Friday, February 27, 2009

Penyibuk kejar aku!

Larikan diri anda. Kerna anda sedang dikejar. Tapi, dikejar siapa?

Ah long? Pembunuh upahan? Peminat fanatik?

Bukan mereka di atas, tapi dikejar PENYIBUK!

Hari-hari aku kena kejar dengan penyibuk ni. Sampaikan aku dah nak naik menyampah tengok mereka menyibuk hal peribadi aku. Bukan nya apa, tapi aku ni manusia biasa gak. Bukannya aku ada double standard berbanding manusia lain. Maksudnya, aku NAKKAN satu perkara yang dipanggil privacy.

Kat sekolah, aku ada berkawan dengan seorang ni. Rapat tu tak lah. Nak cakap tak rapat tu tipu lah. SMS dengan dia aku anggap agak wajib lah. Tapi, dah ramai cakap yang aku ada apa-apa dengan dia. Maksud aku, aku bercouple dengan orang tu. Jadi, penyibuk-penyibuk tu pun memulakan langkah-langkah mereka untuk korek hal aku dengan dia. Aku dah cakap yang aku dengan dia kawan je, mereka tak percaya. Aku dah bagitau yang dia tak sukakan aku, mereka cakap 'perempuan tu tipu je'. Jadi, pesanan aku kat mereka ialah 'whatever' dan 'jangan menyibuk hal aku lah!'.

Tak cukup lagi, kat rumah aku. Lagi tension! Orang yang mengandungkan mak aku suka sangat menyelongkar beg sekolah aku yang berjenama adidas tu. Berapa kali aku tengok dia menyelongkar beg aku. Selamber je! Pernah gak aku kantoi kertas ujian aku dalam beg. Dahlah ada fail. HAHA! Aku tau gak yang dia pernah baca mesej abang yang sudah bertunang itu. Aku tau sangat yang abang aku mesti tulis jiwang-jiwang punya lah! Apatah lagi tunang abang aku hantar!

Aku tulis ni bukan nya apa, tapi aku dah tak tahan dengan mereka yang bergelar PENYIBUK ni. Melampau betul. Kalau korang anggap post ni agak offensive, aku nak minta maaf awal-awal.

SORRY.

No comments: