Saturday, February 14, 2009

Big Mac atau burger tepi jalan?

Tak dapat dinafikan, aku memang suka makan McDonald's. Kalau bapak aku pemilik syarikat terkaya kat dunia ni (mestilah kaya), hari-hari aku rembat mencekik McD. Tapi, apakan daya, bapak aku cuma seorang kerani bergaji tak sampai RM2500 dan tahun depan akan pencen (tapi boleh sambung lagi,itu pun klu nak).

Walaupun camtu, aku dapatlah gak merasa McD tu at least once in a month. Dan, aku ada abang yang kerja sbg engineer R&D yang bergaji lebih drpd gaji bapak aku (walaupun tak sampai dua tahun kerja). Dia memang kaki belanja aku apa-apa yang aku nak. Tu yang best. Tapi, dia dah nak kahwin. Takkan dia nak belanja aku lagi? Baik dia belanja bini dia. BETUL TAK?

Cerita psl McD, aku suka McChicken dan Spicy Chicken McDeluxe. Big Mac pun aku suka. Ramai suka McD. Hanya orang gila & bodoh nak mampus je tak suka McD. Sekarang, McD pun buat promosi set makan dia makin murah. I can't deny that kind of promotion. Tapi peliklah, npe dia buat promosi camtu?

Ada satu ceramah psl isu Palestin dibuat di sekolah aku, sekolah yg bakal menerima pengetua baru (bagus sangat ke dia tu sampai dapat sekolah terbaik kat Klang ni?). Penceramah tu ada bg flyers menunjukkkan produk yg patut diboikot. Dlm tu, McD ada. Aku dah lama tau, sejak zaman aku belum sunat lagi bahawa McD milik Amerika + Israel. What do i care? Pastu, dlm ceramah tu, penceramah tu bgtau cite psl McD dan dia bandingkan dgn burger Ramly a.k.a burger tepi jalan. Dia ada tanya Big Mac harga bpe ringgit. Jadi,ada sorg makhluk tu a.k.a aku ckp kuat-kuat 'sebelas!'. Agaknya org yg dtg ceramah tu mesti tau.

Cukup dgn McD, kita cerita pulak psl burger tepi jalan ni. Burger jenis ni memang terkenal. Kat Andalas je dah bpe byk gerai jual burger cmni. Ada gak yg gunakan gerai burger ni untuk edar dadah (betul,aku tak tipu). Aku tak kisah. Aku nak makan burger, bukan makan ganja mampat + kokain. Harga sememangnya murah. Harga 1 set large Spicy Chicken McDeluxe dgn air milo kau beli bersamaan dgn harga 10 burger ayam biasa. Tak kegila nya tu?

Jadi, keputusan aku? Aku pun beli daging burger dan roti burger kat Giant ke, Carrefour ke, Tesco ke. Masak sendiri kat rumah (aku reti masak burger tau!). Letak mayonis dan sos pastu, ngap! Tak cukup, masak lagi.

Jadi, apakah pilihan anda? McD atau burger tepi jalan? (pantas menaip)

No comments: