Wednesday, March 17, 2010

Human Rights.

Ok³. Sudah bosan lah tulis post dalam English je. Ayat pun makin tunggang-langgang. Jadi, kali ini, dalam BM pula.

Semua mesti dah tahu pasal gay dan lesbian. Dan untuk buat cerita lebih best, kita ada pondan dan juga pengkid dalam post ni. Tapi korang jangan risau. Post ini bukan untuk mengutuk dan mencaci mereka. Aku cuma akan kaitkan mereka dengan kehidupan kita.

Sudah semestinya yang ramai yang condemn golongan yang aku sebutkan kat atas tadi. Mereka termasuk kawan-kawan aku dan juga keluarga aku atas alasan menyalahi hukum norma manusia normal. Ok. Aku tak boleh nak lawan dorang semua tu. Lagipun dah memang tercatat bahawa berdosa besar jika menjadi sebahagian daripada golongan tersebut.

Dulu, aku pernah lah tulis kat status Facebook aku “Apakah hukum orang bukan gay/lesbian menyokong gay/lesbian atas dasar hak asasi manusia?” Dan ia menimbulkan sedikit kacau bilau. Yelah. Ada yang sokong. Ada yang tidak. Tapi bagi aku, mungkin aku agak neutral. Kenapa? Aku melihat benda tersebut dari pelbagai sudut dan pandangan.

Daripada satu sudut apa yang aku nampak, kenapa mereka termasuk ke dalam golongan tersebut adalah disebabkan beberapa faktor yang membawa kepada perkara tersebut. Antaranya, untuk suka². Ada juga yang memang sengaja menyimpan perasaan yang agak songsang terhadap pasangan hidupnya. Yelah, tengoklah kepada Elton John dan David Furnish. Dari sudut ini, memang ramai yang mengutuk dan mencaci.

Apabila perkahwinan antara sesama jantina terjadi, ianya menimbulkan pelbagai reaksi sama ada positif atau negatif. Dan aktivis hak asasi manusia mula menegakkan hak golongan tersebut. Pada waktu ini, aku sudah anggap itu semua sebagai normal saja apabila golongan ini dan golongan itu berperang mulut atas satu sebab ; hak asasi manusia sebagai gay/lesbian.

Daripada sudut lain yang aku lihat, golongan ini bukanlah mengharap untuk menjadi seperti demikian. Mereka mahukan hidup yang normal. Tapi, takdir Tuhan, mereka mendapat perasaan demikian. Tidak percaya? Cuba kita lihat pada drama Sutun 1 dan Sutun 2. Ya, mereka tidak meminta untuk menjadi seperti demikian. Tapi masih terdapat sebilangan golongan manusia yang mencaci dan menghina mereka. Mungkin ini adalah ujian yang diturunkan daripada Tuhan kepada mereka untuk menguji kekuatan mereka dalam menghadapi kehidupan di dunia ini.

Aku tahu, memang banyak individu yang seperti demikian, tidak meminta untuk ber-orientasi songsang. Aku seolah-olah merasa bahawa mereka lah golongan yang sangat tidak bertuah di dunia ini. Mungkin ada juga yang ingin mengubah perasaan tersebut secara paksaan dan psikologi tapi tidak berjaya kerana ketiadaan sokongan daripada orang lain. Bagi aku, sekurang-kurangnya, mereka patut diberikan peluang. Mereka juga manusia. Mereka juga punya badan, hati, dan akal fikiran yang sempurna. Jadi, apakah alasan untuk tidak menolong mereka? Takut berjangkit pemikiran daripada mereka? Atau mungkin takut diliwat mereka? Sudah lah! Itu semua alasan sampah saja!

Ok lah. Aku cuma mampu memberi pandangan aku yang tidak lah seberapa ini namun aku cuma mengharap bahawa mereka perlu diberi peluang. Just give them a chance! Aku tahu ada risiko dalam menulis post seperti ini, tapi perlukah aku mendiamkan diri sahaja? Akta Komunikasi pun takpelah!

p/s : suara aku ini cuma sekecil semut api. Tapi, sekecil-kecil semut api, ianya mampu memberi bisa kepada gajah-gajah yang kekenyangan memakan rasuah!

1 comment:

Anonymous said...

kalau dah tegur pun masih degil, nak buat macam mana...
diri sendiri dah tahu hukum mengadakan hubungan songsang, lagi mahu buat...
kewujudan human rights akan mengatasi hukum agama...
dan suatu hari nanti, merogol dan zina akan menjadi kebiasaan hanya kerana hak manusia untuk memuaskan nafsu...