Friday, February 27, 2009

Penyibuk kejar aku!

Larikan diri anda. Kerna anda sedang dikejar. Tapi, dikejar siapa?

Ah long? Pembunuh upahan? Peminat fanatik?

Bukan mereka di atas, tapi dikejar PENYIBUK!

Hari-hari aku kena kejar dengan penyibuk ni. Sampaikan aku dah nak naik menyampah tengok mereka menyibuk hal peribadi aku. Bukan nya apa, tapi aku ni manusia biasa gak. Bukannya aku ada double standard berbanding manusia lain. Maksudnya, aku NAKKAN satu perkara yang dipanggil privacy.

Kat sekolah, aku ada berkawan dengan seorang ni. Rapat tu tak lah. Nak cakap tak rapat tu tipu lah. SMS dengan dia aku anggap agak wajib lah. Tapi, dah ramai cakap yang aku ada apa-apa dengan dia. Maksud aku, aku bercouple dengan orang tu. Jadi, penyibuk-penyibuk tu pun memulakan langkah-langkah mereka untuk korek hal aku dengan dia. Aku dah cakap yang aku dengan dia kawan je, mereka tak percaya. Aku dah bagitau yang dia tak sukakan aku, mereka cakap 'perempuan tu tipu je'. Jadi, pesanan aku kat mereka ialah 'whatever' dan 'jangan menyibuk hal aku lah!'.

Tak cukup lagi, kat rumah aku. Lagi tension! Orang yang mengandungkan mak aku suka sangat menyelongkar beg sekolah aku yang berjenama adidas tu. Berapa kali aku tengok dia menyelongkar beg aku. Selamber je! Pernah gak aku kantoi kertas ujian aku dalam beg. Dahlah ada fail. HAHA! Aku tau gak yang dia pernah baca mesej abang yang sudah bertunang itu. Aku tau sangat yang abang aku mesti tulis jiwang-jiwang punya lah! Apatah lagi tunang abang aku hantar!

Aku tulis ni bukan nya apa, tapi aku dah tak tahan dengan mereka yang bergelar PENYIBUK ni. Melampau betul. Kalau korang anggap post ni agak offensive, aku nak minta maaf awal-awal.

SORRY.

Tuesday, February 24, 2009

Information Counter.

Nak tulis belog memang kena ada idea.
Dulu awal-awal, memang aku ada banyak idea yang gempak lagi gila.
Tapi, sekarang dah takde (agaknya anugerah tu dah kena tarik kot).

Jadi, aku nak tanya kepada korang yang baca ini post...
Macam mana korang dapat idea nak tulis belog?

Bagitau okey.

Friday, February 20, 2009

Exam oh exam!

Exam dah nak dekat. Pejam celik pejam celik dah exam. Risau? Gelisah? Gabra? Takut fail? Jangan risau, aku ada jln penyelesaiannya.

Tips ketika tgh exam
Ketika exam, meniru adalah DILARANG sama sekali! Tapi, menipu masa exam bukanlah macam meniru masa exam. Jadi, aku nak bagilah sikit tips untuk menipu ketika exam.

1. Letak nota dalam kalkulator. Kalau boleh, bagi kat kawan sekali.
2. Letak buku dalam baju, pastu pergi tandas untuk tengok nota dalam buku tu.
3. Tukar kertas jawapan dengan kawan sebelah.
4. SMS dengan kawan pasal jawapan.
5. Buat isyarat badan jikalau paper masa tu adalah objektif.

Kat atas tu semua tips yang senang dihidu oleh cikgu. Tapi, ada lagi tips yang lebih gempak dan hebat yang cikgu tak mampu hidu.

1. Tulis semua nota terutamanya yang penting kat peha dan badan, pastu pergi tandas untuk tengok nota tu.
2. Tulis semua nota terutamanya yang penting kat tisu berkualiti tinggi. Buat-buat bersin lalu tgk nota tu.
3. Suruh seseorang untuk buat kecoh dalam kelas masa tengah exam dan cepat-cepat salin nota.
4. Tulis nota kat lantai bawah meja.

Itu sahaja yang mampu aku bagi. Kalau anda berani, buatlah ek!

*walaupun aku tau tips nak menipu dalam exam, tapi aku tak buat pun. jadi, apa-apa markah yang aku dapat sama ada fail atau lulus adalah berdasarkan usaha aku sendiri.

Thursday, February 19, 2009

Aku Skandal!

Diriku sudah berjanji kepada diriku sendiri bahawa diriku tidak akan terjebak di dalam mana-mana skandal yang ada di dunia ini. Skandal itu termasuk skandal cinta, skandal pergaduhan, skandal penikaman dari belakang & yang paling utama, skandal seks!

Bukan nya apa, tapi aku tak nak jadi bahan umpatan org ke bhn kutukan org ke. Klu dorg umpat aku berkenaan sifat-sifat baik semula jadi aku ni takpelah (aku ni ada sifat baik ke?). Lagipun, aku tak nak diriku masuk newspaper mcm Elizabeth Wong ke Chua Soi Lek ke mahupun Fasha Sandha yg suka rembat laki org (dah lah dia ada video seks dgn org putih!).

Aku mahupun diriku ini menjadi clean, clean sepanjang mana yg mampu aku lakukan. Ini semua untuk maruah aku dan family aku jugak. Tak kemalunya klu ada skandal? Tapi, klu dah ada skandal, nak buat apa. Takkan nak bunuh diri lak. Hidup ini mesti diteruskan.

Kat sekolah, aku ada suka kat seseorg tu. Ok lah. Aku tak pentingkan ke-cun-nan dia dan saiz dia. Aku cuma layan jelah. Tengok dia dari jauh. Kang klu aku tgk dia direct depan mata dia, nanti dia panggil aku mcm stalker lak. Mungkin dia sedar sebab aku selalu terserempak dgn dia. Mungkin dia tak sedar.

Tapi, sejak akhir-akhir ni, ada org bgtau aku direct yg ada org minat kat aku lah, nak nombor aku lah. Apa kebabinya dia tu? Dahlah aku tak tau spe dia, muka camne. Dah lah aku tak nak terlibat dgn sebarang skandal kat skola, kang aku kena pajak kang dgn Ustazah Putri. Cukuplah dgn kwn perempuan aku kena je dgn ustazah psl bf dia ustazah kenal habis. Haiss...

Wednesday, February 18, 2009

Backstabber(s)

Lihat kanan.
Lihat kiri.
Lihat belakang.
Mungkin di situ adanya backstabber(s).

Korang tau tak backstabber(s)? Org Melayu ckp org yg tikam dari belakang. Bagi aku, org yg tikam dari belakang ni orgnya penakut. Yelah, takut nak tikam direct dari depan. Aku anggap org ni sgtlah keji. Kenapa? Mari kita lihat kenapa.

Ada kawan aku ni. Sejak dari dulu, dia ni asyik jadi regular customer backstabber. Aku pun tak tau kenapa. Kesian aku tgk. Bagi aku, org yg tikam dia dari belakang memang bodoh + bangang + sial. Apa ada dgn dia sampai ko tikam dia dari belakang? Dia bukannya anak Bill Gates ke, anak raja ke, ataupun anak Ehud Olmert yang sial sampai ko nak tikam dia dari belakang!

Yang tak boleh blah nya tu, org yg tikam dia dari belakang tu merupakan org yg selalu rapat dgn dia. Tragedi pertama, dia ada dapat nombor sorg awek ni, gila cun + mantap weyh. Badan dia punya lah lontek a.k.a curving,mcm Megan Fox. Bila dah dapat nombor awek tu, dia pun bgtau lah kat kwn dia yg agak rapat tu. Check-check, kwn dia dpt nombor tu lalu lyn awek tu. And last, kwn dia kapel dgn awek tu. Mau nya dia tak berbulu. Kalau aku jadi dia, aku dah tibai ala-ala kungfu hustle yg menyebabkan dia masuk 7 kaki dlm tanah tanpa perlu digali tanahnya. Tak silap aku, setiap kali dia berbulu dgn backstabber tu, dia akan ungkit cerita tu.

Tragedi kedua. Dia kenal sorg awek tu. Awek tu boleh tahan lah gak. 34D. Dia tiap malam asyik sms dgn awek tu je. Yelah, nama pun suka. Check-check, kwn baik dia boleh sms kat awek tu lalu ckp "sebenarnya,saya dah lama sukakan awak". Dan kawan baik dia tu pun kapel lah dgn awek 34D tu. Dia punya bengang mcm sialan dan gila sampaikan dia ada ckp kat aku "kalau boleh, aku nak je baling molotof kat rumah dia yang buruk + byk taik anjing tu malam ni".

Tapi aku, aku tak tau lah ada ke tak org yg nak tikam aku dari belakang. Agaknya aku ni bukan seorg yg terlampau macho + cute + irresistable di mana perempuan-perempuan akan lihat aku dgn penuh kesukaan dan keasyikan sampaikan ada org nak tikam aku dari belakang, pasal dengki sgt dgn aku. HARAPLAH...

Setuju atau tidak?

Adakah anda setuju dengan semua perkara di bawah ini?

1. Anda lebih kenal Cristiano Ronaldo (pemain Manchester United) berbanding Safee Sali (pemain Selangor)

2. Anda hafal rukun negara kerana tiap-tiap minggu ia dibacakan di perhimpunan sekolah anda.

3. Anda lebih sukakan McDonald's daripada burger Ramly.

4. (Untuk perempuan) Anda mempunyai satu almari di dalam bilik anda untuk pakaian ANDA sahaja.

5. (Untuk lelaki) Anda pernah melihat atau menonton sekurang-kurangnya satu gambar atau video lucah.

6. Anda mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang dengki kepada anda.

7. Anda mengatakan bahawa cinta itu satu perkara yang tiada faedah tapi bila anda bercinta, anda mengatakan bahawa cinta itu sangat indah.

8. Anda lebih suka untuk keluar ke mana-mana pusat membeli belah dengan kawan anda berbanding dengan keluarga anda.

9. Israel itu kejam.

10. Bila anda melayari internet, anda lebih suka layari MySpace berbanding mana-mana laman pendidikan yang lain.

11. Dan akhir sekali, saya patut approach S/U belah petang.

Komen ok, terutamanya yang no. 11 tu.

Tuesday, February 17, 2009

Tragedi Malam Pertama

Si suami : Hai awak.

Si isteri : Hai.

Si suami : Kenapa awak pakai pakaian yang agak seksi dan jarang ni?

Si isteri : Yelah, malam ni kan malam pertama kita berdua.

Si suami : Awak ingat saya nak buat ke...

Si isteri : Hah! alah...

Si suami : Awak ingat apa? Saya tak habis cakap lagi. Saya nak cakap yang saya tak nak bersihkan bilik ni. Takpelah, saya bersihkanlah bilik ni (lalu menyapu bilik).

Si isteri : Oh,yeke? (terasa malu) Ada harapan lagi ni...

Beberapa minit kemudian...

Si isteri : Awak... awak nak berapa anak?

Si suami : Termasuk anak tekak, saya nak 4 anak. Tapi, anak kedua,gugur.

Si isteri : Kenapa yang kedua tu gugur?

Si suami : Sukatilah saya nak cakap gugur ke tak. Apalah awak ni...

Si isteri : Oh...

Setengah jam kemudian (bila diorg nak buat ni?)...

Si suami : Awak... andai saya pergi dulu sebelum awak, saya nak awak nanti cari yang lain. Bukan apa, siapa lah yang nak menjaga awak, bagi makan minum awak kan kalau bukan pengganti saya tu...

Si isteri : Saya rasa cinta saya takkan berubah walaupun selepas awak tiada. Tiada siapa yang mampu gantikan awak.

Si suami : Bukan saya nak memaksa, tapi ini untuk kebaikan awak juga...

Si isteri : Oh, awak sgt baik terhadap saya. Tapi, kalau saya yang pergi dulu sebelum awak?

Si suami : Saya akan kahwin lain. Tapi, awak tak tinggalkan saya pun saya boleh kahwin lain!

Drama hasil nukilan Ustaz H.

*kata-kata Ustaz H - Kebersihan itu separuh daripada iman. Sabar itu separuh daripada iman. Jadi, kebersihan campur sabar jadi satu iman. Jadi, untuk ada satu iman, jadilah org yang bersih dan org yg sentiasa bersabar :P

Monday, February 16, 2009

Indie

Q : band favourite anda?
A : Bunkface

Q : band favourite anda?
A : Couple

Q : band favourite anda?
A : Estrella

Q's dan A's di atas menunjukkan bahawa band kegemaran mereka adalah yg made in Malaysia a.k.a indie band. Setiap remaja PASTI nya lah ada satu favourite band dia yg dr Malaysia negaraku tercinta ini. Walaupun aku layan band luar spt Kings of Leon, We the Kings, Paramore & Coldplay, namun indie band tetap di hati aku.

Korang namakanlah mana-mana indie band kat Malaysia ni. Mesti aku tau. Kalau aku tak tau pun, aku akan ckp 'tak pernah dgr'. Remaja yang selalu ikut amar makruf nahi mungkar pun tau Bittersweet, apatah lagi remaja yang rosak macam aku ni.

Kalau bosan, lagu tah mana indie band mesti aku nyanyi lah. Kengkadang, boleh terkeluar lagu Ternyata by Estrella aku nyanyi. Agaknya kalau aku pergi karaoke dgn kwn aku, mesti aku ambik lagu indie band nye lah. Lagu indie band juga aku gunakan sbg satu medium untuk aku pajak nama seseorg tu. Contoh, aku nyanyi lagu Situasi oleh Bunkface dlm kelas yang berbunyi "Diskriminasi menjatuhkan aku,reputasi kini menjadi bisu..." Nanti kwn aku En. A akan pandang aku punya lah sambil berkata "eh *****!" (Nama bpk En. A ialah Naser)

Kenapa org lyn lagu indie band klu bukan psl lirik dia yg pendek mcm gila tu. Bayangkan, aku dgr lagu Revolusi by Bunkface pd hari A. Esoknya, aku dah hbs hafal lirik lagu tu. Tak kegila nya tu?

Natijahnya, aku, Hazzad bin Yahya ingin menegaskan bahawa indie band mmg best. Cuma org yang bodoh nak mati awal je yg tak suka indie band ni. Mak aku boleh layan Bunkface, takkan korang takleh?

Sunday, February 15, 2009

Aku agak GAY!

Lelaki, satu jantina yang mempunyai satu bahagian yg dipanggil ***** (jgn lah gelak!). Aku berjantina lelaki. Jadi, mestilah aku ada perasaan bila tgk perempuan, terutamanya yang ehem ehem (mesti korg tgh gelak bsr)!

Tapi, bila aku tgk muka seorg lelaki ni, aku rs mcm semcm je. Bukan semcm benci, semcm suka. Lelaki itu adalah pengawas kat skola aku. Aku suka tgk muka dia bila dia tgh rasa tenang je, bukannya masa dia tgh bengang ke marah ke. Ngeri aku tgk muka camtu. Masa dia tenang, aku tgk muka dia mcm comel je. Dlm kalangan kwn aku, kulit dan muka dia lah yg plg putih (korg jgn muntah dpn screen). Aku tgk muka dia pun mcm best je.

Tapi, kalau aku tgk muka dia lama sikit, dia akan cakap 'ko apahal?pandang muka aku lama-lama!'. Aku pun balaslah dgn satu senyuman. Ada kawan aku citer kat aku, dia ckp 'agaknya dia anak mak dowh. yelah, asyik duduk kat rumah je. kulit pun putih.' Btl jgk dia ckp. Muka aku agak gelap (asalkan tak segelap nigger) pun psl aku selalu tibai main bola sampaikan injury aku ni tak sembuh-sembuh pun.

Tapi suka memandang muka dia tak bermakna aku ni gay. Perempuan tetap aku pandang. Lama-lama pulak tu. Favourite place aku untuk pandang perempuan ialah di Taman Rakyat dan IKEA Mutiara Damansara (ms kat IKEA aku takleh pandang lama-lama psl mak bapak aku ada - jaga maruah). Shopping mall pun apa kurangnya kan? Yang memakai ketat ada, memakai jarang ada, tak pakai pun ada (otak aku rosak). Walaupun dosa, tapi aku anggap itu sbg dosa yang best. Ada gaklah kwn-kwn aku siap boleh bincang psl benda tu, padahal aku tgk dan aku diamkan je. Aku yang teruk atau kwn-kwn aku yg teruk?

Akhir kata, adakah aku ni straight, gay ataupun bisexual (layan dua-dua jantina)?

*kepada yang baca ni, jgn bgtau kat lelaki tu. kalau tak, mati aku!

I am stupid in English!

Assalamualaikum. Dlm english, peace on you. Bukan pee's on you. Jgn salah tafsir yek. Korg mesti anggap english tu bahasa antarabangsa a.k.a international. Agaknya memang betul KOT. Tapi bukan english yg jd bahasa plg byk diconverse kat dunia ni. Bahasa Mandarin sebenarnya.

Cerita psl english, ramai boleh berconverse dlm english. Tapi itu tak bermakna mereka converse spt org UK yang ckp sepatah haram aku tak faham. Tulis dlm english pun tak hebat. Aku dulu masa kat skola tak reti langsung nak tls composition dgn elok. Cuma ms darjah 6, aku improve sikit je(sikit je). Setiap ujian ke percubaan ke klu aku tak dpt A dlm english mesti kena marah dgn ayah aku. Kenapa aku kena marah? Jadi, UPSR punya result tunjukkan aku straight A's (termasuk english). Ada kawan aku 4A je, english B. Ada jugak yg english C.

Naik form 1, aku punya penguasaan dlm english jatuh blk (dah mcm quadratic function lak!). Itu bukan lah satu masalah psl masa aku form 2 & form 3, english aku makin ok(ok je,bukan excellent). Masa aku form 4, aku blaja english kat skola dgn satu cikgu ni. Nama dia Pn. Hazlina a.k.a Hazel (nicknamed by Rajinder). Dia suka sgt bg kls aku buat essay byk-byk. Kengkadang, essay aku dia ada tulis good, nice planning lah dll. Dan bila aku buat individual presentation dpn kls,dia akan kata very good padahal dia tak ngerti bahawa aku kecut perut nak present dpn dia. Benda tu kengkadang boleh buat aku rasa bangga lak (lps bc blog ni korg blh muntah). Ada gak masa aku terfikir 'knp dia buat camtu? 'Adakah psl aku sama bangsa dgn dia, atau sama agama dgn dia ataupun psl dia punya tarikh lahir sama dgn aku a.k.a 7 Disember?

Cukup dgn itu, aku nak cite dgn org yg aku tgk berconverse dlm english. Ada kwn aku, En. Z suka sgt ckp dlm english. Tapi, english dia teruk btl. Young disebut sbg Yong, byk kali lak tu. Tapi aku rs dia tu ada pelat dlm beberapa perkataan kot. Pastu, byk yg dia sebut slh grammar lah, slh pronounce lah dll. Kawan aku, En. R pulak gelakkan dia sambil betulkan ayat En. Z tu. Aku tgk dia buat silap aku tak gelak, tapi dlm hati kata 'klu tak reti jgn ckp'.

Lepas tu, byk page myspace aku tgk dia tls berterabur grammar. Aku nak je comment dia tls 'klu tak reti tls english, jgn poyokan diri anda untuk tls english. nanti malu'. Klu slh grammar ke, mmg malu (betul). Aku, cuma reti bab-bab dlm menulis ayat dlm english je, ckp susah lah sikit. Bila org tu mmg mcm tak reti ckp BM, baru aku ckp english. Tapi, bab-bab mencarut dlm english, memang aku A1. F***, stupid, moron, a**hole, b****** dll memang aku reti. Baru je tah bila aku ckp kat seseorg tu 'am i deaf, f*****?'. Tak silap aku, org tu trs diam. Yelah, spe mampu lwn mencarut dlm english dgn aku? Cuma Rajinder a.k.a silau je mampu. Aku anggap dia sbg master of dirty words.

Bagi aku, english tu lg sng drpd BM dan lg sng nak score A dlm english drpd BM. Masa aku form 4, setiap ujian dan peperiksaan english aku dpt A, padahal BM aku dpt A lah, B lah, C lah (aku ni melayu ke apa?).

So, am i stupid in english?

Saturday, February 14, 2009

Big Mac atau burger tepi jalan?

Tak dapat dinafikan, aku memang suka makan McDonald's. Kalau bapak aku pemilik syarikat terkaya kat dunia ni (mestilah kaya), hari-hari aku rembat mencekik McD. Tapi, apakan daya, bapak aku cuma seorang kerani bergaji tak sampai RM2500 dan tahun depan akan pencen (tapi boleh sambung lagi,itu pun klu nak).

Walaupun camtu, aku dapatlah gak merasa McD tu at least once in a month. Dan, aku ada abang yang kerja sbg engineer R&D yang bergaji lebih drpd gaji bapak aku (walaupun tak sampai dua tahun kerja). Dia memang kaki belanja aku apa-apa yang aku nak. Tu yang best. Tapi, dia dah nak kahwin. Takkan dia nak belanja aku lagi? Baik dia belanja bini dia. BETUL TAK?

Cerita psl McD, aku suka McChicken dan Spicy Chicken McDeluxe. Big Mac pun aku suka. Ramai suka McD. Hanya orang gila & bodoh nak mampus je tak suka McD. Sekarang, McD pun buat promosi set makan dia makin murah. I can't deny that kind of promotion. Tapi peliklah, npe dia buat promosi camtu?

Ada satu ceramah psl isu Palestin dibuat di sekolah aku, sekolah yg bakal menerima pengetua baru (bagus sangat ke dia tu sampai dapat sekolah terbaik kat Klang ni?). Penceramah tu ada bg flyers menunjukkkan produk yg patut diboikot. Dlm tu, McD ada. Aku dah lama tau, sejak zaman aku belum sunat lagi bahawa McD milik Amerika + Israel. What do i care? Pastu, dlm ceramah tu, penceramah tu bgtau cite psl McD dan dia bandingkan dgn burger Ramly a.k.a burger tepi jalan. Dia ada tanya Big Mac harga bpe ringgit. Jadi,ada sorg makhluk tu a.k.a aku ckp kuat-kuat 'sebelas!'. Agaknya org yg dtg ceramah tu mesti tau.

Cukup dgn McD, kita cerita pulak psl burger tepi jalan ni. Burger jenis ni memang terkenal. Kat Andalas je dah bpe byk gerai jual burger cmni. Ada gak yg gunakan gerai burger ni untuk edar dadah (betul,aku tak tipu). Aku tak kisah. Aku nak makan burger, bukan makan ganja mampat + kokain. Harga sememangnya murah. Harga 1 set large Spicy Chicken McDeluxe dgn air milo kau beli bersamaan dgn harga 10 burger ayam biasa. Tak kegila nya tu?

Jadi, keputusan aku? Aku pun beli daging burger dan roti burger kat Giant ke, Carrefour ke, Tesco ke. Masak sendiri kat rumah (aku reti masak burger tau!). Letak mayonis dan sos pastu, ngap! Tak cukup, masak lagi.

Jadi, apakah pilihan anda? McD atau burger tepi jalan? (pantas menaip)