Saturday, December 31, 2011

Baru Nak Update.

Dah lama sangat aku tak update.


Aku busy, sangat.


Dengan SUKMUM (Sukan Mahasiswa UM) aku masuk tiga acara; tenis, bola sepak, sofbol.


Tenis, grouping je dah kalah.


Bola sepak, kalah masa QF. Kalah penalti kot, macam Indonesia.


Sofbol, nombor tiga. Boleh lah


Dan secara tiba-tiba lah, assignment berlambak, coursework berlambak. Tapi semua aku siapkan betul pada deadline, kecuali satu.


AutoCAD.


Bayangkan, aku dah buat sampai habis, dah save. Sekali nak hantar masa Jumaat, sekali tengok, drawing tu kosong je. Tension punya pasal sampai rasa nak copy kawan punya je (tapi tak buat pun). Last², aku pergi je jumpa lecturer aku, cakap aku ada masalah. Minggu lepas tu baru aku hantar haha!


Dan yang paling best, kasut aku hilang. Kasut buat pergi kelas, kasut buat joging, kasut buat pergi gim, semua lesap. Agak-agak kalau aku jumpa siapa yang curi tu, memang kena penumbuk lah dengan aku.


Harapan tahun baru; tak ada pun.

Thursday, November 24, 2011

Dia Pernah Lupakan Kau? Aku Rasa Tak.


Banyak sangat masalah? Masalah girlfriend, masalah duit bagai? Apa susah.


Tuhan kan ada.


Tapi tapi tapi, standard manusia macam kau lah, bila dah ada masalah datang melanda, baru lah nak ingat Tuhan. Barulah nak bentang balik sejadah yang dah berhabuk tu. Masa tu juga lah, baru lah kau nak menangis mengenangkan betapa sombongnya kau kepada Dia pada masa dulu.


Dia tak pernah lupakan kita, tapi kenapa senang kau boleh lupakan Dia? Bila Dia dah bagi nikmat, bagi senang pada hidup kau, kau senang saja lupakan Dia, menganggap Dia tu tak ada langsung dalam hidup kau.


Tapi bila dah susah, bila masalah dah jadi kritikal, baru nak ingat Dia. Baru nak doa agar ada keajaiban. Hei, come on lah!


Ingat senang-senang saja keajaiban nak berlaku? Ingat kau nabi?


Apa kau ingat, senang saja nak mintak sesuatu dekat Dia, tanpa ucap terima kasih langsung atas setiap benda yang Dia berikan dekat kau. Mana adil weh!


Satu saja yang kau perlu ingat.


Kau mainkan Dia, Dia mainkan kau balik. Balasan itu sentiasa ada.

Friday, November 4, 2011

Persoalan Hati.

Mungkin semua akan rasa pelik. Yelah, bila masa aku mampu menulis tentang cinta, tentang hati?


Cukup lah aku selalu menulis tentang ke-sekular-an aku, kebencian aku terhadap pemerintah yang bangang. Mari kita belajar mengenai hati.


Semua ada hati. Semua ada perasaan. Bila ada hati, bila ada perasaan, cinta boleh wujud. Cinta kepada siapa? Cinta kepada keluarga, cinta kepada kawan, cinta kepada kekasih (kalau ada), dan yang penting, cinta kepada Yang Esa.


Cinta kepada Yang Esa tak perlu nak ditunjuk dekat orang, cukuplah dengan solat dan amalan² sunat yang ada.


Aku nak cerita tentang persoalan hati. Okay, katakan kau nampak seseorang, dan kau terus suka. Agak² apa yang kau akan buat?



  1. Add dia dalam facebook, lepas tu usha gambar dia saja.
  2. Datang dekat dengan dia, lepas tu senyum lama².
  3. Diam, dan harapkan dia yang datang dekat kau.
Sudah, biarkan soalan itu tadi. Macam mana pula dengan kita yang memang sudah ada hati dengan seseorang dan sanggup menunggu dia?

Mungkin ada yang cakap tak guna kita tunggu sesuatu yang tak pasti. Tapi hati kita, siapa orang lain untuk berhak tahu?

Bayangkan, orang lain dah bagi harapan dekat kita, lepas tu kita pun tunggu lah dia, akhirnya dia blah dengan orang lain. Agak² macam mana hancurnya hati kita? Mesti hati jadi remuk, dan tak akan jadi macam dulu.

Mesti semua akan fikir, mesti aku pernah alami. Sebenarnya, aku tak pernah alami, aku yang buat orang lain alami.

Kejamnya aku pada masa dulu.

p/s : aku dapat idea post ni masa aku dengar lagu Rossa - Hati Yang Kau Sakiti.

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #1


p/s : perempuan tu bukan mahram dengan lelaki tu, tapi dia sanggup tolong lelaki tu. inilah nilai kemanusiaan yang sebenar.

Thursday, October 27, 2011

Aku Tak Percaya Pada MLM.

Hari tu, malam Selasa, aku lapar. Jadi aku ajak lah kawan aku yang senior tu makan dekat tempat biasa. Tak tau lah apa angin dia tu, ikut saja cakap aku. Jadi aku ajak lah kawan aku yang lain, senior juga. Diorang pun ikut.

Tapi kita orang tak pergi makan terus. Yang bawa aku tu cakap nak jumpa kawan kejap. Okay tak apa tapi masalahnya, sampai tempat tu, ikut dia sampai masuk bangunan apa entah. Tengok orang ramai semacam saja, hati aku terus terdetik,

"Score A ni."

Ya, memang betul jangkaan aku. Ini taklimat pasal Score A, dan otak aku kena psikologi yang dahsyat untuk telan setiap fakta Score A, selama dua jam setengah.

Nak tau tak Score A ini apa? Score A ialah satu bentuk MLM.

Untuk yang masih bangang tak tau MLM tu apa, sini aku beritahu. MLM ialah Multi Level Marketing. Dan untuk semua tau, aku tak suka MLM. Walaupun yang beri taklimat tu cakap Score A siap bagi zakat setiap bulan.

Bagi aku lah, jujur aku cakap, yang masuk Score A ke, MLM ke, adalah golongan yang tamak. Adalah golongan yang kerja nak sikit, tapi nak duit banyak. Golongan yang hidup dia hanya memikirkan dengan duit saja, hidup akan lengkap. Golongan yang berkiblatkan duit, itulah mereka semua.

 *macam piramid*

Memang masa tu aku dengar, lumayan gila untung buat Score A. Untung boleh sampai 5 angka seminggu, siapa tak suka? Tapi tapi tapi, adakah semua akan dapat macam tu?

Yang bagi taklimat tu ada cakap, yang tinggal di KL dan gaji bawah RM3000, dipanggil miskin kota. Okay nampak berasas, tapi perlu ke nak cakap dengan RM3000, kita takkan dapat hidup di KL?

Nak ditambah lagi, untung buat benda ni siap dibandingkan dengan gaji CEO. Siap cakap macam kerja lain tak berguna, pasal gaji tak banyak, berbanding dengan buat Score A ni. Untung boleh sampai 5, 6 angka kan.

Sinilah aku beritahu. RM3000 ke, RM20000 ke, itu cuma asbab yang Allah beri kepada kita. Allah berikan kita kesenangan setiap masa walaupun kesenangan itu pada nilai kita, sangat rendah. Walaupun nanti gaji aku RM1500 ke, RM2000 ke, yang bagi hidup aku senang bukan duit tu, tapi Allah.

Se-sekular mana aku pun, aku masih percaya pada kuasa Allah. Aku percaya Dia boleh bagi aku senang walaupun duit dalam akaun aku untuk diguna sampai bulan Februari cuma ada RM800 (contoh lah!)

Tapi nak buat macam mana, standard orang Malaysia kan, nak kerja sikit, gaji banyak. Standard orang Malaysia kan, mata duitan sangat. Tamak serupa Yahudi.

Ada seorang leader ni yang nak tarik aku masuk, dia tanya aku "Mak ayah dah pergi haji?" Aku cakaplah tak. Dia balas "Habis tu, bila kita nak hantar?" Ya aku tau, memang lama lagi kalau aku dapat tolong mak ayah aku pergi haji tapi sekurang-kurangnya, duit aku yang nak tolong mak ayah aku pergi haji ialah duit yang aku sendiri dapat hasil kerja berdasarkan kelayakan aku, bukan guna duit untung MLM. 

Itu yang kadang-kadang aku tak faham golongan macam ini. Korang ingat, dengan duit, korang boleh bahagiakan orang lain? Korang pernah tengok babak filem di mana kalau anak tu bagi duit daripada sumber tak betul, mak ayah dia reject? Korang nak macam tu?

No wonder there is a saying "Money is the root of all evil."

Yang aku pasti, aku nanti kerja sebagai engineer ke, entrepreneur ke, lecturer ke, dapat gaji sebanyak itu pun, aku akan terima pasal itu memang berdasarkan kelayakan dan kelebihan aku.

Walaupun kita berusaha sangat untuk benda itu tapi tak dapat, jangan risau. Ada pengganti lain.

Macam aku, aku ada minta biasiswa JPA, punyalah usaha siap hantar surat sokongan awal gila, tapi tak dapat. Tapi akhirnya, aku minta biasiswa UEM, dapat pergi interview. Masa interview, senang je, tak ada pun aku gagap depan penyoal semua. Itu yang aku nak cakap, kita mungkin takkan dapat tu, tapi kita akan dapat yang lain.

Allah Maha Adil.

Wednesday, October 19, 2011

Buat Itu Tak Boleh, Buat Ini Tak Boleh. Habis Apa Yang Boleh?

Okay, jadi dah keluar cerita pasal gereja 6 tingkat yang sedang dibina di Bukit Jalil. Eh sekejap, 6 tingkat? Wah, Pavilion pun 5 tingkat saja.


