Thursday, May 22, 2014

Bebelan Jam 4 Pagi.

Tengah buat assignment. Tengah buat slides untuk presentation.

Lepas tu blank.

Bila dah blank, mulalah meleret. Ikon 'Google Chrome' ditekan.

Kelemahan aku ni satu je, lembab kalau buat kerja. Itu yang kalau boleh sentiasa nak elak daripada buat kerja last minute. Tapi kalau buat kerja kumpulan, terkontang-kanting jugak kalau buat sendiri.

Ah, baik aku habiskan kerja.

Wednesday, April 23, 2014

Air.

When the future's architectured 
By a carnival of idiots on show
You' better lie low

Bukan apa, waktu krisis air macam ni, lirik itu ada je dalam otak aku. Di atas kebebalan kerajaan (pusat atau negeri, fikirkan sendiri), yang jadi mangsanya, rakyat. Rakyat yang memang mengharapkan bekalan air bersih untuk setiap masa. Zaman kini bukanlah zaman dahulu kala bila masa bekalan air tiada, tanah-tanah kosong digali untuk dibuat perigi, sungai-sungai dijadikan tempat mandi dan tempat membasuh baju.

Di Lembah Klang, sungai-sungai semua dah tercemar.

Kandungan 'biochemical oxygen demand' tinggi, ikan pun tak mampu hidup di dalam air berkeadaan begitu.

Nak mengharapkan air hujan, air yang dikumpul cuma sesuai digunakan untuk basih pinggan je. Mana sesuai dibuatkan mandi. Nilai pH rendah daripada 7.

Itulah, ada orang berkata, ada kera dalam kerajaan.

Di dalam waktu krisis air ni, ada satu masalah yang makin melarat.

Hygiene.

Sedangkan di waktu bekalan air sentiasa ada pun, hygiene ni jadi masalah, inikan pula waktu sebegini. Pembuat masalah pula, pelajar-pelajar universiti no 1 di Malaysia pula tu. Aku tak faham, air dah tak ada, buat apa pergi buang air kat tandas lagi? Aku sanggup pergi jauh semata-mata nak bersih. Akhirnya, tandas bau haram jadah. Takkanlah benda macam ni kena diajar secara formal di dalam kelas? Takkanlah perlu ada satu subjek spesifik 'Hygiene and Self Cleanliness' untuk diajar?

Sia-sia saja universiti top 200 di dunia tapi ada pelajar perangai macam ni.

Ada pula yang guna paip pili bomba lepas tu dibawa paip tu masuk dalam tandas. Gila.

Wednesday, June 20, 2012

It Is Coming.

Aireen Omar.

She is the new CEO of AirAsia. Yes, she is.

Okay, the time for women to control the world has come.

Now, women should be given higher positions. Just look at our central bank governor. Yes, a woman.

And I agree if Malaysian Prime Minister is a woman. For sure, she will not use large amount of money to buy a submarine that cannot even sink into the ocean.

Imagine the US President is a woman. No nuclear war. Well, sounds lovely.

Friday, May 18, 2012

Mulut.

Nama je Simple Bending Theorem, padahal sebenarnya benda tu tak simple pun.

Walaupun soalan pelik-pelik, tapi aku buat jugak. Tapi bukan buat dekat bilik, buat dekat satu tempat dekat kolej aku ni yang ada banyak bangku dengan meja batu. Bilik aku agak sebenarnya.

Tapi lumrah manusia, ada mulut, digunanya habis-habisan. Ye, untuk bercakap, lagi-lagi dengan volume yang kuat. Walaupun dekat tempat yang sesuai untuk belajar.

Iye, tempat yang aku buat kerja tu.

Dengan soalan yang maha susah, ditambah dengan bising yang keluar daripada mulut manusia yang ada dekat situ  (Melayu ke, Cina ke, sama je). Dan satu tin Kickapoo pun tak mampu nak meleraikan keadaan.

Ikut hati, nak lempang. tapi aku sedar, perbuatan fizikal bukan cara aku, walaupun tumbuk aku boleh sampai 700 kalau pergi test dekat mesin tumbuk arcade Mid Valley. Haha

Terfikir jugak, dah tau tempat tu tempat tak sesuai nak bising, kenapa still nak bising? Nak cakap tak faham, budak UM kot. Ke memang aku je yang sensitif dengan bising yang ada, walaupun cuma bualan yang rendah suaranya?

