Wednesday, June 22, 2011

Hai Pembaca.

Saya Hazzad. Umur 19. Suka main futsal. Kenapa futsal? Pasal saya bukan anak orang kaya. Anak orang kaya hanya main go-kart. Tak go-kart, golf. Yelah, itu semua kan sukan orang kaya. Kalau saya anak orang kaya, dah lama saya main go-kart sampai dapat masuk racing team, macam Jazeman Jaafar tu.

Lagipun, kawan saya cakap yang saya ni hebat main futsal. Bukan nak bangga lah kan, tapi nak riak saja. HAHA

Saya ni bukan lah seorang yang pandai pun. Masa saya SPM dulu, saya dapat 4A je. Sedih? Biasa jelah tapi saya teruskan juga hidup saya ni.

Tapi saya bersyukur. Bersyukur sangat² sebab dapat 4A. Kenapa? Sebab saya tak dapat 9A. Saya tahu, kalau saya dapat 9A, saya akan jadi seorang yang tamak. Saya akan jadi tamak akan segalanya. Saya akan minta biasiswa JPA, minta ambil ijazah di luar negara, minta lagi biasiswa dekat syarikat lain.

Ya, inilah trend pelajar² zaman sekarang. Ramai yang dapat straight A's. Tak nak kalah, straight A+ pun ada. Bila mereka² sekalian dapat keputusan macam tu, biasiswa semuanya diminta. Nak belajar di luar negara saja. Asasi, Matrikulasi, Diploma ditolak begitu saja. "Low class lah belajar dalam negara," katanya lah.

Macam sepupu saya. Baru dapat keputusan SPM. Straight A's katanya dan dia nak lanjutkan ke New York University. Tak semudah itu bro. Sekarang sistem lain. Kena belajar di INTEC dulu baru boleh ke luar negara. Yang dapat ke luar negara terus cuma yang bernasib baik saja. Tapi saya pelik, kenapa dia tak masuk Asasi atau Matrikulasi?

Sekarang Najib Razak dah cakap, siapa yang dapat sekurang-kurangnya 8A+ , tanpa mengira bangsa, akan dapat biasiswa. Jadi, setiap pelajar yang dapat 8A+ dan keatas mulalah meminta biasiswa. Tapi, dah lumrah dunia, ramai yang tak dapat, terutamanya yang bukan bumiputera. Ke majoriti ek?

Jadi, bila dah tak dapat biasiswa semua, mulalah mengadu dalam The Star lah, News Straits Times lah, Nanyang Siang Pau lah. Dan muka mereka pun masuk lah dalam Buletin Utama, News @ntv7, dan berita lain yang sumbernya sahih.

Setelah itu, keluarlah muka² ahli politik yang mempersoalkan kerajaan kenapa tidak diberi saja biasiswa kepada mereka semua. Sampai ke Parlimen perkara ini dipersoalkan. Di sini, saya dapat bau sesuatu yang agak perkauman ataupun racist.

Saya bukanlah seorang racist, tapi saya agak terkilan bila ada suara mengatakan yang kerajaan ini racist. Dan seperti biasa, ini pun dijadikan polemik politik. Saya pun tak boleh nak salahkan pihak² tu pasal mereka pun nak cari modal politik untuk jatuhkan kerajaan sekarang. Bukankah mereka tu "kerajaan berkebajikan"?

Tapi ini semua sudah ada dalam Perlembagaan Malaysia.


Article 153 in detail
Special position of bumiputras: In relation to the special position of bumiputras, Article 153 requires the King, acting on Cabinet advice, to exercise his functions under the Constitution and federal law:
(a) generally, in such manner as may be necessary to safeguard the special position of the Bumiputras and
(b) specifically, to reserve quotas for Bumiputras in the following areas:
  1. positions in the federal civil service.
  2. scholarships, exhibitions, and educational, training or special facilities.
  3. permits or licenses for any trade or business which is regulated by federal law (and the law itself may provide for such quotas).
  4. places in institutions of post secondary school learning such as universities, colleges and polytechnics.

Okay. Kalau betul lah korang nak salahkan siapa yang wujudkan Perlembagaan Malaysia ini, salahkan Lord William Reid dengan Lord Cameron Fromanteel Cobbold. Merekalah yang wujudkan Perlembagaan Malaysia. Tapi pelajar² yang straight A's masa SPM mesti kenal mereka. Bukankah mereka semua dapat A untuk Sejarah?

Monday, June 20, 2011

Teori Mengarut.

Selama ni kita tau 1 + 1 = 2

Apa kata,
1 + 1 = 3

Okay. Nampak mengarut di situ.

Tapi, 1 boleh dianggap hasil pembundaran daripada 1.3 atau 1.4 . 1.1 dengan 1.2 mana ? Aku tak nak nombor tu. Buruk.

Jadi, kita buat arrangement baru.

1.3 + 1.3 

Jawapannya, 2.6

Bundarkan 2.6 dan ia jadi 3.

Senang kan ? Haha ini gila.

Saturday, June 11, 2011

Luruskan Haluanmu.

Kalau hidup ni haluannya lurus, mesti semua orang akan senang dalam hidup. Kalaulah hidup ni senang, sah² semua orang akan berjaya.

Berjaya tu besar skopnya. Bukan hanya setakat dapat PhD dalam kejuruteraan baru dianggap berjaya, jadi tauke gerai burger pun boleh dianggap berjaya, kalau gerainya itu besar dan sentiasa laku.

Tapi masalahnya, takkan lurus haluan hidup. Takkan semua orang berjaya. Takkan semua orang akan jadi pandai.

Kalaulah semua orang berpendidikan tinggi, habis tu siapa yang mahu kerja menyapu sampah, kerja mencuci tandas? Yelah, mana ada orang berpendidikan tinggi yang mahukan kerja sebegitu.

Mungkin kalau semua orang berpendidikan tinggi, pasti kerja menyapu sampah saja memerlukan sekurang-kurangnya ijazah. Who knows?

Gelaklah kamu semua. Mungkin nanti sampai masanya benda sebegitu akan terjadi. Walaupun aku agak tidak realistik di sini. Ya, sama saja ketidakrealistik aku ini dengan apa yang kawan aku angankan.

Dia ingin mencipta sebuah kereta yang menggunakan sampah sebagai bahan api. Masukkan sampah itu dalam kereta dan ia berfungsi seperti biasa. Melampau sungguh.

Wednesday, June 8, 2011

Adinda Evans?

Dia budak paling berani di Malaysia. Yelah, dia lah satu² perempuan yang berani mengaku yang dia dah tak ada dara.

Bukan darah okay, dara. Please understand my words here.

Apa gila budak ni sampai berani buat pengakuan macam tu. Mungkin dia dah dibayar RM 20 juta untuk buat pengakuan macam tu. HAHA

Tapi aku tak nak pun bercerita pasal dia. Setakat kisah tak ada dara, bukan aku peduli pun. Masalahnya, reaksi orang lain sampai punya lah ramai yang condemn dia ber-tubi². Ayat² diorang semua tu memang tak nak kalah pun.

"Kau memang sundal lah."

"Bodoh apa kau nak cakap macam tu? Tak ada harga diri ke?"

Okay. Di sini lah terletaknya kebodohan yang ada dekat masyarakat sekarang, kebanyakannya Melayu. Kalau korang bagi aku peluang untuk buat satu benda dekat dia, aku akan bawa dia pergi sesi kaunseling je. Aku tak nak maki dia ke, sembelih dia ke. Itu bukan kerja aku.

Dan sekarang ni, dah jadi lumrah untuk kebanyakan dalam masyarakat Melayu untuk lebih sukakan berita berunsur seks dekat Harian Metro berbanding dengan berita menteri ambik rasuah sejumlah RM 50 bilion.

Not to mention, ada menteri tu mengamalkan rasuah lepas tu kena gantung parti. Tiba², boleh masuk pilihan raya, menang dan terus jadi pengerusi. Bodoh nya. Tapi siapa peduli pun kan.

Dah kebanyakan masyarakat Melayu lebih sukakan benda yang berunsur seks. Sebab tu, cerita budak 14 tahun hilang dara pun nak dijadikan hal paling utama di Malaysia, selain setia mengikuti kes video seks Anwar Ibrahim.

Entah², video seks Anwar Ibrahim pun diorang tengok. Lepas tu, nampak Anwar Ibrahim, tengok perut dia dulu. Nak sahihkan lah katanya. Last², sesama bangsa sendiri bergaduh.

Siapa yang senyum? MCA dengan DAP lah.

Cuba kita amati betul². Lebih baik kita hukum ahli² politik yang mengamalkan rasuah daripada hukum budak 14 tahun tu.  Rugi lah kita rakyat kelas pertengahan, susah payah kerja, bayar cukai banyak², subsidi asyik kena kurang je, last² diorang jugak yang makin kaya. Kita pula yang makin melarat.

Yang korup tu, kita hukum. Kita tukar. Buat apa kita nak ambil kisah dekat budak 14 tahun tu? Nampak sangat ketidakmatangannya tu.

Together we can make a difference.

p/s : aku pun tak ada dara. yelah, dah aku ni lelaki.

Friday, June 3, 2011

Seni Yang Buruk.

Cuma dengan sedikit edit, kita boleh jadikan gambar itu sama ada lagi cantik atau lagi buruk.




Okay. Gambar di atas ni buruk. Jadi, aku edit sikit gambar ni, hasilnya...

























...makin buruk.

Sekarang, aku dah hilang ayat untuk blogging, dah hilang bakat fotografi. Senang cerita, apa yang berkait dengan seni, aku dah tak ada apa². Harap maklum.

p/s : dah ada like button untuk facebookers. klik lah ye. hoho