Tuesday, October 27, 2015

Relationship Goals & Expectation.

Kita terlalu banyak disuapkan dengan perkara-perkara tak masuk akal, lagi-lagi dekat media sosial. Banyak sangat benda mengarut aku nampak, aku syak ini semua akibat terlalu ikutkan bayangan fantasi sebelum melangkah ke alam mimpi.

Ini belum lagi kalau aku huraikan kewujudan Faiz Ibrahim yang menghasilkan karya yang sekadar buat membazir kertas je.

Fenomena relationship goals ni mudah dilihat dekat Twitter. Satu gambar pakwe main basikal sama-sama dengan makwe dia pun dianggap relationship goal. Ini belum lagi gambar-gambar makwe screenshot mesej whatsapp dia yang acah romantik dengan pakwe, lalu berduyun perempuan komen


"Wah. Sweetnya. #relationshipgoals"

"Oh my. Can i have a boyfriend like him :("

Ada satu ni, aku tengok, perempuan ni tuit gambar boyfriend dia sentiasa bagi hadiah mahal-mahal, siap bagi iPhone. Dan seorang perempuan pun komen


"Wah. Rasa jealous pulak. Nak bunuh diri kejap."

Bagi aku, fenomena ni tak bagus pun sebenarnya. Sebab utama dia adalah, akan lahir perempuan-perempuan yang akan expect perkara-perkara macam ni akan terjadi dalam hidup mereka. Ye aku faham, ramai yang sedang melalui fasa mematangkan perasaan. Jangan biarkan mereka terus hanyut dalam lautan penuh harapan tidak rasional. Yang penting, kesian juga kepada lelaki kerana mereka akan terpaksa akur akan keadaan, dan terpaksa membelanjakan wang demi seukir senyuman seorang kekasih yang belum pasti tulen atau hanya terukir tatkala melihat material.

Aku tak boleh nafikan, kita memang hidup dalam satu expectation sama ada kita sedar atau tidak. Ala, seperti seorang guru matematik yang expect anak murid dia akan faham apa yang dia ajar walaupun dia ajar guna slide show je. 

Sunday, March 29, 2015

Kebebasan.

Aku tak boleh nafikan, memang ramai di antara kita yang over react dalam sesuatu isu yang terjadi. Kadang-kala aku juga begitu.

Apa-apa benda yang kita lihat kita tonton, kita akan bagi reaksi. Jarang sekali kita akan bagi reaksi pada benda yang kita baca. Selalunya benda yang kita baca, kita akan simpan di dalam hati, reaksi itu tidak konkrit, lebih-lebih lagi jika apa yang kita baca itu merupakan surat cinta daripada manusia yang kita sukai. Berlainan pula dengan benda yang kita lihat dan tonton, sekejap saja reaksi itu akan muncul. Contoh paling senang ialah bila kita nampak pasangan budak sekolah sedang berjalan sambil berpegangan tangan. Dalam sekelip mata, reaksi "Apa bangang bebudak dok pegang tangan ni? Buat malu mak bapak je." akan muncul. Lainlah jika anda sebaya dengan mereka.

Berkenaan video si dj radio tu, ye aku tau ramai yang marah. Aku rasa video itu kurang sesuai dibuat atas sebab video itu ada terselit elemen 'bakar line'. Satu contoh bakar line yang selalu kita hadapi dalam kehidupan seharian ialah bila kita buka group whatsapp dan ada rakan yang upload gambar makanan hipster yang harganya melampaui batas logik dengan ucapan "Nyum nyum." Tetapi melalui video si dj itu, seolah-olah satu Malaysia merasa elemen bakar line yang bercambah melalui perbuatan dan ucapan di dalam video itu.

Lalu segala jenis macam manusia, berserakan dari pelbagai arah, mengedau seolah-olah dialah yang nirmala di kalangan semua manusia. Apa yang lebih memerihkan situasi ialah bila ada yang mengugut untuk membunuh si dj itu.

Melihat itu saja boleh disimpulkan sebagai over react.

Apabila peringat umur berlainan, pergaulan berlainan, pemikiran berbeza, ideologi berbeza, sudah tentu akan wujudnya over react ini. Aku bukanlah menyalahkan mereka, tetapi ia boleh diumpamakan seperti mencucuh api ke minyak. Jika sikit minyaknya, kecil saja apinya. Jika banyak minyaknya, besarlah apinya.

Aku cuma ada satu perkara yang aku setuju di dalam video itu. Isu yang diperbesar-besarkan dibuat hanyalah untuk mengalihkan perhatian terhadap isu yang lebih besar seperti isu kenaikan tambang pengangkutan awam. Kita sedia maklum bahawa ramai yang lebih selesa untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai medium perjalanan seharian. Melihat pada kenaikan tambang ini, sudah tentu akan wujudnya beban di kalangan semua pengguna terutamanya bagi yang berpendapatan sederhana dan rendah. Alah, yang berpendapatan tinggi dan yang berkereta mewah di sana sini tetapi tidak reti bagi signal ketika masuk simpang sudah tentu tidak ambil kisah.

Iye aku tahu, manusia punya hak untuk menyuarakan pendapat. Tetapi apalah gunanya hak untuk menyuarakan pendapat itu jika apa yang dikatakan itu menyakitkan hati orang lain.

Thursday, January 8, 2015

Kekal.

Seorang awek berjalan melintasi Ali dan Ahmad yang sedang duduk di sebuah bangku. Langkahnya sedikit laju. Menyedari dirinya sedang diperhati, awek itu membetulkan bajunya yang seolah-olah melekat di seluar satin yang dipakainya lalu berjalan perlahan sambil melenggukkan pinggulnya yang selalu menjadi bahan tatapan lelaki, membuatkan Ali terpana melihatnya.

Menyedari reaksi Ali, Ahmad menepuk bahu Ali lalu berkata, "Lama betul kau pandang. Pandang sikit-sikit sudahlah."

Ali tersengih lalu menjawab, "Alah kau ni, brader dekat situ pun tengok jugak. Siap mata tak berkelip lagi. Kau je yang acah-acah tak nak pandang. Ingat kau habis suci lah ni?"

"Kau tau tak di sebalik pinggul yang kau pandang tu, melekatnya syaitan dekat situ? Sebab tu lelaki suka pandang. Nafsu oi, nafsu."

Ali merasa pelik dengan kenyataan itu. "Apa benda kau cakap ni? Ni mesti kau tengok video ustaz mana entah dekat facebook, lepas tu kau bulat-bulat percaya. Kau kena tau, cakap-cakap ustaz sekarang bukan boleh percaya sangat pun. Kadang-kadang, apa yang dikatanya tu tak logik langsung. Ha ni baru aku baca, ada seorang ustaz kata kalau melamar perempuan guna ayat 'Will you marry me?' tu haram, sebab meniru perbuatan orang Kristian. Tak ke bangang kalau kau fikir, benda melamar tu sama je. Cuma bahasa yang digunakan itu berlainan. Bahasa itu hanya medium dalam komunikasi, apa yang penting ialah komunikasi tu berjaya. Itu yang buat aku geram dengan kenyataan ustaz-ustaz macam ni, seolah-olah dia buat kenyataan tu sambil hisap candu."

Diam seketika Ahmad mendengar ayat balas Ali itu. "Iya aku tau. Tapi di sebalik keseksian dengan kecantikan yang kau lihat itu, apa signifikannya di dalam hidup kau?" Tanya Ahmad.

"Penting sebenarnya Mat. Bila kau pandang wajah yang cantik, hati boleh jadi tenang. Sejuk mata memandang, lagi-lagi bila dia senyum lepas tu ada lesung pipit. Ditambah lagi dengan badan langsing, sedang-sedang elok, kaki panjang, tak ubah seperti model Victoria's Secret. Bila dapat awek macam tu, jalan pimpin tangan, semua lelaki mampu pandang je dan kau boleh bagi jelingan paling bongkak dekat lelaki tu semua."

Ahmad membalas, "Tapi bila kau lapar, kecantikan tu semua tak bagi kau kenyang pun. Bila kau lapar, kau cari nasi jugak, kau tak cari benda tu. Aku bukanlah anti perempuan cantik ni semua, tapi bila kau ada masalah, bila kereta kau rosak tepi jalan, aku jamin kau takkan cari perempuan cantik tu semua, kau mesti cari kawan kau punya."

"Kau kena ingat Ali, keantikan ni tak kekal pun. Paling-paling pun sampai umur 50. Nanti masa tu mulalah nak menggatal cari yang lain."