Wednesday, October 19, 2011

Buat Itu Tak Boleh, Buat Ini Tak Boleh. Habis Apa Yang Boleh?

Okay, jadi dah keluar cerita pasal gereja 6 tingkat yang sedang dibina di Bukit Jalil. Eh sekejap, 6 tingkat? Wah, Pavilion pun 5 tingkat saja.


Bila dah keluar cerita macam ini, jadi ramailah umat Melayu Islam yang marah dengan projek ini. Dan keluarlah ayat "Sah² mereka nak kristiankan orang Islam dekat Malaysia ni lagi senang." , "Apa lah Malaysia, negara Islam tapi gereja sampai 6 tingkat."  Tapi ayat yang paling bangang ialah


"Eeee, UMNO bodoh."


Eh sekejap, apa kaitan UMNO dengan pembinaan gereja 6 tingkat ni? Dan untuk pengetahuan semua, yang cakap ayat di atas ialah budak perempuan Melayu Islam yang pergi shopping mall pakai macam amoi, dan gambar² dia dalam facebook ialah gambar yang macam dia saja yang seksi di dunia.


Dan cuba kita fikir logik. Kalau aku perempuan yang pakai seksi, nampak peha dengan dada aku bagai, tapi niat nak tegakkan agama aku, agak² orang layan tak?


Okay lah, sini aku beritahu. Mengikut Perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan. Jadi kalau mereka nak buat gereja sebesar Hospital KL pun, apa kau nak susah pun? Duit mereka, suka mereka lah nak guna macam mana. Melainkan kalau mereka buat gereja di atas tapak surau, itu memang patut lah kau marah.


Agama mereka, amalan mereka, biarkan lah. Jangan nak susahkan diri nak membantah pembinaan gereja itu lah, ini lah. Dan aku sedar, golongan ini juga lah, yang membantah kalau dibina masjid besar². Katanya senang saja,


"Kalau penuh pun, masa solat Jumaat saja."

"Masjid besar, tapi pengisian tak ada, pun tak guna."


Tengok, golongan macam ini lah yang layak aku gelarkan "Golongan Yang Tak Senang Dengan Apa-Apa Perubahan." Tolonglah, memang masjid tak akan penuh pada setiap masa, dah semua ada urusan masing². Takkan nak harapkan mereka untuk tinggal di masjid 24 jam tanpa buat kerja masing². Ergh, korang cakap macam guna lutut lah!


Aku belajar di UM, kalau solat Jumaat, aku akan pergi ke masjid aka surau Akademi Pengajian Islam (API) yang dinaik taraf kuasa supaya solat Jumaat boleh dilaksanakan. Dan disebabkan saiznya yang agak kecil, aku akan solat di atas jalan tar.


Tak payah nak fikir pasal panas yang tak setanding azab Allah di akhirat nanti lah. Korang cuma boleh fikir dengan logik, agak² kalau korang tengah solat bawah panas matahari, peluh², korang boleh khusyuk?


Sebab tu masjid dibuat besar, untuk keselesaan orang Islam juga. Sebab tu gereja 6 tingkat dibuat, nak selesakan pengunjung yang datang, parking banyak gila.


Tapi ada saja yang buat bunyi. Itu salah lah, ini salah lah. Cuba buat masjid kecil, kau juga yang bising nanti.


Susah betul jadi manusia. Semua benda tak betul.

No comments: