Friday, January 5, 2018

Penjara.

Tadi aku baru lepas layan satu video dekat channel Vice. Video tu berkisar tentang sekumpulan banduan nun jauh di Colorado, Amerika Syarikat yang dapat peluang jalani kursus persediaan lepas keluar dari penjara (itu pun kalau betul dapat bebas lah). Ada satu benda yang best dalam kursus tu; diorang belajar skil kehidupan harian menggunakan video VR (ala, yang kita pasang dengan phone tu). Antara skil yang dipelajari adalah cara nak guna dobi, cara nak bayar barang guna mesin (sebab dekat Amerika sana pasaraya depa dah guna mesin ja untuk bayar). Cool kot, nak dibandingkan dengan kita layan video VR pun video dalam kereta Gran Tourismo. Apa benda entah.

Jadi bila dah habis video, aku pun bacalah komen. Aha, hangpa jangan ingat orang Malaysia ja hat komen suka negatif. Orang Amerika pun sama. Ada satu komen kata "Orang yang depa bunuh tu tak dapat main dalam video sekali ka?" Apa punya jadah komen cenggini.

Tak kurang juga ada satu komen kata "Peluang kedua? Apa kata bagi peluang kedua dekat orang yang depa bunuh."

Okay, ni dah masuk bab lain. Dalam dunia ni, manusia akan ada dua respons berkaitan jenayah melibatkan orang yang tersayang; maafkan atau tak maafkan. Kau bayangkan bila ada orang bunuh ahli keluarga kau, apa yang kau rasa? Susah nak bayang.

"Tapi tu lah, sedangkan Nabi pun ampunkan umat." Itu Nabi weh.

Kalau hangpa ingat, ada satu video tular/viral di facebook. Video tu pasal seorang ayah yang maafkan pembunuh anak dia. Ayah tu kata setiap manusia buat kesilapan dan berhak dapat peluang kedua. Jadi apa yang aku cuba tunjuk di sini? Hanya orang yang power mampu maafkan, tetapi itu tak bermakna orang yang tak maafkan adalah orang yang tak power. Kita kena terima sebab dia, kita hormat keputusan dia. Bukankah hidup ini satu ilusi bagi mereka yang lalai?

Oh, berbalik ke video dekat channel Vice tadi, banduan yang last ada kata "Aku jangka aku akan tinggal di sini (penjara) sampai mati. Dekat sini, aku tak perlu nak ambil kisah pasal orang lain dan aku buat kerja aku sendiri je, sebab itu benda yang perlu dibuat. Lepas ni aku kena belajar cara hidup bukan berdasarkan di penjara dan aku rasa benda ni susah."

Bak kata Ellis Redding dalam Shawshank Redemption "These walls are funny. First you hate 'em, then you get used to 'em. Enough time passes, you get so you depend on them. That's institutionalized."

No comments: