Mak kawan aku, Izzat meninggal dunia kerana kanser tulang belakang Isnin lepas. Time dia balik dari cuti emergency dia, aku nampak mata dia seolah-olah macam berkaca. Tak sanggup aku tengok dia macam tu.
Dan di sebalik tutor Maths aku yang suruh differentiate ln (tan 3x), dia sempat jugak cakap, "Izzat tak sempat nak bagi mak dia gembira. Izzat tak sempat nak belikan mak dia kereta."
"Dan antara kamu semua, boleh tak kamu buat mak kamu gembira? Boleh, senang je. Kamu cuma perlu berubah. Berubah menjadi lebih baik."
Kalau aku diberi pilihan, mungkin susah untuk aku buat macam tu.
Dalam hidup aku, ada satu impian je yang aku nak buat untuk mak aku ; belikan dia dress Chanel dengan duit aku sendiri.
Dan aku nak tengok dia tersenyum bila pakai dress tu.
3 comments:
a good intention :)
berniat pun dah dapat pahala.
buatlah mak ko senyum ye.
haha..niat murni..bagus lah..ada usaha.
iera. haha. ok3
Post a Comment