Thursday, February 9, 2012

Cerita Seram Langsung Tidak Relevan.

Bak kata Tun M,


Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. 


Tapi ada benda yang ramai di antara kita takuti. Hantu.

Ya, ramai yang takut hantu.

Aku pun tak tau lah macam mana nak menghuraikan tentang hantu ini. Tapi bagi aku, hantu cumalah satu kepercayaan karut yang wujud sejak dulu. Dalam Islam pun, mana ada wujud istilah hantu, yang wujud cuma jin, syaitan, dan iblis.

Ada ke dalam Al-Quran, mana-mana ayat yang menyebut mengenai hantu? 

Aku pernah mendengar kata seorang ustaz ni (bukan Ustaz Azhar Idrus), bahawa hantu yang wujud di dunia ini cumalah roh yang tidak diangkat ke langit (roh yang tidak tenang). Aku masih tak dapat mengenal pasti kebenaran kata-kata ustaz tu.

Dan bila ada hantu ni (andai wujud), lalu wujudlah cerita bergenre seram. Berlambaklah cerita macam ni di televisyen lah, di pawagam lah. Dan cliche cerita seram ni, hantu berkuku panjang, hantu berambut panjang, pocong, hantu raya. Bayangkan, ianya terlampau cliche sehingga kita sendiri dah boleh bayangkan rupa hantu yang akan ada sebelum kita tonton.


*mohon hantu begini rupa*

Kesan lambakan cerita seram kan, sebenarnya negatif. Serius semuanya membawa kesan negatif. Tak ada nya kesan positif yang wujud, melainkan kau seorang produser filem seram yang dapat untung berjuta bila tayangkan filem seram dekat semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada yang berbangsa Melayu.

Cerita seram ni sebenarnya, boleh mengundang rasa takut manusia terhadap makhluk halus terutamanya hantu (yang korang dok sibuk cakap wujud tu). Bayangkan, cerita seram lah punca budak-budak takut nak pergi toilet malam-malam, takut jumpa hantu katanya. Cerita seram lah punca ramai di kalangan kita takut nak pandang ke arah tingkap pada pukul 3 pagi. Boleh pula bagi alasan nanti hantu rambut panjang tiba-tiba muncul.

Dan cerita seram lah punca ramai takut tidur seorang diri, takut nanti hantu tidur sekali dengan dia.

Semua ketakutan yang ada ni, boleh ditakrifkan sebagai takut dekat hantu. Tapi masalahnya, hantu ni pun makhluk jugak. Dan takut dekat hantu, kalau difikirkan, boleh membawa kepada syirik.

Bukankah dalam hidup kita ni, kita hanya perlu takut pada Si Dia sahaja? Kenapa perlu takut pada hantu?

Aku cuma sentuh sikit je pasal akidah, tapi benda ni lah yang penting. Tak payah nak salahkan orang bukan Islam yang asyik nak pesongkan akidah kita, bila realitinya, orang Islam sendiri jadi agen perosak akidah umat Islam di Malaysia, hanya dengan buat cerita seram.

Jadi, cadangan aku cuma satu, tolonglah haramkan cerita seram ni daripada terus ditonton. Kepada pembuat filem semua, tak payah asyik fikir nak untung je. Buat filem seram dapat untung. Buat filem seram dapat untung. Sekurang-kurangnya buat filem bergenre lain, buat filem gangster pun boleh untung berjuta kan. Filem jiwang apatah lagi.

Hantu wujud bukan pasal roh tak tenang, tapi pasal cerita hantu itu sendiri.