Friday, July 31, 2009

This Post Doesn't Need A Title.

I'm bored. Why? Because i'm lonely. It's bad to be lonely without nobody for us, now. So, i think everyone should have someone to be with. By that, we won't be alone.

Hey you. Not every happy story will have a happy ending. Well, that's what happened to me. But that's okay. A better story is waiting for me :)


hazzad

Sunday, July 26, 2009

Die.


Dah hampir sebulan si Jacko tinggalkan dunia ni. Terbaru, pengarah filem yang hebat ; Yasmin Ahmad baru je meninggal dunia. Puncanya akibat daripada angin ahmar a.k.a strok. Apa² pun, al-Fatihah untuk dia.

Kadang², kita rasa kita ni sihat, umur sah panjang, tapi kalau ajal kita sampai situ, situ jelah hayat kita. Mungkin tiba² lepas aku publish post ni, aku pulak yang pergi. Mana kita tau kan.


Aku rasa kalau aku pergi dalam usia muda camni,mesti ada yang sedih, apatah lagi happy. Yang aku tau sedih mestilah family aku. Dia? Mungkin kot. Tapi ada yang happy pasal dapat makan kenduri untuk tiga malam straight. XD


Hugs and Kisses(plus al-Fatihah),
Hazzad

Wednesday, July 22, 2009

Kata²

tak semua cinta perlu dimiliki

ada cinta yang kita tak miliki dirinya, tapi kita miliki hatinya

Aku masih lagi memahami kata² kat atas ni dengan lebih dalam lagi. Korang faham tak?

fullstop.

Friday, July 17, 2009

Bukan Milik Mu,Tapi Milik Kita.

Tiada lagi wujudnya benda yang dipanggil keindahan alam. Pokok² kena tebang. Bukit kena tarah. Cuba kalau bukit dan pokok ada suara dan tangisan. Berani tak orang² yang terarah kepada keuntungan hasil daripada ke-kroni-an mereka dengan sesetengah ahli politik buat camtu lagi? Aku rasa takkan melainkan kalau mereka ni gila kuasa. XD

Tuisyen malamku, jalan kaki jelah. Dari pandangan aku saja, aku dah nampak ada jerebu. Malam pun ada jerebu. Tak melampau ke tu? Mungkin ini balasan Yang Maha Kuasa kat kita semua pasal banyak sangat maksiat kat tempat tinggal aku ni. Tapi³, aku pelik pasal yang buat jerebu ni orang seberang Selat Melaka, atas alasan pertanian jadi kena bakar jerami. SIAL BETUL! Untuk orang yang berkenaan, bukan korang je yang tinggal kat bumi ni, tapi orang lain pun ada gak!

Ada satu video. Aku tau daripada satu motivasi yang aku join. Ada kawan aku cakap yang video tu ada kat Youtube. Jadi, aku letak lah video tu kat bawah.



Hugs and Kisses,
Hazzad

Wednesday, July 15, 2009

ai-SHIT-eru

Hidup aku senang je, tapi korang yang susahkan hidup aku sebenarnya. hey korang, it's a fact lah!

Skang, hidup aku makin tenang. Tak perlu nak risau. Tak perlu nak marah². Tenang jugak rasa bila dah takde orang yang dengki or seangkatannya kat kita kan? Skang pun aku dah tak ada masalah, mungkin. Atau dah kurang masalah. Hari ambik report kad kat skola aku pun selamba je. Aku tak risau pasal mak aku yang ambikkan. Bukan ayah aku. Senang hati. Tapi senang hati aku dah hilang bila aku tau yang skola aku akan buat pra SPM start 27 Julai. Bulan ni kan?

Keputusan pilihan raya Manek Urai pulak berpihak pada PAS. Majoritinya ; 65 undi. Sikit gila. Tapi aku tengok, PAS yang ada masalah dengan seangkatannya, DAP pun mampu menang lagi walaupun majoritinya sikit gila. Kenapa BN tak boleh?

p/s:kini dalam proses untuk jadi lebih sweet dan romantik. tapi kat dia je. bukan korang! XD

Hugs and Kisses,
Hazzad

Saturday, July 11, 2009

Coyol²-ku



Ada masa hari Sabtu. Aku balik kampung pasal ada kenduri tahlil. Masa petang, aku bosan gila pasal takde sedara aku yang best balik kampung sekali. Jadi, apa yang aku lakukan ialah; fotografi. Mula², aku pinjamlah digicam kakak ipar aku. Tengok², bateri dah habis. Last², aku guna jelah kamera henpon aku. Dengan idea aku yang menggunakan bunga apa tah sebagai subjek, hasilnya ada kat atas ni. Gambar² kat atas ni juga boleh didapati kat MySpace aku.

Korang rasa, yang mana lagi cantik?

p/s: Diyanah ada buat satu kad tulis nama aku ngan dia. Aku baca nak gelak je.

Hugs and Kisses,
Hazzad

Thursday, July 9, 2009

Dunia Sudah Jadi Kalut

Apa sudah jadi? Semalam aku dapat tau yang kerajaan dah bubarkan PPSMI. Dan, budak² sekolah akan belajar balik Math dgn Sains dalam BM start tahun 2012. Aku agak terkejut lah dapat tau berita camtu. Buat apa nak belajar dalam BM? Ayah aku ada cakap yang kat Universiti dgn kolej or what-so-ever lah, benda yang kaitan dengan Math dgn Sains dalam BI lah. Lagi satu, istilah Math dgn Sains dlm BM bunyi cam sial plus merapu. Contoh, Progression(satu tajuk dalam Add Math), cikgu aku cakap dalam BM dipanggil Janjang. What the f?

Korang setuju ke PPSMI dibubarkan?

Dunia memang dah kalut. Tapi, itu tak menghalang aku untuk melayan dia dengan baiknya, apatah lagi nak menghalang aku untuk dengar lagu² Avenged Sevenfold dan hardcore² yang lain.

Sekarang aku dah ada new interests; Zee Avi dan photography. Tapi aku tak guna DSLR ok. Nak tengok gambar² photography aku, kunjungilah MySpace aku dan tgk gambar baru.

p/s:Malaysia kalah sepak takraw dengan Korea Selatan. huh? gila sungguh.buat malu je. kalau kalah bola sepak xpe gak.

Hugs and Kisses,
Hazzad

Wednesday, July 8, 2009

Malulah Nak Tulis Title Post Ni.

*WARNING!* This post is sexually explicit. Parental guidance is required for under-17 (PG17).
Align LeftDrama benar yang berlaku kat aku. Tapi ada ayat yang aku ubah, nak kasi citer best. huhu...


Aku : (Mendekati Fayyadh si suka sumpit)


Fayyadh : Hazzad! baru je citer pasal Bio form 5 chapter 4!

Aku : Ko asal bab tu laju je ek.


Fayyadh : Eh! biasa je tu wei.


Aku : Jap! Citer pasal benda ni, hasil 'ujian kesuburan' ko camne? Positif ke negatif?

Fayyadh : Aku? Biasa lah. Positif lah.

Aku : Oh. Tapi camne ko boleh tau yg ko positif? Ko buat apa?

Fayyadh : Err...

*Terangsang ke? Kalau korang terangsang, korang dah layak untuk pergi kahwin lah. XD

Hugs and Kisses,
Hazzad

Saturday, July 4, 2009

If I Were Michael Jackson...

Agaknya apa reaksi korang kalau korang baca suratkhabar esok dengan headline-nya yang ber-font tahoma bertulis 'Jacko had been cheating on his death'. Agaknya kipas-susah-mampos dia pulak yang mati baca headline tu. Yelah, hutang dia sampai 400 juta USD, jadi dengan kematian, insurans akan bagi lebih daripada tu. Jadi, paham jelah yang benda tu boleh jadi.

Aku cerita yang aku baru je baca kat internet. Bilionair Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan, sang pemilik Astro dan Maxis yang kini tinggal di Australia dikatakan ingin membeli Newcastle United, kelab bola England yang baru je di-relegate dari BPL. Dengar cite gak yang harga dia nak beli tu ialah 80 juta pound, harga Cristiano Ronaldo gi Real Madrid. Jap, dia tu sanggup ke nak pakai jersi away Newcastle yang buruk cam gampang tu? XD

Eh! Aku tak dapat PLKN. Happy giler. Jadi, epas SPM, boleh lah aku kerja ke, ambik lesen ke apatah lagi dating sampai mati. Kepada yang dapat, bila kat kem tu korang jumpa awek cun je, cakap aku kirim salam.

p/s : aku sayang korang! sorilah ek. takde gambar aku ngan Michael Jackson!

Hugs and Kisses,
Hazzad