Bila dah keluar cerita macam ini, jadi ramailah umat Melayu Islam yang marah dengan projek ini. Dan keluarlah ayat "Sah² mereka nak kristiankan orang Islam dekat Malaysia ni lagi senang." , "Apa lah Malaysia, negara Islam tapi gereja sampai 6 tingkat."  Tapi ayat yang paling bangang ialah


"Eeee, UMNO bodoh."


Eh sekejap, apa kaitan UMNO dengan pembinaan gereja 6 tingkat ni? Dan untuk pengetahuan semua, yang cakap ayat di atas ialah budak perempuan Melayu Islam yang pergi shopping mall pakai macam amoi, dan gambar² dia dalam facebook ialah gambar yang macam dia saja yang seksi di dunia.


Dan cuba kita fikir logik. Kalau aku perempuan yang pakai seksi, nampak peha dengan dada aku bagai, tapi niat nak tegakkan agama aku, agak² orang layan tak?


Okay lah, sini aku beritahu. Mengikut Perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan. Jadi kalau mereka nak buat gereja sebesar Hospital KL pun, apa kau nak susah pun? Duit mereka, suka mereka lah nak guna macam mana. Melainkan kalau mereka buat gereja di atas tapak surau, itu memang patut lah kau marah.


Agama mereka, amalan mereka, biarkan lah. Jangan nak susahkan diri nak membantah pembinaan gereja itu lah, ini lah. Dan aku sedar, golongan ini juga lah, yang membantah kalau dibina masjid besar². Katanya senang saja,


"Kalau penuh pun, masa solat Jumaat saja."

"Masjid besar, tapi pengisian tak ada, pun tak guna."


Tengok, golongan macam ini lah yang layak aku gelarkan "Golongan Yang Tak Senang Dengan Apa-Apa Perubahan." Tolonglah, memang masjid tak akan penuh pada setiap masa, dah semua ada urusan masing². Takkan nak harapkan mereka untuk tinggal di masjid 24 jam tanpa buat kerja masing². Ergh, korang cakap macam guna lutut lah!


Aku belajar di UM, kalau solat Jumaat, aku akan pergi ke masjid aka surau Akademi Pengajian Islam (API) yang dinaik taraf kuasa supaya solat Jumaat boleh dilaksanakan. Dan disebabkan saiznya yang agak kecil, aku akan solat di atas jalan tar.


Tak payah nak fikir pasal panas yang tak setanding azab Allah di akhirat nanti lah. Korang cuma boleh fikir dengan logik, agak² kalau korang tengah solat bawah panas matahari, peluh², korang boleh khusyuk?


Sebab tu masjid dibuat besar, untuk keselesaan orang Islam juga. Sebab tu gereja 6 tingkat dibuat, nak selesakan pengunjung yang datang, parking banyak gila.


Tapi ada saja yang buat bunyi. Itu salah lah, ini salah lah. Cuba buat masjid kecil, kau juga yang bising nanti.


Susah betul jadi manusia. Semua benda tak betul.

Saturday, October 8, 2011

Kalau Boleh, Aku Tak Nak Kerja Dengan Kerajaan.

Okay, jadi semalam PM Malaysia buat pembentangan Bajet 2012. Dan ada satu benda yang paling menyakitkan hati aku, jadi realiti.

Mungkin semua tau, umur wajib bersara untuk penjawat awam (yang kerja dengan kerajaan) dinaikkan kepada 60 tahun, naik 2 tahun daripada umur asal. Ergh, aku rasa ini memang langkah yang membuatkan aku makin rasa tak selesa dengan tindak-tanduk kerajaan.

Cubalah fikirkan, umur makin lanjut, umur makin banyak, secara logiknya produktiviti akan berkurangan. Dan secara semula jadi, mereka akan minta MC saja, kerana badan dah mula sakit². Tapi tapi tapi, mereka bukan reti pun nak bersara pada umur 55 tahun. Alang² kau dah sakit, bersara jelah masa umur 55 tahun.

Bayangkan lah, bila umur dah melebihi 55 tahun, tapi masih nak kerja, agak²-nya kerja yang diberi belum tentu boleh dihabiskan dengan cepat. Kalau lah kerja yang masih tak siap itu akan dibawa ke mesyuarat yang membolehkan syarikat dapat kontrak bernilai jutaan ringgit, sah² syarikat tu tak akan dapat kontrak.

Dan cubalah fikirkan kepada graduan² muda yang baru habis belajar. Kesian lah pada mereka, belajar macam orang gila, dapat CGPA bagus gila, tapi lepas habis belajar, langsung tak dapat kerja. Yang memenuhi syarikat ialah yang dah lebih umur.

Aku cakap macam ni pun pasal aku fikir pasal kebaikan golongan muda macam aku. Apa guna ada golongan muda yang produktiviti sangat bagus tapi tak kerja? Dan takkan golongan muda macam aku ni, kena tunggu penjawat awam tu mati dulu baru boleh dapat kerja?

Aku rasa lebih baik buat macam dulu. Ini pun kerajaan asyik ikut telunjuk saja. Kenapa? Takut kalah pilihan raya nanti?

Sunday, October 2, 2011

Ayat Rempit Yang Sangat Annoying.

*tolong jangan jadi macam mereka*

Rempit adalah antara golongan yang agak gelabah. Ayat rempit pula bermakna ayat yang gelabah, bahasa tunggang-langgang. 

wAt PerWh tu?
dAri m@NeRh?
uMuRR aWoXX?

qo InGat qo tuw saperh? setAkAt jantan cam qo, aqUh boWleh CaRik yUnk laEn ar!

Npew nih? Jangan lewrh majok2 dgn titew. Titew cayunk awak jew.

Cukuplah dengan contoh yang aku bagi. Bagi aku, ayat rempit ni adalah satu benda yang patut dimalukan oleh setiap generasi.

Cuba bayangkan, aku suka seorang perempuan ni, dan aku dah dapat nombor dia. Tapi masa aku mesej dengan dia, aku tulis dengan cara macam tu. Bukankah aku akan memalukan diri aku saja, membuatkan perempuan itu boleh cakap yang aku ni tak reti guna bahasa dengan betul.

Akhirnya, aku tak dapat perempuan tu. Aku juga yang melopong.

Dan selalu terjadi pada aku, kawan² aku yang ada tulis dengan cara macam ni. Ergh, aku rasa macam nak basuh kepala mereka guna air zam-zam dan ajar mereka cara menaip mesej dengan betul.

Yang bagi aku makin menyampah ialah kalau orang yang bagi mesej tu, orang yang agak alim, tak kira lah lelaki atau perempuan. Mesej berunsur Islam, tapi kalau cara menulis membuat aku rasa menyampah, baik tak payah hantar dekat aku lah. Sekurang-kurangnya, tak habis kredit kau.

Jadi, aku cuma mampu kata yang cara menulis macam ni memang membawa keburukan. Fikirlah, tak akan lah masa nak buat esei, kau nak tulis macam tu? Takkan lah masa kau nak buat laporan dekat pengurus kau, kau nak guna cara macam tu?

Cukuplah orang Melayu dah dipandang rendah dengan bangsa lain disebabkan rempit. Janganlah ditambah dengan ini lagi, orang Melayu tapi tulis guna Bahasa Melayu pun hancur.

Friday, September 30, 2011

Annoyed.

Minggu lepas, ada Karnival Persatuan UM. Aku selaku pelajar UM yang berfikiran waras, pun pergilah melawat  setiap booth yang ada. Eh sekejap, aku melihat saja booth² yang ada. Hehe


Dan hasil kesimpulan aku, mengecewakan sangat.


Aku ingatkan, bila aku masuk universiti, takkan ada kelompok berdasarkan negeri, kaum mahupun agama. Mungkin aku terlampau mengimpikan sesuatu yang agak mustahil di universiti.


Tapi adakah mustahil untuk jadikan 1Malaysia yang disarankan Najib Razak, menjadi berjaya sekurang-kurangnya hanya di universiti? Aku rasa tidak mustahil, tapi mungkin ramai yang masih selesa dengan kelompok masing².


Hanya untuk senaraikan sedikit.
  1. Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya
  2. Persatuan Mahasiswa Perlis Universiti Malaya
  3. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
Bagi aku, ini bukanlah cara hidup di universiti yang sebenar, lagi² dengan universiti yang ada semua kaum sebagai pelajar. Bukanlah aku menentang, tapi sampai bila kita nak dengan kelompok kita sahaja?

Minta maaflah kepada yang terasa, tapi secara jujurlah, kita tak akan kemana dengan ada persatuan berdasarkan kelompok kita sahaja. Tak akan mati lah kalau persatuan macam ini semua dihapuskan.

Universiti adalah satu contoh sesuatu yang bersifat sekular. Ada ke kelayakan masuk ke universiti berdasarkan negeri asal kau mahupun agama kau?

Aku rasa tak. Bukankah kelayakan masuk ke universiti berdasarkan meritokrasi yakni pencapaian akademik kau? Kalaulah kelayakan nak masuk ke universiti berdasarkan agama, sah² aku dapat masuk Universiti El-Azhar padahal aku dapat 4A je untuk SPM.

Inilah kenyataan dunia. Walaupun kau ada hak istimewa di bumi ini, tapi kau tak reti menggunakannya, kau juga yang hancur. Orang lain juga yang akan pijak kau.

Yang penting, ada juga persatuan yang aku nampak agak menarik, pasal ianya berkaitan dengan belia.


p/s : barang siapa tak puas hati, sila jumpa aku. nak tumbuk aku pun boleh.

Saturday, September 24, 2011

Perangai Tak Senonoh.

*ini kisah benar*

Aku tunggu lah dekat stesen komuter Mid Valley, nak tunggu komuter datang punyalah lama. Tension aku. Menyampah aku. Meluat aku.

Dan aku secara semula jadi akan mula pandang kanan, pandang kiri. Secara bosannya, aku pusingkan kepala aku tengok belakang.

Dan semasa pandang² tu, aku ternampak sesuatu.

Seorang lelaki tiba² tarik tali bra girlfriend dia yang warna pink tu.

Aku terkejut, lepas tu aku terus palingkan muka aku. Tak senonoh gila. Yang perempuan tu boleh pula cakap "Jangan lah, orang nampak..."

Kalau betul lah nak gurau² dengan girlfriend sekali pun, jangan lah buat macam tu depan orang. Dan kalau betul lah dah kemaruk sangat nak tarik tali bra girlfriend kau sekalipun, buat lah dekat tempat tak ada orang. Bila aku nampak, bukan nya aku jadi horny, jadi menyampah adalah.

Ergh, ini ke budaya sopan yang diwarwakan ada pada orang Melayu? Tak malu ke bila foreigners nampak? Kalau aku, dah lama aku cover muka aku guna beg plastik Jusco.

Sunday, September 18, 2011

Suka Sangat Pentingkan Satu Pihak Saja.

Kan aku belajar di UM, jadi kalau nak balik, senang saja.

Naik bas sampai stesen LRT Universiti, lepas tu naik LRT sampai stesen Pasar Seni. Tukar pula, naik komuter dari stesen Kuala Lumpur sampai stesen Klang.

Okay, cerita lah pasal komuter ni. Komuter ni memang akan sesak ketika waktu puncak, yakni 0700-0900 dan 1700-2000. Tak boleh dinafikan lah, memang semua akan fikir diri sendiri je masa nak masuk dalam gerabak. Semua tak nak kena tinggal. Dan KTM pun satu, apalah bangang sangat tak nak letak satu gerabak simpanan di setiap stesen sekiranya sesak sangat.

Dan masalah makin menjadi sejak benda ni diwujudkan.


Okay lah, benda ini okay saja. Niat diwujudkan pun baik, nak mencegah daripada kerakusan lelaki² yang sangap menggesel dan meraba perempuan yang nampak menggiurkan di mata mereka. Juga berfungsi untuk mengurangkan kadar penyeluk saku semasa dalam gerabak.

Tapi masalahnya, tak ramai pun wanita yang sedar akan kewujudan gerabak khas ni. Dekat stesen, gerabak yang bercampur juga yang dipilih. Akhirnya, gerabak yang bercampur juga yang penuh, tapi gerabak yang khas untuk wanita; separuh penuh atau mungkin macam tak ada orang langsung.

Dulu aku ingat lagi, ada seorang wanita ni, duduk dalam gerabak bercampur, lepas tu ada pegawai komuter tu cakap "Yang perempuan, sila penuhkan gerabak perempuan." Wanita tu buat selamba saja, lepas tu cakap "So what?" Ergh, kalau ikut hati aku, nak saja aku maki² dia. Tak sedar diri betul.

Dan untuk pengetahuan korang, aku memang pantang bila di gerabak bercampur, ada perempuan yang duduk tapi ada pakcik tua hanya mampu berdiri. So Malaysian.

Itu lah, nak sangat pentingkan wanita saja. Tapi wanita sendiri yang kebanyakkannya tak nak ikut. Sedih aku.

Apa yang mampu aku kata? Senang saja.
  1. Aku sedih tinggal di negara yang macam tak mementingkan kebajikan lelaki.
  2. Aku sedih bila wanita di negara aku sendiri tak nak menggunakan sepenuhnya kemudahan yang diberi.
  3. Aku sedih bila wanita didahulukan dahulu untuk benda yang tidak membawa keuntungan.
  4. Aku sedih tinggal di negara yang tak ada Kementerian Pembangunan Lelaki.
Jadi, cadangan aku kepada pihak yang berkenaan,
  1. Buat banyak² iklan di tv tentang penggunaan gerabak khas ni. Iklan tu, biarlah ada unsur menyindir jadi wanita akan terasa hati, lalu menggunakan gerabak khas tu.
  2. Buat gerabak khas untuk lelaki. Sila jadi adil.
Jangan hanya fikir untung, tapi kebajikan pengguna tak dijaga pun. Dan kepada kerajaan, sila bawa hal ini dengan serius.

Tak payah nak fikir menang undi orang saja. Mentang² PRU-13 dah nak dekat. Dah lah ISA pun dimansuh.

Sunday, September 4, 2011

New Life Awaits Me.

New hair.

New look.

New perception.

New attitude.

And, new shoes too.

Say hello to UM, Hazzad.

p/s : i will not find a wife in UM, keh keh

Thursday, September 1, 2011

MERDEKA & KOMUNISME.

Masih belum terlambat untuk aku nak ucapkan ;

SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-54.

Jujurnya, aku nak kata, tahun ini, 2011, baru aku faham erti kemerdekaan sebenar. Maksud aku yang sebenar ; bebas daripada pemikiran yang songsang, bebas daripada ikutan politik yang bebal, dan tak terikat kepada pemimpin yang bodoh.

*jangan jadi macam mereka*

Jadi, pasal hal Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS tu, aku cuma mampu kata ; dia ni pelik.

Dia kata, Mat Indera tu pejuang nasionalis. Okay, aku faham tu. Tapi kata orang, niat tak menghalalkan cara (kata² yang aku selalu tak setuju). Yang dia serang tu, polis yang menjaga keamanan. Mat Indera tu, bawah PKM. Yang polis tu pula, bawah British.

Ramai yang cakap, polis tu barua British, tapi sebarua-barua mereka pun, barua itu juga lah yang jaga Malaya. Kalau betul lah PKM nak ambil alih Malaya lepas tu nak jaga Malaya betul², kenapa mereka tak serang je pejabat² pentadbiran British yang utama? Kenapa balai polis juga yang nak diserang?

Cuba lah kamu semua fikirkan betul². 

Dan kalau aku pemimpin utama PKM, aku akan serang pejabat British je. Buat apa aku nak serang balai polis? Aku tahu pegawai polis tu semua boleh ada di bawah kawalan aku, tak perlu nak bunuh² mereka untuk mereka tunduk kepada aku.

Bagi aku, Mat Indera memang mati sebagai pejuang, tapi berhaluan salah. Mungkin dia tak tahu keburukan komunisme. Mungkin dia terlampau bencikan British sampaikan polis pun dianggap barua.

Dan komunisme ni, namppak sangat tak boleh pakai di Malaysia. Malaysia ni negara demokrasi. Sebab tu budak² di Malaysia pun dah reti beli baju ZARA, pakai kasut SUPRA, guna Blackberry. Cuba lihat pada negara yang mengamalkan komunisme. Entah² seluar jeans pun tak tau. Komuniti pun macam tertutup. Tak boleh terima dunia luar.

Dan yang paling penting, kalau Malaysia ni negara komunisme, belum tentu Mat Sabu boleh buat ceramah hari². Agaknya, baru cakap sikit, dah kena tangkap.


p/s : just my 2 cents worth of thought. if you disagree, let's have a talk with me, will you?

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Sentral / Raya

Pudu Raya dan tukar nama, jadi Pudu Sentral. Eh buruknya nama tu. Dan dah tak ada unsur² Bahasa Melayu di situ.

Mungkin bagi korang, ini hal kecil. Tapi bagi aku, ini hal yang besar. Sebab yang menukar namanya, PM kau tu. Nak sangat 1Malaysia agaknya, sampai nama pun nak ditukar.

Sentral ialah perkataan 'Central' yang di Melayukan. Yang peliknya, kenapa tak ada langsung pencinta Bahasa Melayu membantah penukaran nama itu? Mana perginya orang Melayu yang sejati dengan bahasanya? Semua sibuk beraya kah?

Yang penting, di mana PERKASA? 

Yang penting, nama baru itu, buruk nak mampos. Aku boleh nampak Carrefour tulis papan tanda dia dalam Bahasa Melayu yang asli. Tak ada langsung Bahasa Inggeris. Tapi, yang ini, orang Melayu sendiri menghancurkan Bahasa Melayu.

Lepas ni, baik kita tukar semua saja.

Kau kena lalu lebuh sentral itu.

Aku nak pergi sentral rumah awek aku lah.

Kuih sentral yang aku buat ni sedap tak?

Bunga sentral adalah bunga kebangsaan.

Kau sanggup jadi macam itu? Aku tak.

p/s : selamat hari raya kepada pembaca blog ni. moga² blog ni makin famous di Malaysia. hihi

Tuesday, August 23, 2011

Aku Bukan Istimewa.

Kau dapat UM Hazzad? Pandai gila kau.

UM seh. Untung aku dapat kawan pandai macam kau.

Untunglah dapat UM.

Itu semua ayat² cliche yang aku dapat bila kawan² aku tanya aku dapat universiti mana. Aku tak tau lah, ada benda yang istimewa ke sampai korang nak cakap macam tu?

Minggu lepas, aku lepak dengan kawan² aku, lepas tu terjumpa cikgu sekolah rendah aku. Dia tanya aku dan kawan² dapat mana. Kawan² aku cakaplah, dapat UITM, UTeM. Dia diam. Sampai aku cakap dapat UM, dia terus cakap

Okay lah tu. Cikgu ada anak buah seorang tu, dekat UM juga.

Mungkin orang² kita ni dah terlalu didedahkan dengan nama 'gah' UM tu. Ala, UM tu universiti juga, macam yang lain. Semuanya bergantung pada pelajarnya saja.

Dan untuk korang tau, UM nombor 4 dalam ranking universiti di Malaysia. Harap maklum.

Tak cukup lagi, tengok gambar bawah.













p/s : aku dah susah² buat share button untuk korang, jadi gunalah. ergh

Monday, August 22, 2011

Macam Tak Puasa.

Puasa tak puasa, sama sahaja.

Allah S.W.T dah berfirman dalam al-Quran, Dia cakap dengan puasa, kita akan peroleh taqwa. Korang semua tau ke taqwa tu apa? Dan korang semua pasti ke, dengan puasa korang tu, korang akan peroleh taqwa?

Itu semua urusan Allah S.W.T. Dia yang menentukan. Kalau nak tengok orang tu bertaqwa ke tak, lihat saja pada percakapan dengan perangai. Tak susah pun.

Memang susah lah nak dapat macam tu. Tapi puasa kita ni, belum tentu sempurna. Kalau setakat puasa perut saja, untuk apa?

Kelmarin kot, aku pergi Sunway Pyramid. Teman kawan beli baju. Sekali tengok, budak² Melayu Islam, yang perempuan, ramai pakai macam orang kafir (sorry to say). Kalau boleh, dia punya seluar tu, lagi pendek lagi bagus. Baju jangan cakap lah, memang betul nak tunjuk lurah dekat aku.

Yang kurang pahala puasa siapa? Aku lah, dah nampak kan. Yang dia, sah² ingat dia lah yang paling hot. 

Tak cukup lagi, kalau jalan dengan boyfriend, nak pegang tangan saja. Seolah-olah macam ada tarikan magnet yang kuat, sampai tak boleh tak pegang. Lepas tu nak lempang² pipi bagai. Bajet sweet lah tu. Kalau aku yang lempang² kau boleh?

Puasa ni, takkan mengubah diri kita, melainkan kalau kita sendiri yang ubah diri kita sendiri. Syaitan tu dah ajar kita selama 11 bulan, 1 bulan tu sama ada kita boleh lawan atau tak. Itu saja.

Nak buat macam pun kan, pergi bazaar, semua benda nak dibelinya. Bukan orang bertaqwa tu.

Thursday, August 11, 2011

Bajet Bagus English.

There is no such thing as 'I loves you.' It is 'I love you' actually.

If you were my girlfriend saying 'I loves you' to me, I will slap you instantly. Sorry to say, but I am annoyed. Hewhew

Speaking of girlfriend, I am single. I am happy being single. I am happy for not having a commitment. Commitment sucks actually. Especially when you are married at a young age. I wonder how come there are people getting married at a young age.

Do not ask me why.

One more thing. 'I am quite happy' and 'I am quiet happy' will have different meanings. I am not saying that it is typo, but it is just because of lack of vocabulary. I really mean it.

Just like me, I have written 'I wander when there was a kissing scene...' . If you are really good in English, you will spot my mistake. Just about 3 days after that, I realized about it and I changed it onto 'I wondered when there was a kissing scene...' .

I even made mistake. And yet, there were some friends saying to me "English kau power lah."

There is another rule. 'I didn't kissed him...' and 'I didn't kissing him...' are wrong. 'I didn't kiss him...' is correct. Do not ask me why. I do not even have the answer.

p/s : should have taken TESL instead.

Monday, August 8, 2011

Mari Berstadium.

Dah seminggu lebih baru aku post. Hewhew

Minggu lepas aku pergi stadium, tengok Malaysia lawan Singapore. Ini pertama kali aku pergi kot. Pergi ke stadium menaiki LC kawan aku, mudah katanya. Takut nanti jammed habis. Dan yang majoriti naik motosikal semua pakai jersi Malaysia.

*semangat gila brader ni*

Sampai dekat stadium, manusia dah macam ulat taik. Serius.



Dah masuk dalam stadium, duduk kejap, crowd semua buat mexican wave. Siap ramai² nyanyi lagu Cik Mek Molek - M Daud Kilau.


Lepas tu, team Singapore masuk padang buat warm-up, semua boo. Siap tunjuk L sign (loser).


*ini Singapore*

Datang team Malaysia buat warm-up, semua sokong.

*ini Malaysia*

Masa match, semua bengang gila dengan Singapore. Ada je player Singapore yang jatuh, semua boo. Mencarut pun ramai je. Match berakhir 1-1. Malaysia ditunjukkan jalan keluar. Tapi ramai yang masih semangat lepas match.

*yang merah tu flare*

Kalau korang cakap tengok dari tv lagi best, korang salah. Dekat stadium, korang boleh rasa excitement dia sampai aku pun naik ikut. Dan bayangkan, baling botol dari seat sampai padang adalah dalam 30 meter. Jauh tu.

Korang dah tengok tiket? Warna pink kot.


p/s : lepas ni Harimau Muda pula.

Sunday, August 7, 2011

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Ek?

Sekarang kan bulan Ramadhan. Hewhew

Aku : Adik, nak roti john tak?

Budak : Kalau bungkus, boleh lah.

Aku : Tapi kalau nak, kena makan sekarang lah.

Budak : Bang (sambil tunjuk jari ke atas), Allah nampak semuanya.

Aku pelik betul lah. Budak macam tu suka hati je tolak rezeki. Haish

Sunday, July 24, 2011

Oh, Dah Nak Ramadhan Ek?

Jadi, Ramadhan al-Mubarak akan menjelma.

Dan seperti biasa, masjid² dan surau² akan mengadakan tadarus al-Quran beramai-ramai. Kata mereka, masa Ramadhan ini, seeloknya memperbanyakkan amalan sunat. 

Okay. Amalan sunat tu amalan sunat juga. Tapi dalam korang tengah kejar amalan sunat tu, jangan pula korang abaikan amalan yang wajib. Tak gunalah buat amalan sunat saja tapi amalan wajib ditinggal pula.

Kan aku ada cakap, nanti akan ada tadarus beramai-ramai. Agak-agak sambutan macam mana, terutamanya daripada golongan muda macam aku?

Sinilah aku cakap. Sambutannya agak menyedihkan.

Mungkin ada yang akan terkejut, tapi inilah lumrah manusia. Ramai yang cakap,

"Ala. Aku dah nak exam lah. Mana sempat buat."

"Makcik ni sibuk lah buat kuih bahulu sampai 2000 biji sehari. Yelah, kan dah nak raya."

"Orang lain pun tak join, kenapa nak aku join juga?"

Manusia sekarang cuma akan buat sesuatu jika mereka lihat kebaikan tu boleh datang pada mereka pada masa yang cepat. Kalaulah nak diajak mereka bertadarus ramai-ramai, mesti lah sikit yang akan join, itu pun lepas mereka fikir mereka berdosa lepas tengok awek² lentik dekat bazaar Ramadhan.

Bercerita pasal dosa dan pahala, kita tak tahu. Sebab tu ramai tak ikut tadarus ramai-ramai tu.

Jadi, cadangan aku ialah, apa kita buat sesuatu yang lain. Cuba buat kelas pengukuhan untuk budak² yang akan ambil UPSR, PMR, SPM? Tak cuba, tak tau.

Atau pun, kita buat kelas tambahan untuk sesetengah subjek yang ramai budak lemah. Aku tau ramai budak yang kaki facebook dan twitter lemah add maths. Jadi, cubalah buat kelas tambahan untuk add maths.

Mungkin korang semua akan cakap "Ala, tadarus tu lagi bagus lah daripada buat kelas tambahan. Kelas tambahan tu cuma bersifat dunia je. Tadarus tu, bersifat ukhrawi kot." Tapi korang nak tau tak apa hukum mempelajari ilmu?

Wajib.

Tak guna lah kalau reti baca al-Quran, tapi ilmu lain, kau tak belajar. Ada ilmu pun tapi tak baca al-Quran pun tak okay. Senang cerita, kita memerlukannya  secara seimbang.

Jangan lah jadi johan tilawah al-Quran tapi tak tau maksud ayat yang dibaca itu. Lebih baik kau baca al-Quran itu biasa² saja tapi kau betul² faham maksudnya.

p/s : nak start balik baca al-Quran.

Friday, July 22, 2011

Haziqah Setahun.



























Tak perlu lah nak cakap lebih. Yang penting, dia comel,


macam uncle dia. Hihi

Tuesday, July 19, 2011

Nanti Aku Masuk Universiti.

Masa SPM dulu, aku dapat 4A. Mungkin ada yang tau pasal keputusan aku ini. Dan mungkin ada yang menyedari, Agama dan Sejarah aku dapat B+. Yeah nice. Pasal dapat B+ lah, aku tak dapat nak ambil Asasi Undang².

Masa itu, barulah aku sedar betapa pentingnya abjad A tu untuk ada sebanyak mungkin dalam transkrip keputusan SPM. Masa itu jugalah, aku rasa aku tak layak masuk universiti yang top dalam Malaysia. Jadi, aku tentukan takdir aku sendiri. Aku tolak diploma dan aku masuk matrikulasi.

Standard ayat kawan aku "Matrik tak susah ke?" "Aku takut lah masuk matrik"

Jadi, dah masuk matrik, pointer tidaklah mendapat seperti apa yang aku harapkan. MUET pun Band 4 saja. Itulah hasil tak study langsung untuk MUET.

Mungkin nampak masa depan gelap, tapi berkat doa termakbul, ini yang aku dapat.
























       NAMA  :   HAZZAD BIN YAHYA
       KATEGORI  :    N - Kategori Matrikulasi/Asasi Sains
       NO MATRIK    :   MS1012504507

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
PROGRAM
:
MK01 - SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (AWAM)

IPTA
:
UNIVERSITI MALAYA (UM)





Mungkin sekarang hujan, tetapi lepas ini pasti pelangi menjelma :)

Friday, July 8, 2011

Filem Amerika.

Satu nasihat untuk korang semua. Jangan lah tengok dua filem bawah ini.





Cerita okay tapi cakap², lepas tu lawan² dengan raksasa besar gila, menang lalu cerita pun habis. Aku pun macam "Eh. Dah habis ke? Sekejap gila." Serius tak puas. Aku cuma kagum dengan muscular body yang Hal Jordan tu ada. Kan bagus badan aku macam badan dia. Hihi




Ini lagi lah. Tak guna pelakon perempuan hot gila, tapi berlakon keras. Bercium pun macam tak ikhlas. CGI memang best sampai aku naik pelik tengok ada kapal angkasa yang pelik bentuknya dekat Chicago. Jalan cerita jangan cakap lah, meleret saja. Ken Jeong je yang bagi aku gelak dalam cerita ni. 



Dan lebih baik korang tengok cerita ni.





 

Serius kalau tak tengok, rugi. Bagi aku, berbaloi lah memandangkan harga tiket dekat TGV pun dah naik kan.