Thursday, April 30, 2009

L O V E


Hadiah daripada yang tersayang sempena anniversary entah apa entah. Tak tau harganya berapa dan yang penting, yang bentuk love tu selalu tercabut. Awak, awak beli ni kat mana? Petaling Street ke?

Big Sad World.

Tanggal 24 April 2009. Tarikh yang aku tak dapat lupakan. Kenapa? Nenek aku meninggal dunia pada tarikh tu. Tak silap aku pukul 5 suku petang camtu lah. Perasaan aku? Mestilah sedih kan. Tapi bayangkan aku ada kat samping nenek aku masa dia tengah nazak. Penuh mengerikan, menyeramkan dan menyedihkan.

Masa waktu tu lah aku tengok ayah aku yang dah bape tahun tak keluar air mata boleh keluar air mata dengan senangnya. Aku memang cukup respek dengan nenek aku. Dia tak pernah marah anak-anak dia. Walaupun nenek aku sakit, tapi dia tetap solat. Walaupun uzur, masih puasa penuh. Kengkadang aku tertanya, kenapa ada yang tak puasa walaupun badan dia sihat?

Untuk nenek, semoga bersemadi dengan aman. Kat akhirat kita jumpa ok. Sayang nenek.

Sunday, April 26, 2009

What is your name?

Sepanjang 16 tahun aku hidup, aku dah ada nama keramat aku. Nama keramat aku adalah Sara. Apa sebabnya? Tengok kat bawah.

1. Aku tipu seseorang ni dengan guna nama Sara. Tak tau camne boleh ambik nama tu.
2. Aku pernah mesej kawan ex aku yang bernama Sara sampai ex aku mengamuk. LOL
3. Seseorang tipu aku dengan guna nama Sara. Nama tu jugak yang dia nak petik.
4. Last dan last-nya, tunang abang aku bernama Sara. Nasib agak cun.

Enough 4?

Untuk perempuan, aku nak cakap yang nama macam Junpyo (BOY) bukan nama keramat yang sesuai. HAHA!

Soalan aku ; korang ada tak nama keramat?

Wednesday, April 22, 2009

Tikam.


Tak perlulah aku bagitau apa-apa. Kalau aku bagitau, buat sakit hati je. Kalau ada yang nak terasa, silakanlah terasa. Aku tak kisah. Anyway, happy touching!

Tuesday, April 21, 2009

Cinta Dalam Hati

Berapa ramai kawan aku yang suka kat dia tu, dia tu tapi tak dapat. Kesian. Tapi, sorang kawan aku ni lagi kesian. Tak perlu lah sebut nama dia. Video kat bawah ni aku tujukan kat dia.



Kawan aku ni, A suka kat sorang ni. Tapi, entah macam mana satu sekolah boleh tau. Tak silap aku, pasal kawan aku yang lain kot. Pergi hebohkan. Ngok betul. Pastu, dengan guna henpon dia, kawan aku yang tu gak dengan kawan aku yang lain gi msj kat org yg A suka dgn tls 'sy cintakan awk'. Org tu bls tah apa benda yg panjang nak mampos tu, aku pun dah lupa. Haish, kesian dia.

*aku takde nya cam dia. HAHA!

Saturday, April 18, 2009

Pergh!

SPM bulan April sudah habis. SPM bulan April? Ujian Bulanan lah. Lega hati aku. Ujian agak gila, meng-happy-kan, dan menyedihkan. Apa yang aku baca tak masuk dalam ujian. Celaka betul! Padahal aku baca ikut apa yang cikgu cakap akan masuk. Ke aku salah baca atau aku salah dengar apa akan masuk ujian? Gi mati lah. Benda dah berlalu. bukan nya boleh buat balik.

Dalam ujian tu, aku gunakan bermacam-macam cara untuk menjawab soalan. Antaranya ialah, aku tengok kertas soalan secara terbalik, jawab soalan sambil tidur (tau tak camne aku buat?), jawab sambil tutup mata terutamanya add maths(sebab tu lah banyak salah). Aku juga akan pandang kawan aku sebab kalau aku tengok muka diorang, aku akan dapat jawapan dan formula yang sepatutnya. LOL. Aku gunakanlah gak kalkulator walaupun ia adalah ujian agama. Bayangkan aku jawab agama dengan ada kalkulator kat sebelah aku. Pelik je. Sekarang,aku tengah tertunggu matapelajaran baru, Matematik untuk Agama. Soalan dia camni ; Diberi X ialah rukun iman.Berapakah nilai X?

*soalan aku kepada korang ; Berapakah nilai rukun iman darab nilai rukun islam pastu dibahagi dua?jawab ok.

Friday, April 17, 2009

Liyana,Hawa,Rizal & Shima tag aku(lagi)!

important thing in your life...
-family, friends & her.

what is the last thing you buy with your own money?
-topup.

where is your dream place for ur wedding?
-kat puncak gunung kinabalu.

how long is ur relationship with ur soulmate?
-sebulan lebih camtu.

are u in love?
-of course.

where is the last restaurant you go for dinner?
-forgotten already.

last book you buy...
-forgotten already.

what is ur full name?
-Hazzad bin Yahya

who is u most comfortable with? mom or dad?
-mom. bcuz she is not a busybody :)

name the person u want to meet most in ur life?
-chris martin & lionel messi.

5 person u close to..
-Faeza. Faeza. Faeza. Faeza. Faeza. 5 right?

did u wash ur clothes alone?
-of course i DIDN'T!

the most place u want to go..
-Venice.

8 thing u passion most..
-unlisted.

kiss or hug?
-hug. more romantic. ha?

word that always come out from ur mouth...
-fucker ngko!

8 books u have read..
-i don't know.

8 songs u heard most..
-Avenged Sevenfold ; Dear God
-Estrella ; Masih
-Modread ; Revolusi
-Yuna ; Deeper Conversation
-Ungu ; SurgaMu
-We the Kings ; All Again For You
-Meet Uncle Hussain ; Hilang
-6ixth Sense ft. Noe Letto ; Cinta Yang Sempurna

tagged ppl
-amalia. oi itik! buat!

Tuesday, April 14, 2009

Apa yang membezakan aku daripada ahli keluarga aku

Aku memang lain daripada ahli keluarga aku yang lain. Secara zahir dan batin, sudah nampak secara jelas lah! Aku sendiri sedar, tapi aku tak kisah. Malahan, aku lagi bangga jadi camtu.

Abang aku yang pertama - beza umur aku dengan dia 8 tahun. Jadi, memang banyak beza lah. Dia kaki baca buku. Aku? tunggu periksa je baru baca. Kalau tak periksa, internet jelah yang aku baca. Dia tu aku cakap agak baran lah. Dah lah baran agak melampau sampai pernah lenting ayah aku. Tapi aku, setiap masa rasa happy je. Agaknya hormon aku jenis yang happy kot.

Abang aku yang kedua - beza umur aku dengan dia 6 tahun. dia ni, terlalu secretive. apa-apa yang jadi, dia jenis yang diamkan je. aku pun camtu gak. dia ni hisap rokok. aku tak hisap. aku clean. dia, dah tolak umur dia sehari bila dia sekali hisap satu batang rokok.

Kakak aku - beza aku dengan dia 4 tahun. aku memang lah berbeza dengan dia! dah dia perempuan kan. dia ni kuat tacing lah. aku ,agak selamber dan keras. ada kawan aku cakap yang hati aku ni keras cam batu. agaknya betul kot. LOL

Ayah aku - ni dia. si pryer. si stalker. kaki check mesej kat handphone aku dan abang aku. aku tak. aku hormat privacy orang lain.

Mak aku - memang banyak beza. tapi aku malas nak kupaskan.

Walaupun diorang berbeza, namun diorang tetap ahli keluarga aku dunia dan akhirat. aku tak kisah diorang camtu, asalkan aku tak jadi cam diorang. tu je.

*hei korang. ajaklah orang lain baca dengan follow blog aku. blog aku bukan blog yang kena bayar pun :)

Saturday, April 11, 2009

Hawa tag aku

1 - Adakah anda suke blogging? kenapa ?
- suka lah. sebab aku suka tengok kemerapuan dan kekreatifan orang kat sini.

2 - Blog siapa yg selalu anda skodeng? nyatakan 4.
- romai
- hawa
- liyana
- rizal

3 - Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? dan siapakah orang itu ?
- mestilah. orang itu sama ada dia undefined atau korang kenal.

4 - Taken or single? mane lagi bagus ?
taken - boleh lah. ada orang lain nak temankan.
single - bebas. takde komitmen.ha?
tapi aku rasa taken kot lagi bagus :)

5 - Pernah tak cinta anda tidak dibalas ?
- tak pernah.padahal aku yang membalas cinta orang lain.

6 - Ciri-ciri idaman gf/bf anda? Nyatakan 5
- cute & cun
- pakai tudung boleh,tak pakai pun boleh.
- fleksibel dan open.
- tak senang jeles.
- pandai goda aku.

7 - Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
- kalau ikut b²+4ac, lambat lagi.

8 - Nak berapa anak ?
- tak tau lah.tengoklah kalau aku rajin masa dah kahwin.

9 - 5 orang bertuah yang anda ingin tag?
- malas nak tag :p

Sunday, April 5, 2009

Berlambaknya idea!

Ni lah rasanya kalau ada banyak sangat idea nak tulis post baru. Dulu nak dapat idea baru bukan main susah lagi. Jadi, layanlah set combo blog ciptaan aku ni. Harap korang tak muntah ok!


about me

-digelar anjing oleh seorang budak form 3 kat sekolah. patut ke dia cakap 'pengawas tu anjing!' exco disiplin II, ambik tindakan.
-HIV negatif. bukti? aku tak pernah kongsi jarum, aku tak pernah terima darah & aku tak pernah ber-seks rambang. cukup?
-favourite? futsal & badminton. npe? ini je sukan yang aku mampu main. kalau aku kaya, aku dah main golf dengan polo lah.
-bola sepak Malaysia? ranking ada 3 angka jadi malas nak layan. tunggu ranking ada 1 angka je baru aku layan. bila ek?
-moto hidup? no sex, no drugs, no violence. cigarette? mungkin.
-movie rating. U? 18 SX? 18 PL? mende tu? rating aku senang je; best dan tak best.
-status aku? MBA!


adakah korang...

PMS? mende tu? untuk yang bongok tak tau, PMS ialah pre menstrual syndrome. perempuan memang lah ada, tapi aku tengok ada gak lelaki yang camtu. HAHA! kengkadang, aku tengok cikgu aku pun PMS!
*kalau orang kesayangan aku PMS, aku lari dulu. takut jadi mangsa :p


banned commercial

aku pelik. aku bingung. kenapa ada iklan kena ban? teruk sangat ke? apa kata korang tengok. Nilaikan sendiri ok!






i'm currently listening to

1.Couple - Get Over You
2.Bunkface - Land Of Hope
3.Estrella - Masih
4.Yuna - Cinta Sempurna
5.Kelly Clarkson - All I Ever Wanted
6.Katy Perry - If You Can Afford Me
7.Ungu - SurgaMu
8.We the Kings - All Again For You
9.Paramore - Fences
10.Naratu - P*****k (hardcore)

Tamat sudah set combo blog aku ni. Apa kata korang comment ke pasal post ni atau ajak kawan-kawan blog korang yang aku tak tau baca. Nama pun blog kan.

BLOG - Bacaan Laman Orang Gila.
Haha!

*ada orang suruh aku buat post pasal kem yang aku gi masa bulan Mac. pergh, malas aku.

Friday, April 3, 2009

Aku sudah ABOVE-AGE!

Kenapa aku tulis post title seperti di atas? Adakah aku sudah gila? Padahal aku masih berumur 17 tahun. Itupun kena tunggu bulan Disember baru 17. Tapi, aku tulis post title camtu pun ada sebab gak.

Nak tau sebab nya? Ini sebabnya.

Khamis. 2 April 2009. Sesudah balik sekolah. Aku bersama kawan-kawan yang entah berapa orang entah pergi menonton wayang di TGV AEON Bukit Tinggi. Sekejap, cerita apa? Dragon Ball Evolution? Talentime? Bukan cerita tu.

Tak main lah cerita camtu. Aku dengan kawan-kawan aku tengok Fast & Furious 4. Korang jangan terkejut, cerita tu 18PL. Umur aku, 17. Kalau ikut betul-betul, memang aku takleh masuk. Dah lah dengan fizikal aku yang orang anggap agak kecil. Ingat senang?

Tapi, ber-ikut-kan ayat 'usaha tangga kejayaan', aku beranikan je diri aku ni masuk. Kat depan kaunter nak bagi tiket wayang tu, aku buat muka ketat + slumber. HAHA! orang yang bertugas tu bagi je masuk.

Cerita tu memang best. Perempuan-perempuan seksi? Tak banyak pun. Yang aku hangin, ada satu babak cium dia pergi potong. Nampak sangat dia potong. Celaka betul! Dah 18PL, ko potong lagi. BANGANG!

Conclusionnya, aku memang patut tengok cerita 18++ jelah pasni.

*sori! gambar agak tidak jelas. harap dimaafkan.

Monday, March 30, 2009

What err... Pavilion!

Hari Ahad. 29 Mac 2009. Tengah hari. Aku pergi makan kat satu majlis perkahwinan kawan mak aku kat Sedeli gak.Aku pergi dengan ayah dan abang aku. Lepas tu, hantar abang aku ke stesen komuter Klang lah, katanya. Tapi, ayah aku cakap hantar kat Subang Jaya lah.

Sekali sampai kat Subang Jaya, ayah aku tanya kat aku 'nak pergi KL tak?' Aku cakap ok je. Jadi, ayah aku drive lah sampai KL. Dah sampai Jalan Imbi (tak silap aku), ayah aku tanya 'Pavilion lalu mana?' Aku cakap jelah 'terus je.' Ayah aku cakap 'naik monorail sampai situ lah.' Jadi, berhenti kat Puduraya. Hantar abang aku kat situ. Lagipun, bas dia balik Melaka pun dari Puduraya. Tapi yang tak boleh blah, keluarkan abang aku daripada kereta pada pukul 1.40 tengah hari. Padahal bas dia jalan pukul 3 petang. kejam sungguh.

Aku ingatkan ayah aku main-main je pasal Pavilion tu. Sekali betul. Park kereta dekat satu parking berhampiran Petaling Street, pastu jalan sampai stesen monorail Maharajalela. Beli tiket ke Bukit Bintang untuk dua orang. Masuk dalam 'ulat gonggok' tu. First thought aku, mesti penuh pasal hari minggu. Memang pun. Tapi, aku dapat gak duduk kejap.

Dah sampai stesen Bukit Bintang, jalan terus jelah lalu Lot 10 dengan Planet Hollywood (21 SX) dengan melihat seorang perempuan Melayu menghisap Dunhill dengan penuh gayanya sampai aku dengan ayah aku sampai Pavilion (lihat kat atas).

Aku memang suka shopping mall ni. Dah banyak kali aku pergi. Tapi, ayah aku baru first time. Walaupun aku suka, tapi Pavilion ni aku rasa akan jadi best kalau aku tengah berduit. Tapi, korang cuba bayangkan, aku gi Pavilion dengan selipar Osaki aku yang kotor, t-shirt kugilak putih aku dengan seluar jeans Lee aku? Tak kegilanya tu?

Aku masuk situ sekejap je. Pastu, balik. Pasal bosan sangat. Nak balik monorail, pastu balik.

the end.

Thursday, March 26, 2009

Mimpi oh mimpi.

Sepanjang aku menjalani kehidupan ni, aku sentiasa dapat mimpi-mimpi sama ada yang gila ke, best ke atau lain genre mimpi.

Antara mimpi yang aku masih ingat lagi.


1.Aku termasuk dalam Cicakman 3. Dalam mimpi tu, aku pergi raba Julia Ziegler yang berlakon dalam citer tu. memelikkan.


2.Romai mintak nak kapel dengan aku kat Taman Rakyat. Jadi, aku pun setuju jelah. jangan marah Romai.


3.Aku dapat markah Biologi untuk ujian Februari 2009. Tak boleh blah, aku dapat 7 je. Padahal yang sebenarnya, aku dapat 72. mengerikan.


4.Masa ayah aku bawak kereta, tetiba dia sakit. Jadi, aku gantikan ayah aku bawak kereta. Dahlah kereta yang ada klac. Yang lagi gila, aku bawak gear 2 je. cam sakai.


5.Aku jumpa Revelina S. Temat yang tengah mengandung kat Mid Valley. Pastu, masa aku tengah duduk dengan dia, ada makhluk berupa macam setan datang kat aku. Jadi, aku try untuk laungkan azan. Yang gilanya, masa aku nak laungkan azan, tetiba suara aku hilang. pergh, menyeramkan.


Itu jelah mimpi-mimpi yang aku masih ingat. Apa kata lepas korang baca post ni, korang comment dengan share mimpi yang korang pernah alami.

Friday, March 20, 2009

when you say 'i love you'

Ayat apa yang paling power kat dunia? Aku tak taulah ayat apa yang korang akan sebutkan, tapi bagi aku, ayat paling power ialah fuck you. Yelah, orang tacing ke, orang marah ke ataupun orang yang bergurau mesti sebut ayat tu. Pergh, teringat pulak aku pada peristiwa skuter merah.

Ada satu ayat power ni ; disebut 'i love you'. Perkataan ni lah yang paling power pasal ia mampu mengubah hidup mana-mana orang kat dunia ni sama ada bernasib malang mahupun baik.

Peristiwa membabitkan ayat 'i love you'

A(lelaki) tengah couple dengan B(perempuan). Punyalah hangat diorang punya per-couple-lan tu. Ada lak si C(perempuan) yang merupakan kawan kepada B. C tu gila kat A lak. Jadi, C pun pergilah pada A luahkan perasaan dia tu. Di depan B, C katakan kepada A 'i love you'.

Akhirnya, tiada pengakhirnya. Korang fikir sendiri apa pengakhirnya. Siapa frust, siapa suka dgn siapa keliru. Comment lah lepas korang baca ni ok.

*cerita ni takde kaitan dengan hidup aku pun. aku sje je reka cerita ni. aku terasa seperti aku ni tuan z lak. HAHA

Wednesday, March 18, 2009

Si pandai melampau!

Result SPM 2008 sudah pun keluar. Ada yang berjaya, ada yang tidak. Kepada yang berjaya, aku ucapkan tahniah!

Tapi, ada seorang ni, level kecemerlangan SPM dia sangat tinggi. Tinggi tu sampai korang boleh rasa gayat.

Orang itu ialah Nik Nur Madihah.

Dia dapat 20A (19 1A dengan 1 2A). Hebat gila bapak dia ni. Satu perkataan untuk gambarkan dia - extremely fantastic. Aku punya target untuk SPM ialah 9 8E. HAHA!

Tapi, aku tengok, bila ada orang macam dia dapat result hebat gila tu, barulah ada pihak tertentu datang nak sponsor dia, nak bagi rumah free lah dan lain-lain. Huh! Dasar gimik politik terdesak. Nak tunjuk baik. Cuba dia tak dapat result camtu, ada yang nak tolong?

Kalau aku berkesempatan untuk interview dia, aku takkan tanya soalan berkenaan cara dia berjaya. Aku akan tanya:

1. Anda kenal MySpace tak?
2. Anda kenal Cristiano Ronaldo?
3. Anda ada handphone?
4. Bilakah kali terakhir anda menonton televisyen?
5. Berikan satu nama makanan ringan yang anda makan.

Korang rasa apa jawapan dia?

Cerita pasal SPM, aku skang dah kena push dengan bapak supaya membaca je. Tak cukup lagi, kalau aku bukak internet, dia akan meleter sambil berkata "bukak internet bukak lah fizik ke, apa ke? ni, asyik bukak bola je!". wtf omg. Kalau aku asyik baca buku pastu bukak internet tengok benda pelajaran, mati aku. Dia ingat aku bukak internet bukak bola je. HELLO! Aku nak cakap je yang aku bukak blog orang lain.

Itu je.Habis semua dalam hati aku diluahkan.

Saturday, March 14, 2009

Ingatlah wahai bloggers!

Blog. Apa yang korang buat dengan blog korang?

Adakah korang terlalu gilakan untuk melihat profile view anda sehingga 10 ribu sehingga korang sanggup menulis apa sahaja yang sedap, best walaupun subjek yang anda ketengahkan itu agak melampau?

Bukannya apa, tapi aku dah pelik dan jelik melihat sesetengah blogger ini postkan blog yang agak melampau! Benda sensitif ditulis panjang-panjang, kalau mampu sepanjang jalan dari Kuala Lumpur sampai Sao Paulo pun boleh.

Akhir-akhir ini, aku asyik tengok kat berita mengatakan 'lelaki ditahan atas menulis blog berunsurkan kutukan terhadap Sultan'. Apa semua ni? Yang tak boleh blah, dia tu rakyat Malaysia, negaraku tercinta. Dia dah lupa ke rukun negara kedua, kesetiaan kepada raja dan negara. Bodoh sungguh orang tu!

Blog ni bukanlah tempat untuk mengutuk golongan camtu. Silap besarlah orang yang buat camtu. Untuk aku, apa yang aku tulis kat blog kebanyakannya adalah fiksyen. Lagipun, kalau aku kutuk sangat pun, terpaksa lapik sikit. Takkan nak biarkan benda tu terbogel je? Lagi satu, apa yang aku tulis agak merapu melampau lah.

Jadi, aku nak cakap, fikir dulu sebelum menulis blog korang.

the end.

Tuesday, March 10, 2009

Hayatilah.

Ada satu cerita. Cerita ni aku tak ratingkan sebagai 18SX, tapi best.

Cerita bermula.

Ada seorang gadis buta, semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya.
Gadis itu selalu berkata kepada kekasihnya 'saya akan mengahwini awak kalau saya boleh melihat'.
Satu hari, ada orang dermakan mata kepada gadis tu.
Bila gadis tu boleh melihat, dia merasa sangat terkejut apabila kekasihnya juga buta.
Kekasihnya berkata 'sudikah awak mengahwini saya sekarang?'
Gadis itu menolak.
Jadi, kekasihnya senyum dan pergi sambil berkata tolong jaga mata saya baik-baik.

Aku cerita ni pun bukannya apa, tapi nak tunjukkan orang apa itu cinta sejati. Aku selalu dengar 'cinta aku kepada orang tu sejati' tapi, bila gaduh sikit je nak break. Cinta sejati ke tu?

So, pesananku, kepada yang perasan tengah ada cinta sejati tu, jagalah cinta korang tu sampai korang mati.

FULL STOP.

Wednesday, March 4, 2009

Happy Birthday Sayang!

Semalam, 3 Mac 2009 ialah hari jadi salah seorang manusia yang paling penting dalam hidup aku. Manusia itu merupakan ayah aku yang agak annoying sikit, Yahya b. Basiron.

Dah 54 tahun rupanya ayah aku ni.HAPPY BIRTHDAY!

Cerita pasal birthday, mesti ada yang buat party. Tak pun, ada yang panggil kawan-kawan dan rumble orang tu. HAHA! Kesian.

Aku ada dream birthday party aku. Ianya termasuk:

1. Aku akan panggil seramai mana kawan-kawan aku.
2. Rumble mesti ada.
3. DAN TERAKHIR, aku akan panggil sekurang-kurangnya seorang pornstar untuk buat stripping show.

*sebenarnya, title post ni takde kaitan pun dengan isi kandungan post ni. hari jadi orang kesayangan aku tu bulan September. jadi, lambat lagi aku nak ucap camtu kat dia.

Friday, February 27, 2009

Penyibuk kejar aku!

Larikan diri anda. Kerna anda sedang dikejar. Tapi, dikejar siapa?

Ah long? Pembunuh upahan? Peminat fanatik?

Bukan mereka di atas, tapi dikejar PENYIBUK!

Hari-hari aku kena kejar dengan penyibuk ni. Sampaikan aku dah nak naik menyampah tengok mereka menyibuk hal peribadi aku. Bukan nya apa, tapi aku ni manusia biasa gak. Bukannya aku ada double standard berbanding manusia lain. Maksudnya, aku NAKKAN satu perkara yang dipanggil privacy.

Kat sekolah, aku ada berkawan dengan seorang ni. Rapat tu tak lah. Nak cakap tak rapat tu tipu lah. SMS dengan dia aku anggap agak wajib lah. Tapi, dah ramai cakap yang aku ada apa-apa dengan dia. Maksud aku, aku bercouple dengan orang tu. Jadi, penyibuk-penyibuk tu pun memulakan langkah-langkah mereka untuk korek hal aku dengan dia. Aku dah cakap yang aku dengan dia kawan je, mereka tak percaya. Aku dah bagitau yang dia tak sukakan aku, mereka cakap 'perempuan tu tipu je'. Jadi, pesanan aku kat mereka ialah 'whatever' dan 'jangan menyibuk hal aku lah!'.

Tak cukup lagi, kat rumah aku. Lagi tension! Orang yang mengandungkan mak aku suka sangat menyelongkar beg sekolah aku yang berjenama adidas tu. Berapa kali aku tengok dia menyelongkar beg aku. Selamber je! Pernah gak aku kantoi kertas ujian aku dalam beg. Dahlah ada fail. HAHA! Aku tau gak yang dia pernah baca mesej abang yang sudah bertunang itu. Aku tau sangat yang abang aku mesti tulis jiwang-jiwang punya lah! Apatah lagi tunang abang aku hantar!

Aku tulis ni bukan nya apa, tapi aku dah tak tahan dengan mereka yang bergelar PENYIBUK ni. Melampau betul. Kalau korang anggap post ni agak offensive, aku nak minta maaf awal-awal.

SORRY.

Tuesday, February 24, 2009

Information Counter.

Nak tulis belog memang kena ada idea.
Dulu awal-awal, memang aku ada banyak idea yang gempak lagi gila.
Tapi, sekarang dah takde (agaknya anugerah tu dah kena tarik kot).

Jadi, aku nak tanya kepada korang yang baca ini post...
Macam mana korang dapat idea nak tulis belog?

Bagitau okey.