Dia budak paling berani di Malaysia. Yelah, dia lah satu² perempuan yang berani mengaku yang dia dah tak ada dara.
Bukan darah okay, dara. Please understand my words here.
Apa gila budak ni sampai berani buat pengakuan macam tu. Mungkin dia dah dibayar RM 20 juta untuk buat pengakuan macam tu. HAHA
Tapi aku tak nak pun bercerita pasal dia. Setakat kisah tak ada dara, bukan aku peduli pun. Masalahnya, reaksi orang lain sampai punya lah ramai yang condemn dia ber-tubi². Ayat² diorang semua tu memang tak nak kalah pun.
"Kau memang sundal lah."
"Bodoh apa kau nak cakap macam tu? Tak ada harga diri ke?"
Okay. Di sini lah terletaknya kebodohan yang ada dekat masyarakat sekarang, kebanyakannya Melayu. Kalau korang bagi aku peluang untuk buat satu benda dekat dia, aku akan bawa dia pergi sesi kaunseling je. Aku tak nak maki dia ke, sembelih dia ke. Itu bukan kerja aku.
Dan sekarang ni, dah jadi lumrah untuk kebanyakan dalam masyarakat Melayu untuk lebih sukakan berita berunsur seks dekat Harian Metro berbanding dengan berita menteri ambik rasuah sejumlah RM 50 bilion.
Not to mention, ada menteri tu mengamalkan rasuah lepas tu kena gantung parti. Tiba², boleh masuk pilihan raya, menang dan terus jadi pengerusi. Bodoh nya. Tapi siapa peduli pun kan.
Dah kebanyakan masyarakat Melayu lebih sukakan benda yang berunsur seks. Sebab tu, cerita budak 14 tahun hilang dara pun nak dijadikan hal paling utama di Malaysia, selain setia mengikuti kes video seks Anwar Ibrahim.
Entah², video seks Anwar Ibrahim pun diorang tengok. Lepas tu, nampak Anwar Ibrahim, tengok perut dia dulu. Nak sahihkan lah katanya. Last², sesama bangsa sendiri bergaduh.
Siapa yang senyum? MCA dengan DAP lah.
Cuba kita amati betul². Lebih baik kita hukum ahli² politik yang mengamalkan rasuah daripada hukum budak 14 tahun tu. Rugi lah kita rakyat kelas pertengahan, susah payah kerja, bayar cukai banyak², subsidi asyik kena kurang je, last² diorang jugak yang makin kaya. Kita pula yang makin melarat.
Yang korup tu, kita hukum. Kita tukar. Buat apa kita nak ambil kisah dekat budak 14 tahun tu? Nampak sangat ketidakmatangannya tu.
Together we can make a difference.
p/s : aku pun tak ada dara. yelah, dah aku ni lelaki.
p/s : aku pun tak ada dara. yelah, dah aku ni lelaki.
No comments:
Post a Comment