Monday, March 30, 2009

What err... Pavilion!

Hari Ahad. 29 Mac 2009. Tengah hari. Aku pergi makan kat satu majlis perkahwinan kawan mak aku kat Sedeli gak.Aku pergi dengan ayah dan abang aku. Lepas tu, hantar abang aku ke stesen komuter Klang lah, katanya. Tapi, ayah aku cakap hantar kat Subang Jaya lah.

Sekali sampai kat Subang Jaya, ayah aku tanya kat aku 'nak pergi KL tak?' Aku cakap ok je. Jadi, ayah aku drive lah sampai KL. Dah sampai Jalan Imbi (tak silap aku), ayah aku tanya 'Pavilion lalu mana?' Aku cakap jelah 'terus je.' Ayah aku cakap 'naik monorail sampai situ lah.' Jadi, berhenti kat Puduraya. Hantar abang aku kat situ. Lagipun, bas dia balik Melaka pun dari Puduraya. Tapi yang tak boleh blah, keluarkan abang aku daripada kereta pada pukul 1.40 tengah hari. Padahal bas dia jalan pukul 3 petang. kejam sungguh.

Aku ingatkan ayah aku main-main je pasal Pavilion tu. Sekali betul. Park kereta dekat satu parking berhampiran Petaling Street, pastu jalan sampai stesen monorail Maharajalela. Beli tiket ke Bukit Bintang untuk dua orang. Masuk dalam 'ulat gonggok' tu. First thought aku, mesti penuh pasal hari minggu. Memang pun. Tapi, aku dapat gak duduk kejap.

Dah sampai stesen Bukit Bintang, jalan terus jelah lalu Lot 10 dengan Planet Hollywood (21 SX) dengan melihat seorang perempuan Melayu menghisap Dunhill dengan penuh gayanya sampai aku dengan ayah aku sampai Pavilion (lihat kat atas).

Aku memang suka shopping mall ni. Dah banyak kali aku pergi. Tapi, ayah aku baru first time. Walaupun aku suka, tapi Pavilion ni aku rasa akan jadi best kalau aku tengah berduit. Tapi, korang cuba bayangkan, aku gi Pavilion dengan selipar Osaki aku yang kotor, t-shirt kugilak putih aku dengan seluar jeans Lee aku? Tak kegilanya tu?

Aku masuk situ sekejap je. Pastu, balik. Pasal bosan sangat. Nak balik monorail, pastu balik.

the end.

Thursday, March 26, 2009

Mimpi oh mimpi.

Sepanjang aku menjalani kehidupan ni, aku sentiasa dapat mimpi-mimpi sama ada yang gila ke, best ke atau lain genre mimpi.

Antara mimpi yang aku masih ingat lagi.


1.Aku termasuk dalam Cicakman 3. Dalam mimpi tu, aku pergi raba Julia Ziegler yang berlakon dalam citer tu. memelikkan.


2.Romai mintak nak kapel dengan aku kat Taman Rakyat. Jadi, aku pun setuju jelah. jangan marah Romai.


3.Aku dapat markah Biologi untuk ujian Februari 2009. Tak boleh blah, aku dapat 7 je. Padahal yang sebenarnya, aku dapat 72. mengerikan.


4.Masa ayah aku bawak kereta, tetiba dia sakit. Jadi, aku gantikan ayah aku bawak kereta. Dahlah kereta yang ada klac. Yang lagi gila, aku bawak gear 2 je. cam sakai.


5.Aku jumpa Revelina S. Temat yang tengah mengandung kat Mid Valley. Pastu, masa aku tengah duduk dengan dia, ada makhluk berupa macam setan datang kat aku. Jadi, aku try untuk laungkan azan. Yang gilanya, masa aku nak laungkan azan, tetiba suara aku hilang. pergh, menyeramkan.


Itu jelah mimpi-mimpi yang aku masih ingat. Apa kata lepas korang baca post ni, korang comment dengan share mimpi yang korang pernah alami.

Friday, March 20, 2009

when you say 'i love you'

Ayat apa yang paling power kat dunia? Aku tak taulah ayat apa yang korang akan sebutkan, tapi bagi aku, ayat paling power ialah fuck you. Yelah, orang tacing ke, orang marah ke ataupun orang yang bergurau mesti sebut ayat tu. Pergh, teringat pulak aku pada peristiwa skuter merah.

Ada satu ayat power ni ; disebut 'i love you'. Perkataan ni lah yang paling power pasal ia mampu mengubah hidup mana-mana orang kat dunia ni sama ada bernasib malang mahupun baik.

Peristiwa membabitkan ayat 'i love you'

A(lelaki) tengah couple dengan B(perempuan). Punyalah hangat diorang punya per-couple-lan tu. Ada lak si C(perempuan) yang merupakan kawan kepada B. C tu gila kat A lak. Jadi, C pun pergilah pada A luahkan perasaan dia tu. Di depan B, C katakan kepada A 'i love you'.

Akhirnya, tiada pengakhirnya. Korang fikir sendiri apa pengakhirnya. Siapa frust, siapa suka dgn siapa keliru. Comment lah lepas korang baca ni ok.

*cerita ni takde kaitan dengan hidup aku pun. aku sje je reka cerita ni. aku terasa seperti aku ni tuan z lak. HAHA

Wednesday, March 18, 2009

Si pandai melampau!

Result SPM 2008 sudah pun keluar. Ada yang berjaya, ada yang tidak. Kepada yang berjaya, aku ucapkan tahniah!

Tapi, ada seorang ni, level kecemerlangan SPM dia sangat tinggi. Tinggi tu sampai korang boleh rasa gayat.

Orang itu ialah Nik Nur Madihah.

Dia dapat 20A (19 1A dengan 1 2A). Hebat gila bapak dia ni. Satu perkataan untuk gambarkan dia - extremely fantastic. Aku punya target untuk SPM ialah 9 8E. HAHA!

Tapi, aku tengok, bila ada orang macam dia dapat result hebat gila tu, barulah ada pihak tertentu datang nak sponsor dia, nak bagi rumah free lah dan lain-lain. Huh! Dasar gimik politik terdesak. Nak tunjuk baik. Cuba dia tak dapat result camtu, ada yang nak tolong?

Kalau aku berkesempatan untuk interview dia, aku takkan tanya soalan berkenaan cara dia berjaya. Aku akan tanya:

1. Anda kenal MySpace tak?
2. Anda kenal Cristiano Ronaldo?
3. Anda ada handphone?
4. Bilakah kali terakhir anda menonton televisyen?
5. Berikan satu nama makanan ringan yang anda makan.

Korang rasa apa jawapan dia?

Cerita pasal SPM, aku skang dah kena push dengan bapak supaya membaca je. Tak cukup lagi, kalau aku bukak internet, dia akan meleter sambil berkata "bukak internet bukak lah fizik ke, apa ke? ni, asyik bukak bola je!". wtf omg. Kalau aku asyik baca buku pastu bukak internet tengok benda pelajaran, mati aku. Dia ingat aku bukak internet bukak bola je. HELLO! Aku nak cakap je yang aku bukak blog orang lain.

Itu je.Habis semua dalam hati aku diluahkan.

Saturday, March 14, 2009

Ingatlah wahai bloggers!

Blog. Apa yang korang buat dengan blog korang?

Adakah korang terlalu gilakan untuk melihat profile view anda sehingga 10 ribu sehingga korang sanggup menulis apa sahaja yang sedap, best walaupun subjek yang anda ketengahkan itu agak melampau?

Bukannya apa, tapi aku dah pelik dan jelik melihat sesetengah blogger ini postkan blog yang agak melampau! Benda sensitif ditulis panjang-panjang, kalau mampu sepanjang jalan dari Kuala Lumpur sampai Sao Paulo pun boleh.

Akhir-akhir ini, aku asyik tengok kat berita mengatakan 'lelaki ditahan atas menulis blog berunsurkan kutukan terhadap Sultan'. Apa semua ni? Yang tak boleh blah, dia tu rakyat Malaysia, negaraku tercinta. Dia dah lupa ke rukun negara kedua, kesetiaan kepada raja dan negara. Bodoh sungguh orang tu!

Blog ni bukanlah tempat untuk mengutuk golongan camtu. Silap besarlah orang yang buat camtu. Untuk aku, apa yang aku tulis kat blog kebanyakannya adalah fiksyen. Lagipun, kalau aku kutuk sangat pun, terpaksa lapik sikit. Takkan nak biarkan benda tu terbogel je? Lagi satu, apa yang aku tulis agak merapu melampau lah.

Jadi, aku nak cakap, fikir dulu sebelum menulis blog korang.

the end.

Tuesday, March 10, 2009

Hayatilah.

Ada satu cerita. Cerita ni aku tak ratingkan sebagai 18SX, tapi best.

Cerita bermula.

Ada seorang gadis buta, semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya.
Gadis itu selalu berkata kepada kekasihnya 'saya akan mengahwini awak kalau saya boleh melihat'.
Satu hari, ada orang dermakan mata kepada gadis tu.
Bila gadis tu boleh melihat, dia merasa sangat terkejut apabila kekasihnya juga buta.
Kekasihnya berkata 'sudikah awak mengahwini saya sekarang?'
Gadis itu menolak.
Jadi, kekasihnya senyum dan pergi sambil berkata tolong jaga mata saya baik-baik.

Aku cerita ni pun bukannya apa, tapi nak tunjukkan orang apa itu cinta sejati. Aku selalu dengar 'cinta aku kepada orang tu sejati' tapi, bila gaduh sikit je nak break. Cinta sejati ke tu?

So, pesananku, kepada yang perasan tengah ada cinta sejati tu, jagalah cinta korang tu sampai korang mati.

FULL STOP.

Wednesday, March 4, 2009

Happy Birthday Sayang!

Semalam, 3 Mac 2009 ialah hari jadi salah seorang manusia yang paling penting dalam hidup aku. Manusia itu merupakan ayah aku yang agak annoying sikit, Yahya b. Basiron.

Dah 54 tahun rupanya ayah aku ni.HAPPY BIRTHDAY!

Cerita pasal birthday, mesti ada yang buat party. Tak pun, ada yang panggil kawan-kawan dan rumble orang tu. HAHA! Kesian.

Aku ada dream birthday party aku. Ianya termasuk:

1. Aku akan panggil seramai mana kawan-kawan aku.
2. Rumble mesti ada.
3. DAN TERAKHIR, aku akan panggil sekurang-kurangnya seorang pornstar untuk buat stripping show.

*sebenarnya, title post ni takde kaitan pun dengan isi kandungan post ni. hari jadi orang kesayangan aku tu bulan September. jadi, lambat lagi aku nak ucap camtu kat dia.