia. Eh. Bunyi Macam Amalia.

Between a dog and a human, who is more loyal to you?

There is one simple way to find it. All you need to do is lock both your dog and wife in your car for an hour. After that, open your door. Then only you will know who is more loyal to you. Maybe you sort it out by now. HAHA

BTW, if I were given a chance to have a pet, I would like to have a horse. Why? Easy. Because I can ride on it. At least I can become Zorro for a while :)

Friday, January 21, 2011

Respect Others, Then They Will Respect You.

I am not an orthodox-minded person. That means I am a very open-minded person. There is no way that I will view something just from one way, instead I will view in different ways.

I, sincerely speaking, would like to say that I dislike some of orthodox people out there. Why? I saw some of them (YES, some of them) came with a new 'hukum' that were irrational. One of my friend's teacher told him that it is forbidden (haram) to watch movies in cinemas. He said cinemas can spread bad things like 'maksiat' among people. Is that so? Then how about shopping complex? It spreads bad things too right?

I do not mean to hate them, but their ways are just annoying for me. Anything else is just fine. They are just normal. And as an open-minded person, I should respect their views, not become like a dog who barks without thinking.

p/s : feel offended by this post? what do i need to care for? wee wee

Wednesday, January 19, 2011

A Picture Tells A Thousand Stories.


I found that sign during my 'leisure' time in Kuala Pilah. It is situated at the back of a shop building. What made me interested was why is that sign situated at that kind of place? Does that mean there have been people went peeing at that place?

Wow.

p/s : to my little cutie pie honey, please get the hell out of my way!

Monday, January 17, 2011

SEMESTER II : SEMESTER MALAS.

* Sinar mentari yang diharap, akhirnya hujan yang turun*

Aku ingatkan, masuk sem II, aku makin rajin, rupanya makin malas. Malas dari segi nak study. Setakat tutor jelah yang aku buat. Tutor fizik dengan tutor maths jelah yang aku buat sepenuh hati. Tutor kimia aku buat langsi² je. 

Tidur pun, jarang lah aku tidur lambat dalam 2 3 pagi macam tu. Selalunya, pukul 11 aku dah terbongkang kat katil. Dan time aku bangun, aku akan tengok ada nya latihan maths yang aku buat sebelum tidur. Ya, latihan maths tidur sama² dengan saya. HAHA

BTW, aku dapat Band 4 untuk MUET. Untuk calon yang tak study langsung untuk MUET, boleh lah kan?

So, what should I say about UPS 2?

English : Senang lah jawab. Tapi markah takkan tinggi lah.
Physics : Soalan senang, tapi jawapan entah betul ke tak.
Maths : Dan² time tu aku lupa camne nak buat double angle. HAHA
Chemistry : Rasa² aku nak lempar je soalan tu kat pembuat soalan tu.

p/s : kenapa ayat orang marah selalunya 'fuck you' sedangkan ianya sesuatu yang best? :)

Sunday, January 16, 2011

Pukul 1 Pagi.

Okay³. Sekarang aku tengah menaip pukul 1 pagi. Yup. Waktu yang membosankan. Waktu yang majoritinya, ramai dah tidur. Kat kolej aku pun, waktu macam ni, depan bilik aku pun dah gelap. Tinggal bilik aku je yang tetap bercahaya. Study barangkali? 

Sesetengah manusia, ada tabiat bila diorang tengah bosan waktu macam ni. Ada yang main game, ada yang tengok bola, ada jugak yang blogging, macam aku lah. And ada jugak kalau bosan waktu macam ni, boleh tibai tengok porn lak. FYI, aktiviti tu aku dah lama tinggalkan. HAHA

So, aku nak cerita sikit pasal tabiat couple² remaja yang most of them tak tau apakah itu perlindungan yang selamat. Waktu diorang tengah hangat² bercinta, semua indah. Cakap pun bajet² sweet je.

"You ni baby..." (ditambah simbol <3)

Itu memang lazim lah aku dengar. Tapi kalau dah tengah gaduh, sampai boleh cakap

"Kau ni babi lah!!!" (ditambah simbol ..l..)

Biasalah kan. Tabiat remaja² sekarang. Typical teens. Aku tulis macam ni pun pasal dulu, aku pun macam ni. HAHA. Yela kan. Everything is written based on experience.

p/s : the world is wide enough for you to boast at everyone.

Saturday, January 15, 2011

Selalu Bermimpi Pelik².

Ada satu malam tu, aku tidur pukul 1. Bila dah tidur, apa akan jadi? Ada mimpi. Ye, memang time aku tidur tu, aku ada mimpi.

Tapi mimpinya agak pelik dan a bit creepy.

Aku mimpi yang aku pergi kubur dengan parents aku. Bila dah sampai, aku cari kubur arwah nenek aku, tapi tak jumpa. Dah pergi merata kat setiap kubur, tapi tetap tak jumpa. Parents aku yang ikut pun tak jumpa. Last², kitorang sesat kat kubur tu. Dan disebabkan aku merasakan sesuatu yang creepy, terus aku terjaga.

Tengok jam, pukul 2. Maknanya, aku cuma perlukan sejam untuk bermimpi macam tu. Mungkin ini permainan setan saja, tapi aku rasa mungkin pasal dah lama aku tak pergi kubur arwah nenek aku. Last aku pergi dalam bulan 3 tahun lepas agaknya.

Ada juga aku mimpi yang pelik tapi best. Sekali tu, aku mimpi pergi kedai donat. Lepas tengok semua donat macam sedap je, aku pun beli lah. Tiba²,

"Hazzad!"

Kawan aku, Abu memanggil. Nak ajak aku main main tenis katanya. Aku bagitau dia pasal mimpi aku dan dia cakap, "Pelik² je mimpi kau ni."

Cukup lah. Aku nak bermain tenis dengan kawan aku. Nak mimpi jadi Robin Soderling untuk seketika. Hoho

p/s : i could be in love but i just don't know.

Saturday, January 1, 2011

Maal Hijrah Versi Orang Putih.

Happy New Year semua. Walaupun aku tak sambut, ucap kat korang pun sudah lah.

So, as this is my first post in 2011,

Aku nak cerita lah pasal azam tahun baru ni. Dah nama tahun baru, mesti ramai yang tanam azam baru punya. Azam yang gila² lak tu. Padahal azam tahun lepas pun tak dapat buat lagi. HAHA

Antara azam² yang orang selalu cerita kat aku ;

1. Nak study lagi rajin. Maklumlah, nak SPM atau PMR kejadahnya kan.
2. Nak carik awek lagi cun daripada yang ada sekarang. Dasar lelaki sungguh.
3. Nak kahwin.

Tapi, selalunya, azam tu takkan menjadi. Kenapa?

Untuk azam #1, dia akan dapati bahawa facebook-ing dan skype-ing dengan kawan comolotnya jauh lagi best daripada study. Serius.

Untuk azam #2, dia akan kena di-dump oleh aweknya dan awek yang dia usha tu tak nak couple pun dengan dia. Padan muka hang!

Untuk azam #3, dia akan tengok account book dia di mana duit simpanan dia hanya 3 digit. Akaun simpanan aku pun 4 digit lah! Tapi time 2010 lah :)

p/s : don't say no. just say yeah.

Thursday, December 30, 2010

Lepas Ni, Malaysia Dah Boleh Lawan Spain.

Fuyoh. Malaysia menang AFF Suzuki Cup. Something which was unevitable and I saw a very massive improvement in the Malaysian team. Hopefully that Malaysia can climb its FIFA ranking for at least 5.

So. Who should claim the success?

First. K. Rajagobal lah. Our own Malaysian 'Arsene Wenger'. HAHA. He brought success during last year's SEA games where Malaysia grabbed gold in fooball (sah² banyak perempuan yg tak tahu) and he continued the legacy by bringing young players to play in Suzuki Cup while he only took one senior player, Amri Yahyah (tak ada impak langsung). It worked and they won.

After this, I hope that K.Rajagobal will be the next England or Chelsea manager. Chelsea currently is in very deep problem. Maybe his style can save Chelsea's season. Wah. Sounds ambitious. HAHA

Second, Norshahrul Idlan Talaha. He is the best second striker in Malaysia that I have ever seen. The way he played and assist players to score is so awesome. Besides, he is a newlywed. There is some kind of extraordinary zest that every newlywed has. Not to forget, him. So, the zest is transferred into football field. HAHA. Untung isteri dia dapat suami atlet. Stamina tinggi :)

Dah. Itu je. Yang lain semua hebat. Keeper yang no 22 tu pun hebat. Agak² Arsenal nak beli pun takpe. Dah cekap kan.

Dan kepada rakyat Malaysia semua, jangan sokong Malaysia time diorang menang je, time kalah, tak nak sokong. Pastu Malaysia main kat stadium kosong. Macam mana bola sepak Malaysia nak maju?

Thursday, December 23, 2010

Musim Demam Eh?

Sekarang kat matrik, aku tengok ramai jugak yang demam. Aku pun kadang² rasa demam gak tapi tak stabil. Sekejap demam, sekejap sihat. Haih. Pelik sungguh rasanya. Tapi yang penting, aku pergi klinik, dapat MC. HAHA

Time kelas Fizik,

Cikgu Suzliana : Mubin. Kenapa datang lambat?

Mubin : Mintak maaf cikgu. Saya terlajak tidur.

Cikgu Suzliana : Macam mana boleh terlajak tidur pulak?

Mubin : Saya pening kepala cikgu.

Cikgu Suzliana : Kenapa pening kepala?

Mubin : Saya demam cikgu.

Cikgu Suzliana : Sekarang ni macam musim demam ek.

Dan sementara itu...

Aku : Wei, aku rasa aku pun demam lah.

Jenn : Demam apa lak?

Aku : Demam angau.

Jenn : Apa jadah?

Aku angau? Dengan siapa ek? Sah² malang hidup perempuan tu. LOL

Saturday, December 18, 2010

Susah Nak Gembirakan Orang.

Mak kawan aku, Izzat meninggal dunia kerana kanser tulang belakang Isnin lepas. Time dia balik dari cuti emergency dia, aku nampak mata dia seolah-olah macam berkaca. Tak sanggup aku tengok dia macam tu.

Dan di sebalik tutor Maths aku yang suruh differentiate ln (tan 3x), dia sempat jugak cakap, "Izzat tak sempat nak bagi mak dia gembira. Izzat tak sempat nak belikan mak dia kereta."

"Dan antara kamu semua, boleh tak kamu buat mak kamu gembira? Boleh, senang je. Kamu cuma perlu berubah. Berubah menjadi lebih baik."

Kalau aku diberi pilihan, mungkin susah untuk aku buat macam tu.

Dalam hidup aku, ada satu impian je yang aku nak buat untuk mak aku ; belikan dia dress Chanel dengan duit aku sendiri.

Dan aku nak tengok dia tersenyum bila pakai dress tu.

Sunday, November 21, 2010

Bajet Je.

Come on. Get a life lah.

Do you think that you are great enough? Cut it out. You make me puked.

What? Can you repeat it back? I did not hear you.

Oh. You were saying that you wear a Topman, right? What? You wore a Zara too?

I do not think that I should care about that. BTW, do you know that any Topman apparel coming to Malaysian stores are the one which have been rejected in the UK?  HAHA. That is bad for you.

But it is okay because I also have one. Hiya!

And seriously, the way you that you say "Dia baru nak layan Topman. Padahal aku dah lama layan Topman" makes me to say "Poyo punya budak. Topman tu murah lah. Sebab tu aku beli Topman."

Not to mention, other fashion victims.

It would be better to buy Garage t-shirt lah. 3 for 50 only. HAHA

p/s : i lost a heart that i won't be able to have it back.

Thursday, November 18, 2010

Haziqah.


*bersama makcik dia*


Ini lah fruit son (anak buah) aku. Yang penting, dia ni cute macam Ankul (uncle) dia. LOL

Saturday, November 6, 2010

Best Movie?


Yesterday, I watched Estet. There were so many jokes that I laughed so much through the movie. Not to forget, the CGI shots that were put inside this movie. The CGI made the movie. Something that even Tamil movies and Hollywood movies do not have.

Thank you Mamat 'Sivagi' Khalid for the movie. HAHA

Should I say that this is the best Malay movie? Maybe. But I saw about 3 or 4 scenes where the plots plateaued which made me bored. But for overall, my friend said that this is the best movie. He also said "Patut lah Mamat Khalid marah filem ni tak menang."

By the way, best English movie for me? No English movie can beat Inception.


Why Inception? Easy. This movie shows reality. The reality that you can control your own dream. I can do that.

p/s : you cannot bribe me with money, you cannot shower me with shame.

Wednesday, November 3, 2010

Direct Translasi.

Nowadays, many English words have been directly translated into Malay. Do I need to say that it is something good? Maybe because of we can have better Malay vocabulary. But the thing is, it brings one badness in which many of us will know the direct meaning of one English word rather than the pure meaning in Malay. 

For example, many of us would say that national in Malay is nasional rather than kebangsaan.

BTW, I like direct translation, especially for lyrics because it is funny. Do not want to believe me? Just read below.

" Jangan panggil nama aku, jangan panggil nama aku, Alejandro
Aku bukan awek kau, aku bukan awek kau, Fernando
Tak nak cium, tak nak sentuh
Cuma hisap satu rokok dan diam
Jangan panggil nama aku, jangan panggil nama aku, Roberto"

*picked from Lady Gaga - Alejandro lyrics

What? Scared that I am very brave to use Alejandro lyrics? Do not worry lah for those who believed that Lady Gaga is an Illuminati. It is just a conspiracy theory. Doesn't mean that if I use her lyrics, my faith will fade.

It would be very silly if you are going to say that.

p/s : Though you break my heart, you are the only one.