Friday, July 8, 2011

Filem Amerika.

Satu nasihat untuk korang semua. Jangan lah tengok dua filem bawah ini.





Cerita okay tapi cakap², lepas tu lawan² dengan raksasa besar gila, menang lalu cerita pun habis. Aku pun macam "Eh. Dah habis ke? Sekejap gila." Serius tak puas. Aku cuma kagum dengan muscular body yang Hal Jordan tu ada. Kan bagus badan aku macam badan dia. Hihi




Ini lagi lah. Tak guna pelakon perempuan hot gila, tapi berlakon keras. Bercium pun macam tak ikhlas. CGI memang best sampai aku naik pelik tengok ada kapal angkasa yang pelik bentuknya dekat Chicago. Jalan cerita jangan cakap lah, meleret saja. Ken Jeong je yang bagi aku gelak dalam cerita ni. 



Dan lebih baik korang tengok cerita ni.





 

Serius kalau tak tengok, rugi. Bagi aku, berbaloi lah memandangkan harga tiket dekat TGV pun dah naik kan.

Wednesday, June 22, 2011

Hai Pembaca.

Saya Hazzad. Umur 19. Suka main futsal. Kenapa futsal? Pasal saya bukan anak orang kaya. Anak orang kaya hanya main go-kart. Tak go-kart, golf. Yelah, itu semua kan sukan orang kaya. Kalau saya anak orang kaya, dah lama saya main go-kart sampai dapat masuk racing team, macam Jazeman Jaafar tu.

Lagipun, kawan saya cakap yang saya ni hebat main futsal. Bukan nak bangga lah kan, tapi nak riak saja. HAHA

Saya ni bukan lah seorang yang pandai pun. Masa saya SPM dulu, saya dapat 4A je. Sedih? Biasa jelah tapi saya teruskan juga hidup saya ni.

Tapi saya bersyukur. Bersyukur sangat² sebab dapat 4A. Kenapa? Sebab saya tak dapat 9A. Saya tahu, kalau saya dapat 9A, saya akan jadi seorang yang tamak. Saya akan jadi tamak akan segalanya. Saya akan minta biasiswa JPA, minta ambil ijazah di luar negara, minta lagi biasiswa dekat syarikat lain.

Ya, inilah trend pelajar² zaman sekarang. Ramai yang dapat straight A's. Tak nak kalah, straight A+ pun ada. Bila mereka² sekalian dapat keputusan macam tu, biasiswa semuanya diminta. Nak belajar di luar negara saja. Asasi, Matrikulasi, Diploma ditolak begitu saja. "Low class lah belajar dalam negara," katanya lah.

Macam sepupu saya. Baru dapat keputusan SPM. Straight A's katanya dan dia nak lanjutkan ke New York University. Tak semudah itu bro. Sekarang sistem lain. Kena belajar di INTEC dulu baru boleh ke luar negara. Yang dapat ke luar negara terus cuma yang bernasib baik saja. Tapi saya pelik, kenapa dia tak masuk Asasi atau Matrikulasi?

Sekarang Najib Razak dah cakap, siapa yang dapat sekurang-kurangnya 8A+ , tanpa mengira bangsa, akan dapat biasiswa. Jadi, setiap pelajar yang dapat 8A+ dan keatas mulalah meminta biasiswa. Tapi, dah lumrah dunia, ramai yang tak dapat, terutamanya yang bukan bumiputera. Ke majoriti ek?

Jadi, bila dah tak dapat biasiswa semua, mulalah mengadu dalam The Star lah, News Straits Times lah, Nanyang Siang Pau lah. Dan muka mereka pun masuk lah dalam Buletin Utama, News @ntv7, dan berita lain yang sumbernya sahih.

Setelah itu, keluarlah muka² ahli politik yang mempersoalkan kerajaan kenapa tidak diberi saja biasiswa kepada mereka semua. Sampai ke Parlimen perkara ini dipersoalkan. Di sini, saya dapat bau sesuatu yang agak perkauman ataupun racist.

Saya bukanlah seorang racist, tapi saya agak terkilan bila ada suara mengatakan yang kerajaan ini racist. Dan seperti biasa, ini pun dijadikan polemik politik. Saya pun tak boleh nak salahkan pihak² tu pasal mereka pun nak cari modal politik untuk jatuhkan kerajaan sekarang. Bukankah mereka tu "kerajaan berkebajikan"?

Tapi ini semua sudah ada dalam Perlembagaan Malaysia.


Article 153 in detail
Special position of bumiputras: In relation to the special position of bumiputras, Article 153 requires the King, acting on Cabinet advice, to exercise his functions under the Constitution and federal law:
(a) generally, in such manner as may be necessary to safeguard the special position of the Bumiputras and
(b) specifically, to reserve quotas for Bumiputras in the following areas:
  1. positions in the federal civil service.
  2. scholarships, exhibitions, and educational, training or special facilities.
  3. permits or licenses for any trade or business which is regulated by federal law (and the law itself may provide for such quotas).
  4. places in institutions of post secondary school learning such as universities, colleges and polytechnics.

Okay. Kalau betul lah korang nak salahkan siapa yang wujudkan Perlembagaan Malaysia ini, salahkan Lord William Reid dengan Lord Cameron Fromanteel Cobbold. Merekalah yang wujudkan Perlembagaan Malaysia. Tapi pelajar² yang straight A's masa SPM mesti kenal mereka. Bukankah mereka semua dapat A untuk Sejarah?

Monday, June 20, 2011

Teori Mengarut.

Selama ni kita tau 1 + 1 = 2

Apa kata,
1 + 1 = 3

Okay. Nampak mengarut di situ.

Tapi, 1 boleh dianggap hasil pembundaran daripada 1.3 atau 1.4 . 1.1 dengan 1.2 mana ? Aku tak nak nombor tu. Buruk.

Jadi, kita buat arrangement baru.

1.3 + 1.3 

Jawapannya, 2.6

Bundarkan 2.6 dan ia jadi 3.

Senang kan ? Haha ini gila.

Saturday, June 11, 2011

Luruskan Haluanmu.

Kalau hidup ni haluannya lurus, mesti semua orang akan senang dalam hidup. Kalaulah hidup ni senang, sah² semua orang akan berjaya.

Berjaya tu besar skopnya. Bukan hanya setakat dapat PhD dalam kejuruteraan baru dianggap berjaya, jadi tauke gerai burger pun boleh dianggap berjaya, kalau gerainya itu besar dan sentiasa laku.

Tapi masalahnya, takkan lurus haluan hidup. Takkan semua orang berjaya. Takkan semua orang akan jadi pandai.

Kalaulah semua orang berpendidikan tinggi, habis tu siapa yang mahu kerja menyapu sampah, kerja mencuci tandas? Yelah, mana ada orang berpendidikan tinggi yang mahukan kerja sebegitu.

Mungkin kalau semua orang berpendidikan tinggi, pasti kerja menyapu sampah saja memerlukan sekurang-kurangnya ijazah. Who knows?

Gelaklah kamu semua. Mungkin nanti sampai masanya benda sebegitu akan terjadi. Walaupun aku agak tidak realistik di sini. Ya, sama saja ketidakrealistik aku ini dengan apa yang kawan aku angankan.

Dia ingin mencipta sebuah kereta yang menggunakan sampah sebagai bahan api. Masukkan sampah itu dalam kereta dan ia berfungsi seperti biasa. Melampau sungguh.

Wednesday, June 8, 2011

Adinda Evans?

Dia budak paling berani di Malaysia. Yelah, dia lah satu² perempuan yang berani mengaku yang dia dah tak ada dara.

Bukan darah okay, dara. Please understand my words here.

Apa gila budak ni sampai berani buat pengakuan macam tu. Mungkin dia dah dibayar RM 20 juta untuk buat pengakuan macam tu. HAHA

Tapi aku tak nak pun bercerita pasal dia. Setakat kisah tak ada dara, bukan aku peduli pun. Masalahnya, reaksi orang lain sampai punya lah ramai yang condemn dia ber-tubi². Ayat² diorang semua tu memang tak nak kalah pun.

"Kau memang sundal lah."

"Bodoh apa kau nak cakap macam tu? Tak ada harga diri ke?"

Okay. Di sini lah terletaknya kebodohan yang ada dekat masyarakat sekarang, kebanyakannya Melayu. Kalau korang bagi aku peluang untuk buat satu benda dekat dia, aku akan bawa dia pergi sesi kaunseling je. Aku tak nak maki dia ke, sembelih dia ke. Itu bukan kerja aku.

Dan sekarang ni, dah jadi lumrah untuk kebanyakan dalam masyarakat Melayu untuk lebih sukakan berita berunsur seks dekat Harian Metro berbanding dengan berita menteri ambik rasuah sejumlah RM 50 bilion.

Not to mention, ada menteri tu mengamalkan rasuah lepas tu kena gantung parti. Tiba², boleh masuk pilihan raya, menang dan terus jadi pengerusi. Bodoh nya. Tapi siapa peduli pun kan.

Dah kebanyakan masyarakat Melayu lebih sukakan benda yang berunsur seks. Sebab tu, cerita budak 14 tahun hilang dara pun nak dijadikan hal paling utama di Malaysia, selain setia mengikuti kes video seks Anwar Ibrahim.

Entah², video seks Anwar Ibrahim pun diorang tengok. Lepas tu, nampak Anwar Ibrahim, tengok perut dia dulu. Nak sahihkan lah katanya. Last², sesama bangsa sendiri bergaduh.

Siapa yang senyum? MCA dengan DAP lah.

Cuba kita amati betul². Lebih baik kita hukum ahli² politik yang mengamalkan rasuah daripada hukum budak 14 tahun tu.  Rugi lah kita rakyat kelas pertengahan, susah payah kerja, bayar cukai banyak², subsidi asyik kena kurang je, last² diorang jugak yang makin kaya. Kita pula yang makin melarat.

Yang korup tu, kita hukum. Kita tukar. Buat apa kita nak ambil kisah dekat budak 14 tahun tu? Nampak sangat ketidakmatangannya tu.

Together we can make a difference.

p/s : aku pun tak ada dara. yelah, dah aku ni lelaki.

Friday, June 3, 2011

Seni Yang Buruk.

Cuma dengan sedikit edit, kita boleh jadikan gambar itu sama ada lagi cantik atau lagi buruk.




Okay. Gambar di atas ni buruk. Jadi, aku edit sikit gambar ni, hasilnya...

























...makin buruk.

Sekarang, aku dah hilang ayat untuk blogging, dah hilang bakat fotografi. Senang cerita, apa yang berkait dengan seni, aku dah tak ada apa². Harap maklum.

p/s : dah ada like button untuk facebookers. klik lah ye. hoho

Tuesday, May 17, 2011

Lepas Tengok Sarjan Hassan,

Aku tengok, dulu Jepun jajah Malaya guna senjata. Guna kekerasan. Orang lawan, kepala penggal. Senang sungguh.

Tapi sekarang, cara Jepun jajah Malaysia dah lain. Lagi maju kot.

JUSCO
HONDA
SONY
UNIQLO

Just to mention some. Dan cara yang paling menjadi,

Maria Ozawa.

























Korang kenal dia ke? Aku tak.

p/s : antara mangsa penjajahan versi baru ni ; aku lah. HAHA

Wednesday, May 11, 2011

A Bad Man Is Still A Man.

He died in Abbottabad, Pakistan.


Osama bin Laden (1957-2011). He was the leader of Al-Qaeda. He once was wanted so badly by FBI, CIA, US troops (shouldn't just i say the US?). He died during a shooting, leaving his 5 wives and 20 children behind. Yes, 20 children.

I know that many people around would be pleased with his death as they set their fucking minds that Osama bin Laden is a terrorist. I do not blame them as the US has done a very fucking fine job to set people's minds all over the world. Nice job US!

We know that most people regard him as a bad man. And we know that the US troops shot him. It is a bad man's life but it is still a life right?

But sincerely speaking, there is a region in my heart saying "I do not respect him." Well, he was the reason of the existence of Islamophobia. He was the reason many Westerners, especially Americans who hate Islam damn much. He was the reason those who wears kind-of-Islamic clothes cannot ride an airplane. I love my religion and for sure, I will get mad because of these kind of scenarios. Unfortunately, my voice is very small that the world cannot hear well. So, I just need to shut my mouth. Life just goes on baby.

There is one thing for sure. He is dead but there will be another coming out of the blue. So, to Mr. Obama, do not celebrate his death! Who knows you might be next!

Tuesday, May 10, 2011

Let Me Share You A Picture.


Kat mana aku jumpa tanda ni? Mana lagi kalau bukan Kuala Pilah. HAHA

Kreatif sungguh orang zaman sekarang.

Friday, May 6, 2011

Dear Anonymous.


Okay lah. Kalau kawan aku atau orang lain yang komen macam ni dalam blog aku (maksud aku, dia guna akaun dia), aku akan anggap dia se-olah² macam menganjing aku je. Aku tak kisah lah sangat. Aku boleh anggap tu gurauan.

Tapi masalahnya sekarang, anonymous yang hantar.

Untuk aku, kalau anonymous yang hantar komen tapi bunyi komen macam pelik je, aku anggap yang dia menghina aku. Senang je. Untuk pengetahuan korang, aku tak suka pun anonymous. Berani komen tapi tak tunjuk muka. Nah. Such a dickless man then.

Untuk kau, encik atau cik anon, sini lah aku nak beritahu. Agama aku Islam dan aku solat okay. Kau solat ke tak bukan untuk aku nak tahu pun. Buat apa aku nak ambil tahu pasal kau? Bukan nya aku yang jaga amalan kau. Faham ?

Yang penting, aku memang tak respek pun golongan anon ni. Berani tembak orang tapi tak tunjuk muka. Mungkin aku boleh anggap mereka ni semua musuh aku. Hoho

Bak kata Vito Corleone ; "Keep your friends close but keep your enemies closer."

Saturday, April 30, 2011

Dah 2 Tahun.

*Matrik dah habis punya pasal sampai aku lupa tarikh hari ni*

Okay. Patutnya, 24 April lepas aku tulis post ni tapi lupa tarikh punya pasal kan, baru lah aku nak buat. Jadi, dah 2 tahun arwah nenek aku pergi meninggalkan dunia ni.

 *baru nak ada gambar. itu pun saudara aku yang bagi*

Orang kata, "Yang pergi tu, tetap akan pergi. Kita ni teruskan jelah  kehidupan." Memang aku buat macam tu pun. Tapi tak bermakna aku lupakan arwah. Senang², masa dah habis solat, aku doakan untuk arwah jugak. Hidup ni bukan susah untuk kita ingat akan orang lain.

Last aku pergi kubur arwah ; Januari. Itu pun masa tu aku tengah cuti. Ah. Jangan sampai kau mati, orang lain tak datang kubur kau pulak, Hazzad.

Saturday, April 23, 2011

Missing Someone Eh ?

Yeay ! Aku dah habis matrik. Mulai sekarang, tidur aku dah tak akan dibelenggu dek assignment, kuiz dan pensyarah² yang nampak sentiasa push aku ke depan je. Haiya.

So, banyak lah yang kat matrik ni yang aku rindu. Memang tipu lah kalau aku cakap yang aku tak rindu budak² kuliah aku, lagi² yang perempuan. Yang paling penting, awek kuliah yang aku nak usha tu, memang dah takkan dapat lah tengok muka dia lagi. Sudah lah Hazzad. Macam dia seorang je bitch dalam dunia ni. HAHA

Tapi, ada dua lelaki ni yang aku akan rindu. Itu pun pasal kebengongan mereka ni. Nampak bengong mereka ni.

1. Fitri Bakri (nama Facebook dia)


Orang Muar, Johor. Asal cakap je, slang Johor dia mesti  pekat. Antara yang jelas bila dia cakap, bakor (bakar) dengan kelakor (kelakar). Tapi kadang² aku dengar jugak dia cakap kelaker (kelakar). Itu aku tak faham kenapa.

Yang membuatkan aku ingat dekat dia ialah satu ayat ni yang dia cakap,

"Kenapa keeper tu tak pakai globe (glove) ?"


2. M Readhuan Manshor (nama Facebook dia)


Usah dicakaplah pasal dia ni. Abang hot KMNS ni. Berapa ramai perempuan kat KMNS yang usha dia ni je. Tapi dia reject macam tu je. Tengok rupa dia macam ni, tapi penakut. Time malam, kalau dia nak tidur lepas tu kat bilik dia tak ada orang, dia lari tidur dekat bilik orang lain. Ngeh.

Dia ni lah satu²-nya orang yang aku jumpa yang cakap,

"What do you talk ?"

"Aku rasa dia kena buat CPS (CPR) lah ."

Jadi, tanggungjawab aku sebagai kawan ialah menolong dia dalam English. Okay, walaupun sikit yang aku tolong, tapi ada lah jugak yang dia belajar. Kan ?

p/s : malas nak tulis dalam English. do not ask me why.

Saturday, April 2, 2011

Aku Hensem. Serius Ni.

Meminjam kata² pujangga Afiq Syahir , budak satu kuliah aku ;


"Kita sebagai lelaki mesti yakin yang kita ni hensem."


Okay. Mesti korang akan gelak dengan ayat ini. Tapi ada betul juga dengan apa yang dia cakap tu. Rasa kita hensem tu menunjukkan yang kita ni ada confidence. Bukankah itu dilihat sebagai sesuatu yang positif? Kalau korang nak cakap yang lelaki tu perasan saja, okay aku tak marah. Tapi kalau girlfriend dia yang cakap yang lelaki tu memang hensem?


Juga memetik ayat dia ; "Kalau nak awek tu, yang penting ayat tu. Cuba tengok awek yang cun gila tapi boyfriend dia muka macam haram. Nampak sangat ayat lelaki tu power gila."


Okay, cukup disini je ngarut-ngarutan aku. Apa² pun, hati tu kena baik. Hidup mesti jadi aman :)

Saturday, March 19, 2011

Kalau Dah Melayu Tu, Islam Ler.

Dulu, aku ingat lagi. Masa Lady Gaga tengah popular. Semua orang dengar lagu dia. Mula², lagu Just Dance. Walaupun aku menyampah gila dengar lagu tu, tapi disebabkan hari² aku dengar (daripada radio dengan caller ringtone kakak aku), aku pun TER-terima lah lagu tu dalam sanubari aku.

Lepas tu, masa dia tengah dekat puncak populariti (aku cakap macam tu pasal masa tu semua award dia menang), tiba² keluarlah konspirasi bahawa Lady Gaga tu seorang Freemason. Aku tau Freemason tu apa. Tapi, aku tak kisah pun. Aku layan jugak lagu² dia tu.

Sedang semua orang dah tak layan lagu Lady Gaga (yelah, orang Melayu Islam kat Malaysia tak suka apa² yang ada pengaruh dengan dakyah Yahudi), muncullah Maher Zain. Korang nak tahu apa first impression aku pasal dia?

Fuck him.

Orang yang tak ada rupa macam ustaz langsung, tiba² bawa lagu dakwah. Bawa lagu² puji Allah S.W.T. Sebab tu lah first impression aku macam tu. Dan seperti biasa, orang Melayu Islam kat Malaysia ni mula lah layan Maher Zain. Alasan diorang senang je ; kita hendaklah sentiasa memuji Allah S.W.T tak kira di dalam lagu sekalipun.

Oh. Okay. Padahal nasyid langsung korang tak layan.

Cuba tanya secara rawak " Tahu lagu In-Team tak?" Agak², siapa je yang akan jawab Ya?

Dan bulan lepas, Maher Zain ni ada buat konsert kat Shah Alam. Konsert tu pukul 7.45 malam start. Orang yang tengok bola kat stadium pun tak solat maghrib, ini kan pulak yg tengok konsert pukul 7.45 malam.

Wah³. Nak sangat dengar lagu² puji Allah S.W.T sampai tak sembah Allah S.W.T lak ek. Pahala sama ek?

Itu lah. Ada sorang ustaz ni cakap masa satu ceramah. Dia cakap "Orang Islam kat Malaysia terbahagi kepada dua. Kaya dengan miskin. Yang kaya ni, ibadah diorang ni umrah jee. Yang miskin pulak, ibadah diorang ni puasa."

Persamaan mereka? Faham² lah sendiri :D

Wednesday, March 16, 2011

Alahai Tengah Malam.

Ini effect minum nescafe sekali tiga pek dalam satu cawan. Ye. Aku tak boleh nak tidur sekarang. 

Tengok jam sekarang, pukul 2.36 pagi. Disebalik tension yang agak sial membuat soalan Maths versi Statistik yang rata² aku tak faham tujuan penciptaannya, baik aku tulis post baru.

Sekarang baru aku faham kenapa orang yang ada ijazah Sains Aktuari dengan ijazah Matematik (Statistik) senang dapat kerja. Bagi aku, Matematik versi Statistik tu susah gila. Kalkulus lagi senang. Nak bayang² tu bukan kepakaran aku. 

* Given P(A) = 0.4 and P(B) = 0.6 .  Find P(A|B) *

* How many 4 digit number can be formed from the digit 1,2,3,4,5,6 if there is no repetition and the number formed is an odd number? *

Ini baru soalan senang. Soalan yang susah lagi pelik². Ergh. Berdosa aku kalau buat soalan² Statistik ni. Yelah, tak dapat jawab, keluarlah segumpal kata² kesat. Okay. Ini standard bagi pelajar lelaki kalau dapat jawapan yang salah.

Dan dekat lantai bilik aku, dah penuh lah dengan equation Kimia kejadah berbagai. Terima kasih kepada roomate aku yang membuatnya.

* grafiti ilmu *

Sudah lah. Baik aku sambung study.

Saturday, March 5, 2011

Bodoh.

Matematik : A
Fizik : B-
Kimia : C-
English : A

Now it is proven. Aku bodoh. Fizik yang macam tu pun dapat B-? Apa hell? Dah hilang ke apa ilmu Fizik dari otak aku?

Effect belajar macam nak tak nak belajar tu dah datang. Padan muka aku.

Dan lagi satu. English A? Bukan guna pun. Tak masuk pointer pun. Dan aku ni hari² cakap Bahasa Melayu. Mana ada cakap English pun. Tak payah nak bajet good² dalam English lah Hazzad. Bukan nya kau belajar kat UK.

Monday, February 14, 2011

Sedarlah Woi!

Ada satu malam minggu lepas, adalah seekor kucing ni yang tengah sarat bunting tiba² buat bunyi 'meow' nya yang sangat pelik. Sah, ini mesti nak beranak kucing tu. Time aku tengok kucing tu, dia tengah mundar-mandir. Yelah, kucing ni tengah carik tempat nak beranak. Aku dengan kawan² aku dah bagi kotak branded lagi, dia reject. Nak jugak beranak kat dalam almari. Yelah, banyak kain kan. Jadi senang sikit dia nak beranak.

Dan disebabkan kucing ni macam gila (asyik mundar-mandir je), time dia nak keluarkan anak dia pun jadi susah. Kawan aku siap nampak anak kucing tu macam tersangkut kat rahim dia. Tapi last², dapat jugak lah keluar anak kucing tu. Damn. Comel sial anak kucing tu.

Esok paginya, pergi tengok kat kucing tu dan aku nampak empat anak kucing. Style lah lu mak kucing. Dan yang penting, bila aku pegang anak² dia, dia macam nak cakar aku je. Pergh. Penyayang gila.

*4 anak kucing. eh. ada jugak ugly kitten ek*
*mak kucing dengan anak² dia*

Lepas aku tengok binatang macam tu jadi penyayang gila kat anak² dia, aku terfikir "Kenapa manusia tak macam tu?"

Yup. Aku nak cakap yang binatang lagi penyayang daripada manusia. Binatang lagi sayangkan anak dia daripada manusia.  Okay. Aku nak tanya. Kenapa ada kes buang bayi? Kenapa bayi tu nak kena dibuang gak? Standard tempat yang kita tau bayi² kena buang; tong sampah, surau, jamban. Macam tak ada tempat lain pulak. 

Ini lah standard manusia atau lebih tepat, kebanyakan golongan remaja sekarang. Hidup berlandaskan nafsu. Jangan harap lah ada secebis rasa takut kat Allah S.W.T. Kat mak ayah apatah lagi. Yang lagi sial, mak ayah diherdik macam tu je. Macam dia saja yang paling pandai, paling hebat, paling kuat kat dunia ni.

Aku memang menyampah, benci dan jijik dengan kebanyakan golongan tu sekarang. Cuma dengan Facebook, kau boleh jamah badan perempuan tu dengan free. Cuma topup kan dia RM10, dan dia akan tidur dengan kau malam ni. Hoi! Harga diri korang memang murah macam tu ke?

Hari ni Valentine's Day. Dan aku tahu ramai daripada golongan ni yang sambut. Okay. Cara diorang sambut, senang je. Pergi parti sambil bawak kekasih korang, mabuk², lepas tu,

Lelaki : Baby, I nak you malam ni boleh?
Perempuan : Boleh bie. Diri I memang untuk you sorang je.

Dan esok pagi nya, sama ada perempuan tu menangis ter-esak² atau dia akan kata "Lepas ni kita buat lagi ye bie."

Belum tengok lagi yang couple² remaja yang standard sengkek yang mampu sewa hotel bajet. Hey come on lah! Korang tak pernah fikir ke risiko nya? Time tengah nak klimaks, tiba² JAIS ketuk pintu. Kan naya nama nya tu.

Kenapa aku cerita pasal semua ni? Semua nya pasal sebab yang senang, nanti akan ada yang mengandung luar nikah. Lepas tu, sang boyfriend pun akan lari meninggalkan. Eh. Dulu dah puas kau tidur dengan dia, lepas tu nak blah?

Bila dah mengandung, hidup jadi tension, fikiran makin sempit. Dalam hati cakap "bunuh diri jelah", "gugurkan jelah". Last²,  bela jugak sampai beranak. Yang bestnya, tempat beranak adalah macam kat jamban, rumah kawan, kat semak, kat kelas pun ada. Lepas tu, bayi tu dibuang merata je. Ewah³. Korang tak sayang ke kat anak korang tu?

Itu lah yang jadi bila nafsu terlampau bergelora dalam badan. Syaitan memang suka lah. Keturunan Nabi Adam A.S dapat dikawalnya. Fikirlah. Kesian lah kat couple² yang kahwin dah lama tapi tak ada anak pun. Kenapa korang tak letak je kat rumah kebajikan yang ada? At least, hidup bayi tu terjamin. Buang bayi tu termasuk dalam Akta Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Hukuman? Masuk penjara lah!

Jadi, satu benda je aku nak cakap. Tolonglah jadi penyayang walaupun tu anak luar nikah korang. Eh malu lah kucing pun boleh jaga 4 ekor anak dia. No hal lah! Ini korang baru beranak sorang dah nak buang.

Masa macam ni lah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat patut buat banyak² baby hatch kat negara ni. Benda tu bagus sangat sebenarnya. Dan sekarang lah masanya untuk kita anggap anak luar nikah tu sama dengan anak yang lain. So, Datuk Seri Shahrizat, tolong lah buat banyak² baby hatch kat Malaysia ye. Jangan lah nak cipta bas² untuk perempuan je.

Dah lah kalah Pilihan Raya dengan anak 'peliwat'. Ngeh.

p/s : jangan nak marah aku pasal cakap macam ni. ini lah kenyataan dunia sebenarnya.

Sunday, February 6, 2011

Yogi Is Not So Greedy.

I watched Yogi Bear at my nearest cinema. Frankly speaking, Yogi Bear should be considered as a cartoon. Damn it. I had the guts to watch cartoon. HAHA

Although there were so many stupid jokes in that movies (actually that jokes made kids behind me to laugh like a devil), but I saw one moral value in that movie. Greed does worth for nothing. 

In that movie, the mayor wanted to cut all the trees in the forest reserve but he ended up being ashamed as everyone questioned his action. Karma maybe? Eh?

I also saw this kind of moral value in Ngangkung. Seriously, this movie WAS NOT FUNNY (I did not laugh at all!) but some scenes made me to say 'Orang tamak selalu rugi.' Do imagine by yourself. You have the will to slap your own daughter. Who are you huh? A devil?

Nevertheless, I wondered when there was a kissing scene in Yogi Bear. How absurd!

Saturday, February 5, 2011

Nak Sangat Senang!

'Ak' instead of 'Aku'.

'Aq' instead of 'Aku'.

Ini lah style budak² zaman sekarang. Nak senang je hidup sampai main tekan ikut suka hati je.

"Aq un xwt cmtuw ler."

Kalau korang faham, korang boleh masuk dalam golongan yang aku cakap tadi. HAHA

Dan ada satu perkataan yang best. Aku sedar ni pun daripada sepupu aku, mangsa SMS bajet simple nak mati ni.

tak payah = xpyh = ta yah = ta ya = taya

"Taya lh cmtu."

Haih peliknya. No wonder lah ramai budak Melayu time PMR dengan SPM, BM diorang yang teruk. Budak Cina dengan India jugak yang power BM. Kalau BI power, takpe jugak. Ini pun hancur jugak. Bajet good² je.

Ada sorang depan bilik aku ni. Time SPM, BI dia dapat A, BM dapat C. Aku dapat rasakan satu style di situ.

Friday, February 4, 2011

Animalia. Eh. Bunyi Macam Amalia.

Between a dog and a human, who is more loyal to you?

There is one simple way to find it. All you need to do is lock both your dog and wife in your car for an hour. After that, open your door. Then only you will know who is more loyal to you. Maybe you sort it out by now. HAHA

BTW, if I were given a chance to have a pet, I would like to have a horse. Why? Easy. Because I can ride on it. At least I can become Zorro for a while :)