Saturday, January 1, 2011

Maal Hijrah Versi Orang Putih.

Happy New Year semua. Walaupun aku tak sambut, ucap kat korang pun sudah lah.

So, as this is my first post in 2011,

Aku nak cerita lah pasal azam tahun baru ni. Dah nama tahun baru, mesti ramai yang tanam azam baru punya. Azam yang gila² lak tu. Padahal azam tahun lepas pun tak dapat buat lagi. HAHA

Antara azam² yang orang selalu cerita kat aku ;

1. Nak study lagi rajin. Maklumlah, nak SPM atau PMR kejadahnya kan.
2. Nak carik awek lagi cun daripada yang ada sekarang. Dasar lelaki sungguh.
3. Nak kahwin.

Tapi, selalunya, azam tu takkan menjadi. Kenapa?

Untuk azam #1, dia akan dapati bahawa facebook-ing dan skype-ing dengan kawan comolotnya jauh lagi best daripada study. Serius.

Untuk azam #2, dia akan kena di-dump oleh aweknya dan awek yang dia usha tu tak nak couple pun dengan dia. Padan muka hang!

Untuk azam #3, dia akan tengok account book dia di mana duit simpanan dia hanya 3 digit. Akaun simpanan aku pun 4 digit lah! Tapi time 2010 lah :)

p/s : don't say no. just say yeah.

No comments: