Monday, February 14, 2011

Sedarlah Woi!

Ada satu malam minggu lepas, adalah seekor kucing ni yang tengah sarat bunting tiba² buat bunyi 'meow' nya yang sangat pelik. Sah, ini mesti nak beranak kucing tu. Time aku tengok kucing tu, dia tengah mundar-mandir. Yelah, kucing ni tengah carik tempat nak beranak. Aku dengan kawan² aku dah bagi kotak branded lagi, dia reject. Nak jugak beranak kat dalam almari. Yelah, banyak kain kan. Jadi senang sikit dia nak beranak.

Dan disebabkan kucing ni macam gila (asyik mundar-mandir je), time dia nak keluarkan anak dia pun jadi susah. Kawan aku siap nampak anak kucing tu macam tersangkut kat rahim dia. Tapi last², dapat jugak lah keluar anak kucing tu. Damn. Comel sial anak kucing tu.

Esok paginya, pergi tengok kat kucing tu dan aku nampak empat anak kucing. Style lah lu mak kucing. Dan yang penting, bila aku pegang anak² dia, dia macam nak cakar aku je. Pergh. Penyayang gila.

*4 anak kucing. eh. ada jugak ugly kitten ek*
*mak kucing dengan anak² dia*

Lepas aku tengok binatang macam tu jadi penyayang gila kat anak² dia, aku terfikir "Kenapa manusia tak macam tu?"

Yup. Aku nak cakap yang binatang lagi penyayang daripada manusia. Binatang lagi sayangkan anak dia daripada manusia.  Okay. Aku nak tanya. Kenapa ada kes buang bayi? Kenapa bayi tu nak kena dibuang gak? Standard tempat yang kita tau bayi² kena buang; tong sampah, surau, jamban. Macam tak ada tempat lain pulak. 

Ini lah standard manusia atau lebih tepat, kebanyakan golongan remaja sekarang. Hidup berlandaskan nafsu. Jangan harap lah ada secebis rasa takut kat Allah S.W.T. Kat mak ayah apatah lagi. Yang lagi sial, mak ayah diherdik macam tu je. Macam dia saja yang paling pandai, paling hebat, paling kuat kat dunia ni.

Aku memang menyampah, benci dan jijik dengan kebanyakan golongan tu sekarang. Cuma dengan Facebook, kau boleh jamah badan perempuan tu dengan free. Cuma topup kan dia RM10, dan dia akan tidur dengan kau malam ni. Hoi! Harga diri korang memang murah macam tu ke?

Hari ni Valentine's Day. Dan aku tahu ramai daripada golongan ni yang sambut. Okay. Cara diorang sambut, senang je. Pergi parti sambil bawak kekasih korang, mabuk², lepas tu,

Lelaki : Baby, I nak you malam ni boleh?
Perempuan : Boleh bie. Diri I memang untuk you sorang je.

Dan esok pagi nya, sama ada perempuan tu menangis ter-esak² atau dia akan kata "Lepas ni kita buat lagi ye bie."

Belum tengok lagi yang couple² remaja yang standard sengkek yang mampu sewa hotel bajet. Hey come on lah! Korang tak pernah fikir ke risiko nya? Time tengah nak klimaks, tiba² JAIS ketuk pintu. Kan naya nama nya tu.

Kenapa aku cerita pasal semua ni? Semua nya pasal sebab yang senang, nanti akan ada yang mengandung luar nikah. Lepas tu, sang boyfriend pun akan lari meninggalkan. Eh. Dulu dah puas kau tidur dengan dia, lepas tu nak blah?

Bila dah mengandung, hidup jadi tension, fikiran makin sempit. Dalam hati cakap "bunuh diri jelah", "gugurkan jelah". Last²,  bela jugak sampai beranak. Yang bestnya, tempat beranak adalah macam kat jamban, rumah kawan, kat semak, kat kelas pun ada. Lepas tu, bayi tu dibuang merata je. Ewah³. Korang tak sayang ke kat anak korang tu?

Itu lah yang jadi bila nafsu terlampau bergelora dalam badan. Syaitan memang suka lah. Keturunan Nabi Adam A.S dapat dikawalnya. Fikirlah. Kesian lah kat couple² yang kahwin dah lama tapi tak ada anak pun. Kenapa korang tak letak je kat rumah kebajikan yang ada? At least, hidup bayi tu terjamin. Buang bayi tu termasuk dalam Akta Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Hukuman? Masuk penjara lah!

Jadi, satu benda je aku nak cakap. Tolonglah jadi penyayang walaupun tu anak luar nikah korang. Eh malu lah kucing pun boleh jaga 4 ekor anak dia. No hal lah! Ini korang baru beranak sorang dah nak buang.

Masa macam ni lah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat patut buat banyak² baby hatch kat negara ni. Benda tu bagus sangat sebenarnya. Dan sekarang lah masanya untuk kita anggap anak luar nikah tu sama dengan anak yang lain. So, Datuk Seri Shahrizat, tolong lah buat banyak² baby hatch kat Malaysia ye. Jangan lah nak cipta bas² untuk perempuan je.

Dah lah kalah Pilihan Raya dengan anak 'peliwat'. Ngeh.

p/s : jangan nak marah aku pasal cakap macam ni. ini lah kenyataan dunia sebenarnya.

4 comments:

Tinta Insyirah said...

Betul tu!
Dunia sekarang....
Aduhai...
Tak tahulah nak jadi ape..

zad said...

entah lah. memang dah lazim kot benda2 macam ni.

zad said...

entah lah. memang dah lazim kot benda2 macam ni.

cahayaATIQAH said...

love this post. cakap penuh perasaan seyh.. haha
p, betul semua tuh..
suke statement neyh..
"kucing ade anak 4 leyh jage semua... xkan lah ank sorg xleyh jage?"
huhu
dorang semua x pk panjang.........