Sunday, October 2, 2011

Ayat Rempit Yang Sangat Annoying.

*tolong jangan jadi macam mereka*

Rempit adalah antara golongan yang agak gelabah. Ayat rempit pula bermakna ayat yang gelabah, bahasa tunggang-langgang. 

wAt PerWh tu?
dAri m@NeRh?
uMuRR aWoXX?

qo InGat qo tuw saperh? setAkAt jantan cam qo, aqUh boWleh CaRik yUnk laEn ar!

Npew nih? Jangan lewrh majok2 dgn titew. Titew cayunk awak jew.

Cukuplah dengan contoh yang aku bagi. Bagi aku, ayat rempit ni adalah satu benda yang patut dimalukan oleh setiap generasi.

Cuba bayangkan, aku suka seorang perempuan ni, dan aku dah dapat nombor dia. Tapi masa aku mesej dengan dia, aku tulis dengan cara macam tu. Bukankah aku akan memalukan diri aku saja, membuatkan perempuan itu boleh cakap yang aku ni tak reti guna bahasa dengan betul.

Akhirnya, aku tak dapat perempuan tu. Aku juga yang melopong.

Dan selalu terjadi pada aku, kawan² aku yang ada tulis dengan cara macam ni. Ergh, aku rasa macam nak basuh kepala mereka guna air zam-zam dan ajar mereka cara menaip mesej dengan betul.

Yang bagi aku makin menyampah ialah kalau orang yang bagi mesej tu, orang yang agak alim, tak kira lah lelaki atau perempuan. Mesej berunsur Islam, tapi kalau cara menulis membuat aku rasa menyampah, baik tak payah hantar dekat aku lah. Sekurang-kurangnya, tak habis kredit kau.

Jadi, aku cuma mampu kata yang cara menulis macam ni memang membawa keburukan. Fikirlah, tak akan lah masa nak buat esei, kau nak tulis macam tu? Takkan lah masa kau nak buat laporan dekat pengurus kau, kau nak guna cara macam tu?

Cukuplah orang Melayu dah dipandang rendah dengan bangsa lain disebabkan rempit. Janganlah ditambah dengan ini lagi, orang Melayu tapi tulis guna Bahasa Melayu pun hancur.

No comments: