Friday, September 30, 2011

Annoyed.

Minggu lepas, ada Karnival Persatuan UM. Aku selaku pelajar UM yang berfikiran waras, pun pergilah melawat  setiap booth yang ada. Eh sekejap, aku melihat saja booth² yang ada. Hehe


Dan hasil kesimpulan aku, mengecewakan sangat.


Aku ingatkan, bila aku masuk universiti, takkan ada kelompok berdasarkan negeri, kaum mahupun agama. Mungkin aku terlampau mengimpikan sesuatu yang agak mustahil di universiti.


Tapi adakah mustahil untuk jadikan 1Malaysia yang disarankan Najib Razak, menjadi berjaya sekurang-kurangnya hanya di universiti? Aku rasa tidak mustahil, tapi mungkin ramai yang masih selesa dengan kelompok masing².


Hanya untuk senaraikan sedikit.
  1. Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya
  2. Persatuan Mahasiswa Perlis Universiti Malaya
  3. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
Bagi aku, ini bukanlah cara hidup di universiti yang sebenar, lagi² dengan universiti yang ada semua kaum sebagai pelajar. Bukanlah aku menentang, tapi sampai bila kita nak dengan kelompok kita sahaja?

Minta maaflah kepada yang terasa, tapi secara jujurlah, kita tak akan kemana dengan ada persatuan berdasarkan kelompok kita sahaja. Tak akan mati lah kalau persatuan macam ini semua dihapuskan.

Universiti adalah satu contoh sesuatu yang bersifat sekular. Ada ke kelayakan masuk ke universiti berdasarkan negeri asal kau mahupun agama kau?

Aku rasa tak. Bukankah kelayakan masuk ke universiti berdasarkan meritokrasi yakni pencapaian akademik kau? Kalaulah kelayakan nak masuk ke universiti berdasarkan agama, sah² aku dapat masuk Universiti El-Azhar padahal aku dapat 4A je untuk SPM.

Inilah kenyataan dunia. Walaupun kau ada hak istimewa di bumi ini, tapi kau tak reti menggunakannya, kau juga yang hancur. Orang lain juga yang akan pijak kau.

Yang penting, ada juga persatuan yang aku nampak agak menarik, pasal ianya berkaitan dengan belia.


p/s : barang siapa tak puas hati, sila jumpa aku. nak tumbuk aku pun boleh.

Saturday, September 24, 2011

Perangai Tak Senonoh.

*ini kisah benar*

Aku tunggu lah dekat stesen komuter Mid Valley, nak tunggu komuter datang punyalah lama. Tension aku. Menyampah aku. Meluat aku.

Dan aku secara semula jadi akan mula pandang kanan, pandang kiri. Secara bosannya, aku pusingkan kepala aku tengok belakang.

Dan semasa pandang² tu, aku ternampak sesuatu.

Seorang lelaki tiba² tarik tali bra girlfriend dia yang warna pink tu.

Aku terkejut, lepas tu aku terus palingkan muka aku. Tak senonoh gila. Yang perempuan tu boleh pula cakap "Jangan lah, orang nampak..."

Kalau betul lah nak gurau² dengan girlfriend sekali pun, jangan lah buat macam tu depan orang. Dan kalau betul lah dah kemaruk sangat nak tarik tali bra girlfriend kau sekalipun, buat lah dekat tempat tak ada orang. Bila aku nampak, bukan nya aku jadi horny, jadi menyampah adalah.

Ergh, ini ke budaya sopan yang diwarwakan ada pada orang Melayu? Tak malu ke bila foreigners nampak? Kalau aku, dah lama aku cover muka aku guna beg plastik Jusco.

Sunday, September 18, 2011

Suka Sangat Pentingkan Satu Pihak Saja.

Kan aku belajar di UM, jadi kalau nak balik, senang saja.

Naik bas sampai stesen LRT Universiti, lepas tu naik LRT sampai stesen Pasar Seni. Tukar pula, naik komuter dari stesen Kuala Lumpur sampai stesen Klang.

Okay, cerita lah pasal komuter ni. Komuter ni memang akan sesak ketika waktu puncak, yakni 0700-0900 dan 1700-2000. Tak boleh dinafikan lah, memang semua akan fikir diri sendiri je masa nak masuk dalam gerabak. Semua tak nak kena tinggal. Dan KTM pun satu, apalah bangang sangat tak nak letak satu gerabak simpanan di setiap stesen sekiranya sesak sangat.

Dan masalah makin menjadi sejak benda ni diwujudkan.


Okay lah, benda ini okay saja. Niat diwujudkan pun baik, nak mencegah daripada kerakusan lelaki² yang sangap menggesel dan meraba perempuan yang nampak menggiurkan di mata mereka. Juga berfungsi untuk mengurangkan kadar penyeluk saku semasa dalam gerabak.

Tapi masalahnya, tak ramai pun wanita yang sedar akan kewujudan gerabak khas ni. Dekat stesen, gerabak yang bercampur juga yang dipilih. Akhirnya, gerabak yang bercampur juga yang penuh, tapi gerabak yang khas untuk wanita; separuh penuh atau mungkin macam tak ada orang langsung.

Dulu aku ingat lagi, ada seorang wanita ni, duduk dalam gerabak bercampur, lepas tu ada pegawai komuter tu cakap "Yang perempuan, sila penuhkan gerabak perempuan." Wanita tu buat selamba saja, lepas tu cakap "So what?" Ergh, kalau ikut hati aku, nak saja aku maki² dia. Tak sedar diri betul.

Dan untuk pengetahuan korang, aku memang pantang bila di gerabak bercampur, ada perempuan yang duduk tapi ada pakcik tua hanya mampu berdiri. So Malaysian.

Itu lah, nak sangat pentingkan wanita saja. Tapi wanita sendiri yang kebanyakkannya tak nak ikut. Sedih aku.

Apa yang mampu aku kata? Senang saja.
  1. Aku sedih tinggal di negara yang macam tak mementingkan kebajikan lelaki.
  2. Aku sedih bila wanita di negara aku sendiri tak nak menggunakan sepenuhnya kemudahan yang diberi.
  3. Aku sedih bila wanita didahulukan dahulu untuk benda yang tidak membawa keuntungan.
  4. Aku sedih tinggal di negara yang tak ada Kementerian Pembangunan Lelaki.
Jadi, cadangan aku kepada pihak yang berkenaan,
  1. Buat banyak² iklan di tv tentang penggunaan gerabak khas ni. Iklan tu, biarlah ada unsur menyindir jadi wanita akan terasa hati, lalu menggunakan gerabak khas tu.
  2. Buat gerabak khas untuk lelaki. Sila jadi adil.
Jangan hanya fikir untung, tapi kebajikan pengguna tak dijaga pun. Dan kepada kerajaan, sila bawa hal ini dengan serius.

Tak payah nak fikir menang undi orang saja. Mentang² PRU-13 dah nak dekat. Dah lah ISA pun dimansuh.

Sunday, September 4, 2011

New Life Awaits Me.

New hair.

New look.

New perception.

New attitude.

And, new shoes too.

Say hello to UM, Hazzad.

p/s : i will not find a wife in UM, keh keh

Thursday, September 1, 2011

MERDEKA & KOMUNISME.

Masih belum terlambat untuk aku nak ucapkan ;

SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-54.

Jujurnya, aku nak kata, tahun ini, 2011, baru aku faham erti kemerdekaan sebenar. Maksud aku yang sebenar ; bebas daripada pemikiran yang songsang, bebas daripada ikutan politik yang bebal, dan tak terikat kepada pemimpin yang bodoh.

*jangan jadi macam mereka*

Jadi, pasal hal Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS tu, aku cuma mampu kata ; dia ni pelik.

Dia kata, Mat Indera tu pejuang nasionalis. Okay, aku faham tu. Tapi kata orang, niat tak menghalalkan cara (kata² yang aku selalu tak setuju). Yang dia serang tu, polis yang menjaga keamanan. Mat Indera tu, bawah PKM. Yang polis tu pula, bawah British.

Ramai yang cakap, polis tu barua British, tapi sebarua-barua mereka pun, barua itu juga lah yang jaga Malaya. Kalau betul lah PKM nak ambil alih Malaya lepas tu nak jaga Malaya betul², kenapa mereka tak serang je pejabat² pentadbiran British yang utama? Kenapa balai polis juga yang nak diserang?

Cuba lah kamu semua fikirkan betul². 

Dan kalau aku pemimpin utama PKM, aku akan serang pejabat British je. Buat apa aku nak serang balai polis? Aku tahu pegawai polis tu semua boleh ada di bawah kawalan aku, tak perlu nak bunuh² mereka untuk mereka tunduk kepada aku.

Bagi aku, Mat Indera memang mati sebagai pejuang, tapi berhaluan salah. Mungkin dia tak tahu keburukan komunisme. Mungkin dia terlampau bencikan British sampaikan polis pun dianggap barua.

Dan komunisme ni, namppak sangat tak boleh pakai di Malaysia. Malaysia ni negara demokrasi. Sebab tu budak² di Malaysia pun dah reti beli baju ZARA, pakai kasut SUPRA, guna Blackberry. Cuba lihat pada negara yang mengamalkan komunisme. Entah² seluar jeans pun tak tau. Komuniti pun macam tertutup. Tak boleh terima dunia luar.

Dan yang paling penting, kalau Malaysia ni negara komunisme, belum tentu Mat Sabu boleh buat ceramah hari². Agaknya, baru cakap sikit, dah kena tangkap.


p/s : just my 2 cents worth of thought. if you disagree, let's have a talk with me, will you?