Oh lupa nak beritahu. Sebenarnya, bising ni buat aku tak selesa, bila tak selesa, buat kerja pun tak jadi, itu yang jawapan asyik salah je.

Thursday, May 17, 2012

Asap.

Aku guna laptop dekat meja dalam bilik, sebelah ada rokok.

Roommate aku yang punya. Tak Pall Mall, Dunhill.

Pergi bilik kawan aku, lagi best. Kalau boleh, hampir setiap masa akan berasap.

Tapi aku bukan nak cerita pasal rokok. Aku tak ada minat langsung. Aku ni, merokok pun tak.

Yelah, final exam dah makin dekat. Benda yang wajib dihadap setiap hari ialah buku, nota, formula. Formula tak nak rumit lagi. Kena hafal pulak tu. Takdir.

Entah lah, sejak sem 1 punya result teruk, ada benda je yang tak betul.

Dan setting pun dah jadi lain, sama ada nak puaskan hati sendiri atau puaskan hati orang lain.

Biarlah, dah nama pun hidup. Barangkali kena ikut flow.

Thursday, April 26, 2012

Ratap.

Dah 3 tahun sejak arwah nenek aku meninggal dunia.

Al-fatihah untuk arwah.

Ergh, nak bersedih lagi? Aku rasa tak perlu. Hidup aku ni terlampau banyak benda yang aku kena buat sampai benda macam ni pun aku tak ambil kisah, sebenarnya.

Tak perlu nak bersedih, tak perlu nak meratapi, cuma perlu teruskan hidup. Yang penting ialah doa untuk arwah.

Monday, April 2, 2012

Taman Negara #1

Aku pergi Taman Negara dengan kawan-kawan aku, atas nama kursus, kot. Mungkin rombongan kot. Ah, apa-apa sajalah.


Masa sampai dekat destinasi, satu benda je aku nak cakap.


Tak ada liputan (coverage).


Bayangkan, coverage yang ada hanya limited kepada GSM. Bayangan 3G haram tak ada.


Aku tau, memang normal untuk kawasan luar bandar untuk ada coverage yang begitu. Ya, kampung aku di Rembau masih tak ada 3G, dan Rembau cuma 100km dari Kuala Lumpur. Apatah lagi kawasan terpencil yang macam Taman Negara tu.


Bukan apa, tapi bagi aku, setiap kemajuan yang ada ni, patut dirasai di setiap pelusuk Malaysia. Setiap tempat di Malaysia ni patut ada sekurang-kurangnya coverage 3G, walaupun di tengah Taman Negara. Yelah, kata Malaysia ni nak mencapai status negara maju.


Kalau difikirkan lah, setiapa rakyat Malaysia berhak dapat setiap kemajuan yang ada ni. Bukan apa, benda akan jadi lebih senang lepas ni. Contoh lah, kalau kau sesat dalam Taman Negara, kau boleh telefon orang lain, tak pun kau set koordinat kau, lepas tu send dekat renjer hutan. Kan senang jadinya. Tak ada lah sampai kau akan sesat sehingga 20 hari dalam Taman Negara.


Jangan lah sampai semua orang hanya merasa kemajuan Malaysia di Lembah Klang sahaja.

Thursday, February 9, 2012

Cerita Seram Langsung Tidak Relevan.

Bak kata Tun M,


Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. 


Tapi ada benda yang ramai di antara kita takuti. Hantu.

Ya, ramai yang takut hantu.

Aku pun tak tau lah macam mana nak menghuraikan tentang hantu ini. Tapi bagi aku, hantu cumalah satu kepercayaan karut yang wujud sejak dulu. Dalam Islam pun, mana ada wujud istilah hantu, yang wujud cuma jin, syaitan, dan iblis.

Ada ke dalam Al-Quran, mana-mana ayat yang menyebut mengenai hantu? 

Aku pernah mendengar kata seorang ustaz ni (bukan Ustaz Azhar Idrus), bahawa hantu yang wujud di dunia ini cumalah roh yang tidak diangkat ke langit (roh yang tidak tenang). Aku masih tak dapat mengenal pasti kebenaran kata-kata ustaz tu.

Dan bila ada hantu ni (andai wujud), lalu wujudlah cerita bergenre seram. Berlambaklah cerita macam ni di televisyen lah, di pawagam lah. Dan cliche cerita seram ni, hantu berkuku panjang, hantu berambut panjang, pocong, hantu raya. Bayangkan, ianya terlampau cliche sehingga kita sendiri dah boleh bayangkan rupa hantu yang akan ada sebelum kita tonton.


*mohon hantu begini rupa*

Kesan lambakan cerita seram kan, sebenarnya negatif. Serius semuanya membawa kesan negatif. Tak ada nya kesan positif yang wujud, melainkan kau seorang produser filem seram yang dapat untung berjuta bila tayangkan filem seram dekat semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada yang berbangsa Melayu.

Cerita seram ni sebenarnya, boleh mengundang rasa takut manusia terhadap makhluk halus terutamanya hantu (yang korang dok sibuk cakap wujud tu). Bayangkan, cerita seram lah punca budak-budak takut nak pergi toilet malam-malam, takut jumpa hantu katanya. Cerita seram lah punca ramai di kalangan kita takut nak pandang ke arah tingkap pada pukul 3 pagi. Boleh pula bagi alasan nanti hantu rambut panjang tiba-tiba muncul.

Dan cerita seram lah punca ramai takut tidur seorang diri, takut nanti hantu tidur sekali dengan dia.

Semua ketakutan yang ada ni, boleh ditakrifkan sebagai takut dekat hantu. Tapi masalahnya, hantu ni pun makhluk jugak. Dan takut dekat hantu, kalau difikirkan, boleh membawa kepada syirik.

Bukankah dalam hidup kita ni, kita hanya perlu takut pada Si Dia sahaja? Kenapa perlu takut pada hantu?

Aku cuma sentuh sikit je pasal akidah, tapi benda ni lah yang penting. Tak payah nak salahkan orang bukan Islam yang asyik nak pesongkan akidah kita, bila realitinya, orang Islam sendiri jadi agen perosak akidah umat Islam di Malaysia, hanya dengan buat cerita seram.

Jadi, cadangan aku cuma satu, tolonglah haramkan cerita seram ni daripada terus ditonton. Kepada pembuat filem semua, tak payah asyik fikir nak untung je. Buat filem seram dapat untung. Buat filem seram dapat untung. Sekurang-kurangnya buat filem bergenre lain, buat filem gangster pun boleh untung berjuta kan. Filem jiwang apatah lagi.

Hantu wujud bukan pasal roh tak tenang, tapi pasal cerita hantu itu sendiri.

Friday, January 27, 2012

Kahwin Di Usia Muda.

Aku rasa kan, kalau aku cakap dekat ayah aku yang aku dah calon dan aku nak kahwin, mesti sama ada

  1. Dia lempang aku
  2. Dia gelak dekat aku
Atau yang paling tak dapat dibayangkan, dia akan cakap

"Engkau makan cendol pun ayah belanja, ini kau nak bagi anak orang makan pulak?"

Aku bukanlah bersifat negatif, tapi aku cuma cakap ni berdasarkan tahap pemikiran rasional orang Melayu Islam di Malaysia sekarang.

Ramai lah yang cakap, terutamanya yang muda, bahawasanya kahwin di usia dapat mengelakkan maksiat. Eh? Eh?

Okay, dulu masa aku sekolah agama lah kan, ustazah aku ada cakap dekat aku, yang maksiat ni sebenarnya ialah macam mencuri, merompak dengan tak tunaikan solat. Yelah, melakukan benda yang terlarang ialah maksiat. Bukannya maksiat ni bermakna pasal kes zina saja, kes khalwat saja. Faham?

Kalau betul lah berkahwin ni dapat mengelakkan maksiat, kenapa masih ramai orang yang dah berkahwin tapi masih tak tunaikan solat?

Dan bagi aku, orang yang kahwin muda ni sebenarnya kan, orang yang tak tahan.

Aku ada sekali tweet, cakap "Gatal bebenor nak nikah awal ek?" Lalu ada seorang perempuan ni, aku tak kenal, reply tapi bunyi macam agak butthurt (sakit hati).

Mana ada gatal. Mengelak dari maksiat, alhamdulillah

Okay lah, sebenarnya, maksiat ni boleh dielakkan oleh kita semua, kalau kita pandai mengawal nafsu kita. Ya, nafsu dalam hati yang mampu membawa kita ke kancah zina tu. Dan yang penting, kalau kita ada iman yang cukup, sudah pasti kita boleh elak daripada maksiat ni. Tolaklah syaitan tu, kalau betul iman kita kuat, syaitan pun malas nak kacau kita.

Ini tidak, baru jumpa awek sikit, dah nak pegang-pegang tangan. Lepas tu pegang lain. Pun aduy.

Cuba kalau ada awek, tapi kita bataskan pandangan, tak pegang-pegang. Memang tak ada masalah lah kalau baru nak kahwin lepas dah ada semua benda dalam hidup.

*tak ada kaitan pun*

Thursday, January 26, 2012

Dunia Yang Makin Sesak.

Hutang awam (public debt) USA setakat 26 Jan 2012, pukul 7 pagi waktu GMT (pukul 3 petang waktu Malaysia) ialah








Okay, nilai hutang itu ialah dalam USD. Nak convert ke ringgit, kali lah dengan 3.


Dan yang best pasal hutang USA ni, setiap saat akan makin bertambah. What a world.

Sunday, January 22, 2012

Demo (Part 1)

Okay lah, ayah aku ada cakap dekat aku, mahasiswa macam aku ni, okay je kalau nak buat demo ni. Pasal boleh tunjukkan apa yang tak betul dekat pemerintah kita ni. Bukan bermaksud kita membangkang, kita memaki tapi kita menegur. Yes, they should do better for the sake of our own country.


Tapi kan, masalah terjadi bila mahasiswa yang buat demo ni, dipergunakan. Err, boleh tak kalau korang berdiri atas kaki sendiri?


Lagi satu masalah kan, buat demo waktu malam. Okay, yang demo hari tu, katanya nak menghantar memorandum dekat pejabat. Tapi masalahnya, pejabat tutup kot waktu malam, dan demo tu terjadi masa malam tahun baru, masa semua orang dok tengok bunga api dengan Jamal Abdillah nyanyi dalam tv.


Okay, kalau betul pun buat demo sambil hantar memorandum, boleh tak buat masa waktu kerja? Sekurang-kurangnya ada lah yang dapat mengambil memorandum nya. Ini buat waktu malam, lepas tu marah pejabat tutup. Adoi, where are your brain during that time? At your foot eh?


Yang bab rosakkan klinik, robohkan pagar, itu aku tak tau nak cakap macam mana. Aku tak nak buat spekulasi cakap yang itu buat, yang ini buat. Yelah, dah aku pun tak ada masa tu.


Aku cuma seorang yang neutral, tak ada sebarang sokongan politik yang kukuh. Aku cuma cakap macam ni pasal aku sayang negara aku. Aku cuma nak semua yang terbaik untuk negara aku, pasal yang untung nanti, aku dengan korang semua jugak.


do we need this?

p/s : part 2 nanti.

Thursday, January 19, 2012

Hospital.

Minggu lepas, aku pergi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (hospital besar di Selangor). Yelah, pasal sepupu aku kena masuk wad. Dia kena demam denggi.


Aku malas nak cerita pasal demam denggi ni, pasal benda ni terjadi akibat kita yang lalai, tak reti nak jaga kebersihan. Aku harap siapa yang kena patut faham.


Aku nak cerita pasal hospital. Hospital ni kan, kalau boleh, dah patut dianggap yang tak ada parking. Kalau ada pun, parking untuk staf je. Serius aku cakap ni. Bayangkan aku dengan mak ayah aku kena jalan kaki dari seberang jalan besar pasal parking tak ada.


Tak kesian tengok orang yang berumur jalan kaki jauh?


Masuk hospital, aku tak tau lah nak cakap macam mana. Seolah-olah macam "Betul ke ni hospital?" It is way too ugly to be considered as a hospital. Aku pun tak sangka, hospital awam kegunaan rakyat rupanya macam ni. Belum masuk lif lagi, bila aku dah masuk lif, mak aih.


*lantai lif daripada kayu. dah kopak*

*dinding lif. pun dah kopak*

Mungkin bagi korang semua, ini adalah hal kecil. Tapi bagi aku, ini adalah hal yang sangat besar dan serius. Tidak adil bagi rakyat marhaen untuk mendapat kemudahan yang begini teruk. Apa, teruk sangat apa rakyat sampai dapat kemudahan macam ini?

Sepatutnya, hospital patut dijadikan lagi moden mengikut peredaran zaman. Bayangkan, punyalah ramai yang datang hospital tapi hospital nampak lapuk, ingat orang suka? 

Aku bukan nak cakap yang aku ni tak reti bersyukur dengan apa yang ada, tapi dengan populasi Klang yang sangat ramai, hospital tu patut diberi pembaharuan. Bagi hospital nampak lagi moden. Sekurang-kurangnya rakyat akan rasa puas hati walaupun servis rawatan agak teruk (ye aku tau, kena ikut queue).

Orang makin ramai, jadi wajarlah jika hospital dimodenkan dan diperbesarkan. Jadi boleh lah tampung bilangan pesakit yang ada.

Tapi aku ada nampak, dia ada buat blok baru. Baguslah, nampaklah rakyat juga yang didahulukan.

Bukanlah apa, tapi aku rasa macam tak adil bila kesihatan macam diambil ringan je. Bayangkan, Hospital Banting cuma setingkat je, padahal balai polis dekat sebelah hospital tu sampai 3 4 tingkat, belum cerita kuarters polis nya, dah macam kondominium pun ada.

Kesihatan ni sebenarnya benda yang penting. Bayangkan kalau hospital dah tak mampu tampung pesakit lagi, takkan orang yang sakit kena pergi hospital swasta? Kalau yang sakit tu orang miskin, dengan tak ada insurans nya, macam mana?

Ada balai polis besar gila pun tak guna jugak, kalau kadar jenayah tetap tinggi, gangster masih berleluasa.

Bajet yang ada, boleh dibuat untuk memajukan hospital, boleh buat untuk modenkan hospital. Aku tau macam Hospital Sg. Buloh dengan Hospital Selayang serius moden, tapi takkan 2 saja yang moden? Sekurang-kurangnya setiap bandar besar patut dilengkapi dengan hospital yang moden, baru rakyat suka.

Dengan macam ni, rakyat tau, undi diorang bukan sia-sia sebenarnya.

Wednesday, January 11, 2012

Undang-undang Berat Sebelah.

Post pertama untuk 2012. Nice.

Okay, Anwar Ibrahim terlepas daripada tuduhan meliwat. At least, penyokong pembangkang ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada kerajaan yang pembangkang boleh ambil alih Putrajaya nanti. Kejap, aku tak kisah pun.

Aku tak terkejut pun bila Anwar terlepas. 

Biasalah kan. Kita semua ni bergelumang di dalam undang-undang sivil, bukannya undang-undang syariah.

Cara dia senang je. Bukti tak cukup kuat, kes gugur. Peguambela pandai putar belit ayat, boleh timbulkan keraguan. Jadi kes pun gugur lah.

Dan yang penting, bukti pun boleh dicipta.

Undang-undang sivil, senang cerita boleh jadi berat sebelah. Undang-undang Si Dia juga yang sempurna. Tunggu saja di akhirat nanti.

Saturday, December 31, 2011

Baru Nak Update.

Dah lama sangat aku tak update.


Aku busy, sangat.


Dengan SUKMUM (Sukan Mahasiswa UM) aku masuk tiga acara; tenis, bola sepak, sofbol.


Tenis, grouping je dah kalah.


Bola sepak, kalah masa QF. Kalah penalti kot, macam Indonesia.


Sofbol, nombor tiga. Boleh lah


Dan secara tiba-tiba lah, assignment berlambak, coursework berlambak. Tapi semua aku siapkan betul pada deadline, kecuali satu.


AutoCAD.


Bayangkan, aku dah buat sampai habis, dah save. Sekali nak hantar masa Jumaat, sekali tengok, drawing tu kosong je. Tension punya pasal sampai rasa nak copy kawan punya je (tapi tak buat pun). Last², aku pergi je jumpa lecturer aku, cakap aku ada masalah. Minggu lepas tu baru aku hantar haha!


Dan yang paling best, kasut aku hilang. Kasut buat pergi kelas, kasut buat joging, kasut buat pergi gim, semua lesap. Agak-agak kalau aku jumpa siapa yang curi tu, memang kena penumbuk lah dengan aku.


Harapan tahun baru; tak ada pun.

Thursday, November 24, 2011

Dia Pernah Lupakan Kau? Aku Rasa Tak.


Banyak sangat masalah? Masalah girlfriend, masalah duit bagai? Apa susah.


Tuhan kan ada.


Tapi tapi tapi, standard manusia macam kau lah, bila dah ada masalah datang melanda, baru lah nak ingat Tuhan. Barulah nak bentang balik sejadah yang dah berhabuk tu. Masa tu juga lah, baru lah kau nak menangis mengenangkan betapa sombongnya kau kepada Dia pada masa dulu.


Dia tak pernah lupakan kita, tapi kenapa senang kau boleh lupakan Dia? Bila Dia dah bagi nikmat, bagi senang pada hidup kau, kau senang saja lupakan Dia, menganggap Dia tu tak ada langsung dalam hidup kau.


Tapi bila dah susah, bila masalah dah jadi kritikal, baru nak ingat Dia. Baru nak doa agar ada keajaiban. Hei, come on lah!


Ingat senang-senang saja keajaiban nak berlaku? Ingat kau nabi?


Apa kau ingat, senang saja nak mintak sesuatu dekat Dia, tanpa ucap terima kasih langsung atas setiap benda yang Dia berikan dekat kau. Mana adil weh!


Satu saja yang kau perlu ingat.


Kau mainkan Dia, Dia mainkan kau balik. Balasan itu sentiasa ada.

Friday, November 4, 2011

Persoalan Hati.

Mungkin semua akan rasa pelik. Yelah, bila masa aku mampu menulis tentang cinta, tentang hati?


Cukup lah aku selalu menulis tentang ke-sekular-an aku, kebencian aku terhadap pemerintah yang bangang. Mari kita belajar mengenai hati.


Semua ada hati. Semua ada perasaan. Bila ada hati, bila ada perasaan, cinta boleh wujud. Cinta kepada siapa? Cinta kepada keluarga, cinta kepada kawan, cinta kepada kekasih (kalau ada), dan yang penting, cinta kepada Yang Esa.


Cinta kepada Yang Esa tak perlu nak ditunjuk dekat orang, cukuplah dengan solat dan amalan² sunat yang ada.


Aku nak cerita tentang persoalan hati. Okay, katakan kau nampak seseorang, dan kau terus suka. Agak² apa yang kau akan buat?



  1. Add dia dalam facebook, lepas tu usha gambar dia saja.
  2. Datang dekat dengan dia, lepas tu senyum lama².
  3. Diam, dan harapkan dia yang datang dekat kau.
Sudah, biarkan soalan itu tadi. Macam mana pula dengan kita yang memang sudah ada hati dengan seseorang dan sanggup menunggu dia?

Mungkin ada yang cakap tak guna kita tunggu sesuatu yang tak pasti. Tapi hati kita, siapa orang lain untuk berhak tahu?

Bayangkan, orang lain dah bagi harapan dekat kita, lepas tu kita pun tunggu lah dia, akhirnya dia blah dengan orang lain. Agak² macam mana hancurnya hati kita? Mesti hati jadi remuk, dan tak akan jadi macam dulu.

Mesti semua akan fikir, mesti aku pernah alami. Sebenarnya, aku tak pernah alami, aku yang buat orang lain alami.

Kejamnya aku pada masa dulu.

p/s : aku dapat idea post ni masa aku dengar lagu Rossa - Hati Yang Kau Sakiti.

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #1


p/s : perempuan tu bukan mahram dengan lelaki tu, tapi dia sanggup tolong lelaki tu. inilah nilai kemanusiaan yang sebenar.

Thursday, October 27, 2011

Aku Tak Percaya Pada MLM.

Hari tu, malam Selasa, aku lapar. Jadi aku ajak lah kawan aku yang senior tu makan dekat tempat biasa. Tak tau lah apa angin dia tu, ikut saja cakap aku. Jadi aku ajak lah kawan aku yang lain, senior juga. Diorang pun ikut.

Tapi kita orang tak pergi makan terus. Yang bawa aku tu cakap nak jumpa kawan kejap. Okay tak apa tapi masalahnya, sampai tempat tu, ikut dia sampai masuk bangunan apa entah. Tengok orang ramai semacam saja, hati aku terus terdetik,

"Score A ni."

Ya, memang betul jangkaan aku. Ini taklimat pasal Score A, dan otak aku kena psikologi yang dahsyat untuk telan setiap fakta Score A, selama dua jam setengah.

Nak tau tak Score A ini apa? Score A ialah satu bentuk MLM.

Untuk yang masih bangang tak tau MLM tu apa, sini aku beritahu. MLM ialah Multi Level Marketing. Dan untuk semua tau, aku tak suka MLM. Walaupun yang beri taklimat tu cakap Score A siap bagi zakat setiap bulan.

Bagi aku lah, jujur aku cakap, yang masuk Score A ke, MLM ke, adalah golongan yang tamak. Adalah golongan yang kerja nak sikit, tapi nak duit banyak. Golongan yang hidup dia hanya memikirkan dengan duit saja, hidup akan lengkap. Golongan yang berkiblatkan duit, itulah mereka semua.

 *macam piramid*

Memang masa tu aku dengar, lumayan gila untung buat Score A. Untung boleh sampai 5 angka seminggu, siapa tak suka? Tapi tapi tapi, adakah semua akan dapat macam tu?

Yang bagi taklimat tu ada cakap, yang tinggal di KL dan gaji bawah RM3000, dipanggil miskin kota. Okay nampak berasas, tapi perlu ke nak cakap dengan RM3000, kita takkan dapat hidup di KL?

Nak ditambah lagi, untung buat benda ni siap dibandingkan dengan gaji CEO. Siap cakap macam kerja lain tak berguna, pasal gaji tak banyak, berbanding dengan buat Score A ni. Untung boleh sampai 5, 6 angka kan.

Sinilah aku beritahu. RM3000 ke, RM20000 ke, itu cuma asbab yang Allah beri kepada kita. Allah berikan kita kesenangan setiap masa walaupun kesenangan itu pada nilai kita, sangat rendah. Walaupun nanti gaji aku RM1500 ke, RM2000 ke, yang bagi hidup aku senang bukan duit tu, tapi Allah.

Se-sekular mana aku pun, aku masih percaya pada kuasa Allah. Aku percaya Dia boleh bagi aku senang walaupun duit dalam akaun aku untuk diguna sampai bulan Februari cuma ada RM800 (contoh lah!)

Tapi nak buat macam mana, standard orang Malaysia kan, nak kerja sikit, gaji banyak. Standard orang Malaysia kan, mata duitan sangat. Tamak serupa Yahudi.

Ada seorang leader ni yang nak tarik aku masuk, dia tanya aku "Mak ayah dah pergi haji?" Aku cakaplah tak. Dia balas "Habis tu, bila kita nak hantar?" Ya aku tau, memang lama lagi kalau aku dapat tolong mak ayah aku pergi haji tapi sekurang-kurangnya, duit aku yang nak tolong mak ayah aku pergi haji ialah duit yang aku sendiri dapat hasil kerja berdasarkan kelayakan aku, bukan guna duit untung MLM. 

Itu yang kadang-kadang aku tak faham golongan macam ini. Korang ingat, dengan duit, korang boleh bahagiakan orang lain? Korang pernah tengok babak filem di mana kalau anak tu bagi duit daripada sumber tak betul, mak ayah dia reject? Korang nak macam tu?

No wonder there is a saying "Money is the root of all evil."

Yang aku pasti, aku nanti kerja sebagai engineer ke, entrepreneur ke, lecturer ke, dapat gaji sebanyak itu pun, aku akan terima pasal itu memang berdasarkan kelayakan dan kelebihan aku.

Walaupun kita berusaha sangat untuk benda itu tapi tak dapat, jangan risau. Ada pengganti lain.

Macam aku, aku ada minta biasiswa JPA, punyalah usaha siap hantar surat sokongan awal gila, tapi tak dapat. Tapi akhirnya, aku minta biasiswa UEM, dapat pergi interview. Masa interview, senang je, tak ada pun aku gagap depan penyoal semua. Itu yang aku nak cakap, kita mungkin takkan dapat tu, tapi kita akan dapat yang lain.

Allah Maha Adil.

Wednesday, October 19, 2011

Buat Itu Tak Boleh, Buat Ini Tak Boleh. Habis Apa Yang Boleh?

Okay, jadi dah keluar cerita pasal gereja 6 tingkat yang sedang dibina di Bukit Jalil. Eh sekejap, 6 tingkat? Wah, Pavilion pun 5 tingkat saja.


Bila dah keluar cerita macam ini, jadi ramailah umat Melayu Islam yang marah dengan projek ini. Dan keluarlah ayat "Sah² mereka nak kristiankan orang Islam dekat Malaysia ni lagi senang." , "Apa lah Malaysia, negara Islam tapi gereja sampai 6 tingkat."  Tapi ayat yang paling bangang ialah


"Eeee, UMNO bodoh."


Eh sekejap, apa kaitan UMNO dengan pembinaan gereja 6 tingkat ni? Dan untuk pengetahuan semua, yang cakap ayat di atas ialah budak perempuan Melayu Islam yang pergi shopping mall pakai macam amoi, dan gambar² dia dalam facebook ialah gambar yang macam dia saja yang seksi di dunia.


Dan cuba kita fikir logik. Kalau aku perempuan yang pakai seksi, nampak peha dengan dada aku bagai, tapi niat nak tegakkan agama aku, agak² orang layan tak?


Okay lah, sini aku beritahu. Mengikut Perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan. Jadi kalau mereka nak buat gereja sebesar Hospital KL pun, apa kau nak susah pun? Duit mereka, suka mereka lah nak guna macam mana. Melainkan kalau mereka buat gereja di atas tapak surau, itu memang patut lah kau marah.


Agama mereka, amalan mereka, biarkan lah. Jangan nak susahkan diri nak membantah pembinaan gereja itu lah, ini lah. Dan aku sedar, golongan ini juga lah, yang membantah kalau dibina masjid besar². Katanya senang saja,


"Kalau penuh pun, masa solat Jumaat saja."

"Masjid besar, tapi pengisian tak ada, pun tak guna."


Tengok, golongan macam ini lah yang layak aku gelarkan "Golongan Yang Tak Senang Dengan Apa-Apa Perubahan." Tolonglah, memang masjid tak akan penuh pada setiap masa, dah semua ada urusan masing². Takkan nak harapkan mereka untuk tinggal di masjid 24 jam tanpa buat kerja masing². Ergh, korang cakap macam guna lutut lah!


Aku belajar di UM, kalau solat Jumaat, aku akan pergi ke masjid aka surau Akademi Pengajian Islam (API) yang dinaik taraf kuasa supaya solat Jumaat boleh dilaksanakan. Dan disebabkan saiznya yang agak kecil, aku akan solat di atas jalan tar.


Tak payah nak fikir pasal panas yang tak setanding azab Allah di akhirat nanti lah. Korang cuma boleh fikir dengan logik, agak² kalau korang tengah solat bawah panas matahari, peluh², korang boleh khusyuk?


Sebab tu masjid dibuat besar, untuk keselesaan orang Islam juga. Sebab tu gereja 6 tingkat dibuat, nak selesakan pengunjung yang datang, parking banyak gila.


Tapi ada saja yang buat bunyi. Itu salah lah, ini salah lah. Cuba buat masjid kecil, kau juga yang bising nanti.


Susah betul jadi manusia. Semua benda tak betul.

Saturday, October 8, 2011

Kalau Boleh, Aku Tak Nak Kerja Dengan Kerajaan.

Okay, jadi semalam PM Malaysia buat pembentangan Bajet 2012. Dan ada satu benda yang paling menyakitkan hati aku, jadi realiti.

Mungkin semua tau, umur wajib bersara untuk penjawat awam (yang kerja dengan kerajaan) dinaikkan kepada 60 tahun, naik 2 tahun daripada umur asal. Ergh, aku rasa ini memang langkah yang membuatkan aku makin rasa tak selesa dengan tindak-tanduk kerajaan.

Cubalah fikirkan, umur makin lanjut, umur makin banyak, secara logiknya produktiviti akan berkurangan. Dan secara semula jadi, mereka akan minta MC saja, kerana badan dah mula sakit². Tapi tapi tapi, mereka bukan reti pun nak bersara pada umur 55 tahun. Alang² kau dah sakit, bersara jelah masa umur 55 tahun.

Bayangkan lah, bila umur dah melebihi 55 tahun, tapi masih nak kerja, agak²-nya kerja yang diberi belum tentu boleh dihabiskan dengan cepat. Kalau lah kerja yang masih tak siap itu akan dibawa ke mesyuarat yang membolehkan syarikat dapat kontrak bernilai jutaan ringgit, sah² syarikat tu tak akan dapat kontrak.

Dan cubalah fikirkan kepada graduan² muda yang baru habis belajar. Kesian lah pada mereka, belajar macam orang gila, dapat CGPA bagus gila, tapi lepas habis belajar, langsung tak dapat kerja. Yang memenuhi syarikat ialah yang dah lebih umur.

Aku cakap macam ni pun pasal aku fikir pasal kebaikan golongan muda macam aku. Apa guna ada golongan muda yang produktiviti sangat bagus tapi tak kerja? Dan takkan golongan muda macam aku ni, kena tunggu penjawat awam tu mati dulu baru boleh dapat kerja?

Aku rasa lebih baik buat macam dulu. Ini pun kerajaan asyik ikut telunjuk saja. Kenapa? Takut kalah pilihan raya nanti?