Thursday, October 27, 2011

Aku Tak Percaya Pada MLM.

Hari tu, malam Selasa, aku lapar. Jadi aku ajak lah kawan aku yang senior tu makan dekat tempat biasa. Tak tau lah apa angin dia tu, ikut saja cakap aku. Jadi aku ajak lah kawan aku yang lain, senior juga. Diorang pun ikut.

Tapi kita orang tak pergi makan terus. Yang bawa aku tu cakap nak jumpa kawan kejap. Okay tak apa tapi masalahnya, sampai tempat tu, ikut dia sampai masuk bangunan apa entah. Tengok orang ramai semacam saja, hati aku terus terdetik,

"Score A ni."

Ya, memang betul jangkaan aku. Ini taklimat pasal Score A, dan otak aku kena psikologi yang dahsyat untuk telan setiap fakta Score A, selama dua jam setengah.

Nak tau tak Score A ini apa? Score A ialah satu bentuk MLM.

Untuk yang masih bangang tak tau MLM tu apa, sini aku beritahu. MLM ialah Multi Level Marketing. Dan untuk semua tau, aku tak suka MLM. Walaupun yang beri taklimat tu cakap Score A siap bagi zakat setiap bulan.

Bagi aku lah, jujur aku cakap, yang masuk Score A ke, MLM ke, adalah golongan yang tamak. Adalah golongan yang kerja nak sikit, tapi nak duit banyak. Golongan yang hidup dia hanya memikirkan dengan duit saja, hidup akan lengkap. Golongan yang berkiblatkan duit, itulah mereka semua.

 *macam piramid*

Memang masa tu aku dengar, lumayan gila untung buat Score A. Untung boleh sampai 5 angka seminggu, siapa tak suka? Tapi tapi tapi, adakah semua akan dapat macam tu?

Yang bagi taklimat tu ada cakap, yang tinggal di KL dan gaji bawah RM3000, dipanggil miskin kota. Okay nampak berasas, tapi perlu ke nak cakap dengan RM3000, kita takkan dapat hidup di KL?

Nak ditambah lagi, untung buat benda ni siap dibandingkan dengan gaji CEO. Siap cakap macam kerja lain tak berguna, pasal gaji tak banyak, berbanding dengan buat Score A ni. Untung boleh sampai 5, 6 angka kan.

Sinilah aku beritahu. RM3000 ke, RM20000 ke, itu cuma asbab yang Allah beri kepada kita. Allah berikan kita kesenangan setiap masa walaupun kesenangan itu pada nilai kita, sangat rendah. Walaupun nanti gaji aku RM1500 ke, RM2000 ke, yang bagi hidup aku senang bukan duit tu, tapi Allah.

Se-sekular mana aku pun, aku masih percaya pada kuasa Allah. Aku percaya Dia boleh bagi aku senang walaupun duit dalam akaun aku untuk diguna sampai bulan Februari cuma ada RM800 (contoh lah!)

Tapi nak buat macam mana, standard orang Malaysia kan, nak kerja sikit, gaji banyak. Standard orang Malaysia kan, mata duitan sangat. Tamak serupa Yahudi.

Ada seorang leader ni yang nak tarik aku masuk, dia tanya aku "Mak ayah dah pergi haji?" Aku cakaplah tak. Dia balas "Habis tu, bila kita nak hantar?" Ya aku tau, memang lama lagi kalau aku dapat tolong mak ayah aku pergi haji tapi sekurang-kurangnya, duit aku yang nak tolong mak ayah aku pergi haji ialah duit yang aku sendiri dapat hasil kerja berdasarkan kelayakan aku, bukan guna duit untung MLM. 

Itu yang kadang-kadang aku tak faham golongan macam ini. Korang ingat, dengan duit, korang boleh bahagiakan orang lain? Korang pernah tengok babak filem di mana kalau anak tu bagi duit daripada sumber tak betul, mak ayah dia reject? Korang nak macam tu?

No wonder there is a saying "Money is the root of all evil."

Yang aku pasti, aku nanti kerja sebagai engineer ke, entrepreneur ke, lecturer ke, dapat gaji sebanyak itu pun, aku akan terima pasal itu memang berdasarkan kelayakan dan kelebihan aku.

Walaupun kita berusaha sangat untuk benda itu tapi tak dapat, jangan risau. Ada pengganti lain.

Macam aku, aku ada minta biasiswa JPA, punyalah usaha siap hantar surat sokongan awal gila, tapi tak dapat. Tapi akhirnya, aku minta biasiswa UEM, dapat pergi interview. Masa interview, senang je, tak ada pun aku gagap depan penyoal semua. Itu yang aku nak cakap, kita mungkin takkan dapat tu, tapi kita akan dapat yang lain.

Allah Maha Adil.

Wednesday, October 19, 2011

Buat Itu Tak Boleh, Buat Ini Tak Boleh. Habis Apa Yang Boleh?

Okay, jadi dah keluar cerita pasal gereja 6 tingkat yang sedang dibina di Bukit Jalil. Eh sekejap, 6 tingkat? Wah, Pavilion pun 5 tingkat saja.


Bila dah keluar cerita macam ini, jadi ramailah umat Melayu Islam yang marah dengan projek ini. Dan keluarlah ayat "Sah² mereka nak kristiankan orang Islam dekat Malaysia ni lagi senang." , "Apa lah Malaysia, negara Islam tapi gereja sampai 6 tingkat."  Tapi ayat yang paling bangang ialah


"Eeee, UMNO bodoh."


Eh sekejap, apa kaitan UMNO dengan pembinaan gereja 6 tingkat ni? Dan untuk pengetahuan semua, yang cakap ayat di atas ialah budak perempuan Melayu Islam yang pergi shopping mall pakai macam amoi, dan gambar² dia dalam facebook ialah gambar yang macam dia saja yang seksi di dunia.


Dan cuba kita fikir logik. Kalau aku perempuan yang pakai seksi, nampak peha dengan dada aku bagai, tapi niat nak tegakkan agama aku, agak² orang layan tak?


Okay lah, sini aku beritahu. Mengikut Perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan. Jadi kalau mereka nak buat gereja sebesar Hospital KL pun, apa kau nak susah pun? Duit mereka, suka mereka lah nak guna macam mana. Melainkan kalau mereka buat gereja di atas tapak surau, itu memang patut lah kau marah.


Agama mereka, amalan mereka, biarkan lah. Jangan nak susahkan diri nak membantah pembinaan gereja itu lah, ini lah. Dan aku sedar, golongan ini juga lah, yang membantah kalau dibina masjid besar². Katanya senang saja,


"Kalau penuh pun, masa solat Jumaat saja."

"Masjid besar, tapi pengisian tak ada, pun tak guna."


Tengok, golongan macam ini lah yang layak aku gelarkan "Golongan Yang Tak Senang Dengan Apa-Apa Perubahan." Tolonglah, memang masjid tak akan penuh pada setiap masa, dah semua ada urusan masing². Takkan nak harapkan mereka untuk tinggal di masjid 24 jam tanpa buat kerja masing². Ergh, korang cakap macam guna lutut lah!


Aku belajar di UM, kalau solat Jumaat, aku akan pergi ke masjid aka surau Akademi Pengajian Islam (API) yang dinaik taraf kuasa supaya solat Jumaat boleh dilaksanakan. Dan disebabkan saiznya yang agak kecil, aku akan solat di atas jalan tar.


Tak payah nak fikir pasal panas yang tak setanding azab Allah di akhirat nanti lah. Korang cuma boleh fikir dengan logik, agak² kalau korang tengah solat bawah panas matahari, peluh², korang boleh khusyuk?


Sebab tu masjid dibuat besar, untuk keselesaan orang Islam juga. Sebab tu gereja 6 tingkat dibuat, nak selesakan pengunjung yang datang, parking banyak gila.


Tapi ada saja yang buat bunyi. Itu salah lah, ini salah lah. Cuba buat masjid kecil, kau juga yang bising nanti.


Susah betul jadi manusia. Semua benda tak betul.

Saturday, October 8, 2011

Kalau Boleh, Aku Tak Nak Kerja Dengan Kerajaan.

Okay, jadi semalam PM Malaysia buat pembentangan Bajet 2012. Dan ada satu benda yang paling menyakitkan hati aku, jadi realiti.

