Saturday, March 14, 2009

Ingatlah wahai bloggers!

Blog. Apa yang korang buat dengan blog korang?

Adakah korang terlalu gilakan untuk melihat profile view anda sehingga 10 ribu sehingga korang sanggup menulis apa sahaja yang sedap, best walaupun subjek yang anda ketengahkan itu agak melampau?

Bukannya apa, tapi aku dah pelik dan jelik melihat sesetengah blogger ini postkan blog yang agak melampau! Benda sensitif ditulis panjang-panjang, kalau mampu sepanjang jalan dari Kuala Lumpur sampai Sao Paulo pun boleh.

Akhir-akhir ini, aku asyik tengok kat berita mengatakan 'lelaki ditahan atas menulis blog berunsurkan kutukan terhadap Sultan'. Apa semua ni? Yang tak boleh blah, dia tu rakyat Malaysia, negaraku tercinta. Dia dah lupa ke rukun negara kedua, kesetiaan kepada raja dan negara. Bodoh sungguh orang tu!

Blog ni bukanlah tempat untuk mengutuk golongan camtu. Silap besarlah orang yang buat camtu. Untuk aku, apa yang aku tulis kat blog kebanyakannya adalah fiksyen. Lagipun, kalau aku kutuk sangat pun, terpaksa lapik sikit. Takkan nak biarkan benda tu terbogel je? Lagi satu, apa yang aku tulis agak merapu melampau lah.

Jadi, aku nak cakap, fikir dulu sebelum menulis blog korang.

the end.

1 comment:

Tinta Insyirah said...

hahaha! abis yg ko tulis psl 'gay' tu ha mmg powerful punye blapik la.
hahahaha!
hui hui hols g mane?