Mungkin semua tau, umur wajib bersara untuk penjawat awam (yang kerja dengan kerajaan) dinaikkan kepada 60 tahun, naik 2 tahun daripada umur asal. Ergh, aku rasa ini memang langkah yang membuatkan aku makin rasa tak selesa dengan tindak-tanduk kerajaan.

Cubalah fikirkan, umur makin lanjut, umur makin banyak, secara logiknya produktiviti akan berkurangan. Dan secara semula jadi, mereka akan minta MC saja, kerana badan dah mula sakit². Tapi tapi tapi, mereka bukan reti pun nak bersara pada umur 55 tahun. Alang² kau dah sakit, bersara jelah masa umur 55 tahun.

Bayangkan lah, bila umur dah melebihi 55 tahun, tapi masih nak kerja, agak²-nya kerja yang diberi belum tentu boleh dihabiskan dengan cepat. Kalau lah kerja yang masih tak siap itu akan dibawa ke mesyuarat yang membolehkan syarikat dapat kontrak bernilai jutaan ringgit, sah² syarikat tu tak akan dapat kontrak.

Dan cubalah fikirkan kepada graduan² muda yang baru habis belajar. Kesian lah pada mereka, belajar macam orang gila, dapat CGPA bagus gila, tapi lepas habis belajar, langsung tak dapat kerja. Yang memenuhi syarikat ialah yang dah lebih umur.

Aku cakap macam ni pun pasal aku fikir pasal kebaikan golongan muda macam aku. Apa guna ada golongan muda yang produktiviti sangat bagus tapi tak kerja? Dan takkan golongan muda macam aku ni, kena tunggu penjawat awam tu mati dulu baru boleh dapat kerja?

Aku rasa lebih baik buat macam dulu. Ini pun kerajaan asyik ikut telunjuk saja. Kenapa? Takut kalah pilihan raya nanti?

Sunday, October 2, 2011

Ayat Rempit Yang Sangat Annoying.

*tolong jangan jadi macam mereka*

Rempit adalah antara golongan yang agak gelabah. Ayat rempit pula bermakna ayat yang gelabah, bahasa tunggang-langgang. 

wAt PerWh tu?
dAri m@NeRh?
uMuRR aWoXX?

qo InGat qo tuw saperh? setAkAt jantan cam qo, aqUh boWleh CaRik yUnk laEn ar!

Npew nih? Jangan lewrh majok2 dgn titew. Titew cayunk awak jew.

Cukuplah dengan contoh yang aku bagi. Bagi aku, ayat rempit ni adalah satu benda yang patut dimalukan oleh setiap generasi.

Cuba bayangkan, aku suka seorang perempuan ni, dan aku dah dapat nombor dia. Tapi masa aku mesej dengan dia, aku tulis dengan cara macam tu. Bukankah aku akan memalukan diri aku saja, membuatkan perempuan itu boleh cakap yang aku ni tak reti guna bahasa dengan betul.

Akhirnya, aku tak dapat perempuan tu. Aku juga yang melopong.

Dan selalu terjadi pada aku, kawan² aku yang ada tulis dengan cara macam ni. Ergh, aku rasa macam nak basuh kepala mereka guna air zam-zam dan ajar mereka cara menaip mesej dengan betul.

Yang bagi aku makin menyampah ialah kalau orang yang bagi mesej tu, orang yang agak alim, tak kira lah lelaki atau perempuan. Mesej berunsur Islam, tapi kalau cara menulis membuat aku rasa menyampah, baik tak payah hantar dekat aku lah. Sekurang-kurangnya, tak habis kredit kau.

Jadi, aku cuma mampu kata yang cara menulis macam ni memang membawa keburukan. Fikirlah, tak akan lah masa nak buat esei, kau nak tulis macam tu? Takkan lah masa kau nak buat laporan dekat pengurus kau, kau nak guna cara macam tu?

Cukuplah orang Melayu dah dipandang rendah dengan bangsa lain disebabkan rempit. Janganlah ditambah dengan ini lagi, orang Melayu tapi tulis guna Bahasa Melayu pun hancur.